Ku takkan bisa
Menepis bayangmu
Yang selama ini
Temani hidupku👓👓👓
Maya terperanjat. Nasib baik cawan yang dipegangnya tidak terjatuh. Tg Rasydan sedang berpeluk tubuh di muka pintu pantri itu.
Dia berjalan mahu melepasi lelaki itu namun Tg Rasydan menghalang.
"Saya nak keluar."
"Aku tak suka kau cakap macam tu."
Maya mengerutkan kening. "Cakap apa?"
"Cakap apa yang kau cakap pada Syafinaz tadi."
"Awak marah saya kutuk girlfriend awak?"
Tg Rasydan melepaskan keluhan. "Bukan soal marah ke apa. Kau tu perempuan. Elok ke cakap macam tu?"
Maya menunduk. Segan! Ditegur oleh lelaki ini.
"Aku tak nak future wife aku cakap kasar macam tu. Biadap namanya."
Maya angkat muka. Kata kata Tg Rasydan membuatkan darahnya mendidih. "What? Biadab? Habis tu apa yang dia buat tu, elok sangat?"
"Aku cakap pasal kau. Bukan Syafinaz." Tegas suara Tg Rasydan. Tadi dia sudah membasuh Raja Syafinaz. Tak perlulah nak berkata tentang gadis itu lagi.
"Ya, awak cakap pasal saya. Memang saya biadab! Saya membesar tanpa ibu. Ayah saya pula kasar. Jangan nak atur hidup saya ikut cara bangsawan awak tu. Saya bukan orangnya. Pergilah pada Raja Syafinaz tu. Awak dengan dia dari golongan yang sama kan. Bukan macam saya. Golongan bawahan yang kurang ajar. Tak ada adab!"
Dia menerobos keluar dari situ, mengelak tubuh Tg Rasydan yang menghalang laluannya.
"Maya..." Tg Rasydan memanggil perlahan.
Maya menoleh. "Lagi satu Tg Rasydan. Saya bukan future wife awak. Saya tak nak kahwin dengan awak. Jadi, jangan sesuka hati nak gelarkan saya macam tu. Awak bukan sesiapa dengan saya." Dia berpaling tidak menoleh lagi.
Maya masuk ke biliknya. Mata dipejamkan. Dia tidak kisah jika lelaki itu mahu menasihati. Langsung tak kisah. Dia juga sedar kesalahannya. Namun, mengatakan dia biadab benar benar membuatkannya berang. Ya, ayah tidak pernah mengajarnya untuk memberi bunga bila orang sudah melemparkan tahi.
Air matanya jatuh. Bukan kerana sedih tapi kerana terlalu sakit hati.
Ketika itu pintu biliknya dibuka. Wajah Wana terjengul di situ.
"Cik..." Wana memanggil takut takut.
Maya menyapu air matanya. "Ya?"
"Em, perjumpaan dengan klien tu ditunda."
Maya angguk. "Okey. Baguslah."
"Tapi..."
Maya menjongket kening.
"Tg Rasydan suruh cik jumpa dia lepas waktu pejabat di rooftop."
YOU ARE READING
I Choose You | ✔
Romance~Cintaku lebih besar dari cintanya, mestinya kau sedar itu, bukan dia, tapi aku~ Tengku Rasydan / Maya Arisha ❄ Who are you? ❄ Her fright, her face, buat aku ingat Nia. Macam mana aku nak elak dari dia? Dia ingatkan aku pada Nia. ❄ Awak sedar tak ap...