Bab 16

13.1K 668 35
                                    

Terkilan rasa
Bila kata-kata 
Kau ucapkan padaku
Membuat ku terpaku 










👓👓👓





Maya melepaskan keluhan setelah wanita itu berlalu. Tadi, dia sedang membersihkan lantai di luar restoran setelah seorang kanak kanak menumpahkan ais krim di situ. Baru saja dia berpaling untuk mengambil papan tanda lantai basah, seorang kanak kanak hampir tergelincir. Nasib baik sempat berpaut pada ibunya. Jika tidak, lagi teruk dia dimarahi.

Maya menoleh menghantar langkah wanita itu dan anaknya yang kian menjauh. Namun, tubuhnya kaku melihat Tg Rasydan yang sedang berdiri tidak jauh dari situ, memerhatikannya dengan pandangan tajam.

Namun tak lama apabila Raja Syafinaz datang, menjeling Maya tajam sebelum menarik lengan Tg Rasydan masuk ke dalam butik.

"Siapa tu?" Sengaja Raja Syafinaz bertanya walaupun sudah mengetahui mengenai gadis itu.

"Hah? Siapa?" Tg Rasydan pura pura tidak mengerti.

"Tu, kat luar tadi. Adan pandang dia." Tangan Raja Syafinaz masih membelek belek baju baju yang tergantung dalam butik itu.

Tg Rasydan hanya mendiamkan diri. Mengekori saja langkah Raja Syafinaz.

"Hmm?" Raja Syafinaz menghentikan langkah, menoleh ke arah Tg Rasydan.

"Just a friend." Ringkas jawapan lelaki itu dengan senyuman kecil.

"Liar..." Raja Syafinaz mengecilkan mata. "Siapa dia? Syaf dengar Adan rapat dengan dia sekarang."

Tg Rasydan menjongket kening. "So, you already know about her?"

Raja Syafinaz terdiam. Matanya dilarikan dari renungan Tg Rasydan.

Tg Rasydan tergelak kecil. "Lupakan. Kata nak beli baju kan?"

Raja Syafinaz mengangguk. Laju dia masuk ke bahagian dalam butik. Tg Rasydan masih tercegat di situ. Keluhan halus terluah dari bibirnya.

Seketika dia menanti, Raja Syafinaz didekati. "Syaf, I keluar kejap?"

Hatinya memberontak mahu menemui Maya. Dari tadi fikirannya hanya teringatkan gadis itu. Rupanya di sinilah Maya bekerja di hujung minggu.

Setelah pertengkaran mereka di perpustakaan tempoh hari, tidak sekali pun mereka bersua muka.

Pernah sekali, mereka bertembung. Cepat saja Maya mengelak darinya. Gadis itu benar benar mahu menjauhkan diri. Salahnya juga, mengguris hati Maya dengan kata katanya.

"Adan nak ke mana?" Wajah Raja Syafinaz berkerut tidak senang.

"Syaf cari dulu apa yang you nak. I keluar kejap. Nanti I datang bayarkan untuk you, ya?" Tg Rasydan tidak menjawab pertanyaan Raja Syafinaz.

"Adan nak ke mana ni?" Sekali lagi gadis itu bertanya.

"Nanti I datang balik." Tidak menanti, Tg Rasydan terus keluar dari butik.

Kakinya melangkah ke restoran berselang sebuah kedai dengan butik. Dia hanya berdiri di depan restoran, mengintai bayang Maya.

"Encik, sila masuk." Seorang pekerja menjemput.

Tg Rasydan mengikut apabila pekerja itu menunjukkan sebuah meja untuknya. Matanya masih melilau lilau mencari Maya. Menu yang dihulurkan dibelek lalu secawan kopi dipesan.

Seketika kemudian, matanya menangkap susuk tubuh orang yang dicarinya.

Maya.

Memegang dulang dengan secawan kopi, gadis itu menghampiri mejanya.

I Choose You | ✔Where stories live. Discover now