Bab 41

16.8K 772 52
                                    

Hatiku masih berdebar
Tiap kali bertemu
Perasaan ku padamu
Seluas lautan biru
Beriku satu lagi peluang




👓👓👓




Shahrul merenung wajah Maya di depannya. Tadi, keluar saja dari bilik Tg Rasydan, dia terus datang ke bilik Maya. Mahu bertanya khabar gadis itu.

"Kenapa pandang saya macam tu?" Maya jongket kening dan Shahrul terus tersengih.

"Tak adalah. Rindu sikit je."

Maya tergelak kecil.

"Awak macam mana, Maya. After that day...what happened to you?"

Maya mendiamkan diri seketika. Tangan membelek belek fail di depannya sebelum dia mengangkat wajah memandang Shahrul.

"Kalau saya cakap hampir setiap hari saya menangis rindukan Tg Rasydan, awak percaya?"

Shahrul tercengang.

Maya akhirnya ketawa kecil. "Nothing happened la. Nak jadi apa? Orang dah tak nak. Saya kena terima."

Maya mengalih pandang pada skrin komputer. Tangan di bawah digenggam kuat. Bibir diketap kasar.

"Maya...awak betul betul dah lupakan Tg Rasydan ke?" Shahrul bertanya setelah seketika mendiamkan diri.

"Saya dah lupakan dia." Maya menegaskan namun langsung tidak memandang Shahrul.

Shahrul melepaskan keluhan. "Tg Rasydan tak pernah lupakan awak. Hampir setiap hari dia tanya pasal awak?"

Maya menoleh dengan cebikan. "Kenapa dia tanya pasal saya pula? Dia bukan peduli pasal saya pun."

"Dia peduli pasal awak."

Maya menggeleng. "Habis tu, Nia?"

"Awak tahu tak Maya? Lepas dia tinggalkan awak, tak sekali pun Tg Rasydan bertanya pasal Nia. Soalan yang selalu dia tanya, kau jumpa Maya? Maya macam mana? Kau tahu Maya kat mana? Kau ada apa apa berita pasal Maya?"

Maya tergelak sinis. "Macam macam la awak ni."

"Maya, dia dah tinggalkan hati dia pada awak saat dia tinggalkan awak."

Maya terdiam.

"Forgive him." Shahrul menyambung lagi.

"Tak semudah tu, Shah. Saya tak nak tertipu lagi. Dia akan tunggu Nia kan? Saya yakin dia masih tunggu Nia dan selagi Nia tak balik pada Tg Rasydan, selamanya saya hanya bayang bayang Nia."

"Maya..." Shahrul serba salah untuk memberitahu bahawa Nia sudah kembali.

Maya menjongket kening.

"Tak ada apa lah. Saya kena pergi dulu la." Tanpa menunggu balasan Maya, Shahrul terus bangun, menuju ke muka pintu.

Sebaik saja pintu dibuka, Tg Rasydan sedang tercegat di situ. Shahrul terperanjat. "Er, tengku?"

I Choose You | ✔Where stories live. Discover now