Bab 44

14.9K 697 35
                                    

Saat dirimu kecewa
Kau pergi bersama hati yang lara Jiwaku sengsara dan rasa bersalah Membuatmu kecewa







👓👓👓

"Nia..."

Nia menoleh, memandang wajah Shahrul sebelum mencari bayang Tg Rasydan. "Adan mana?"

Shahrul mengambil tempat di kerusi berhadapan dengan Nia. "Sejak awak balik, awak asyik tanya pasal Tg Rasydan. Awak tak nak tahu pasal saya?" Dia bertanya dalam nada yang agak kecewa.

"Shah..."

"Nia, awak tahu saya sukakan awak dan saya percaya awak masih sukakan saya."

"Please, Shah. Saya tak nak khianati Adan lagi. Saya memang sukakan awak tapi saya cintakan Adan. Saya minta maaf."

Shahrul mengeluh. Kalaulah dia boleh memberitahu bahawa Tg Rasydan sudah mempunyai Maya sebagai pengganti gadis di depannya itu. Tapi, dia tidak akan sesekali mengkhianati Tg Rasydan. Biarlah perkara itu diberitahu oleh Tg Rasydan sendiri.

Sebelum ini, dia agak rapat dengan Nia. Tg Rasydan sendiri yang selalu menyuruh dia menemani gadis itu ke mana mana ketika mereka berada di luar negara dulu. Hari demi hari, dia selesa dengan Nia.

Tak pernah dia mahu membayangkan, jatuh cinta pada kekasih Tg Rasydan. Tapi itulah yang berlaku. Dia menyukai Nia. Dia sayangkan Nia. Tapi dia tidak pernah berharap. Tak pernah terlintas di fikirannya untuk memiliki Nia.

Pada mulanya, Shahrul tidak menghiraukan perasaan itu namun lama kelamaan, Nia mula memberi petunjuk bahawa dia juga mempunyai perasaan yang sama seperti Shahrul.

Dalam diam, mereka mula rapat di belakang Tg Rasydan. Hubungan mereka semakin mesra. Namun, setelah mereka tamat belajar, Nia semakin berdiam diri. Mula menjauhi dan mengelak daripada Shahrul.

Shahrul tahu. Gadis itu rasa bersalah. Apatah lagi setelah Tg Rasydan menyuarakan niatnya untuk mengikat tali pertunangan dengan Nia.

Ketika itulah, Nia menghilang begitu saja. Shahrul juga pada mulanya hilang jejak gadis itu. Hampir setahun juga, barulah Shahrul dapat menjejak gadis itu. Namun, kerana pinta Nia. Tg Rasydan langsung tidak dikhabarkan berita itu.

Shahrul merenung wajah gadis di depannya. "Nia, saya akan sentiasa ada kalau awak perlukan saya."

"Saya hanya perlukan Adan." Nia membalas, terus mengelak daripada pandangan Shahrul.

Shahrul mengangguk dengan senyuman paksa. "Saya faham. Saya hanya orang ketiga dalam hidup awak dan Tg Rasydan."

Nia terdiam sebelum menjatuhkan wajah ke gelas jus di depannya. Sukar ditebak perasaannya ketika ini. Dia sendiri yang membenarkan Shahrul berada dalam hatinya dulu.

"Kenapa senyap je ni?"

Nia tersentak. Wajah diangkat pantas pada Tg Rasydan yang sudah duduk di sisinya.

Shahrul tersengih. "Aku tunggu kat kereta la. Nia nak spend time dengan kau."

Tidak menanti, Shahrul terus berlalu. Tg Rasydan hanya berkerut kening, bingung. Wajah Nia yang kelat di sebelahnya dipandang.

I Choose You | ✔Where stories live. Discover now