Epilog

27.8K 779 66
                                    

👓👓👓




Tg Rasydan memegang erat Maya yang berjalan rapat di sisinya. Senyuman terukir di bibirnya melihat wajah teruja isterinya menikmati suasana malam di bandar Switzerland itu.

"Sayang suka sini?"

Maya angkat muka memandang Tg Rasydan. "Suka." Senyumannya melebar. "Sebab ada Adan."

Tg Rasydan tergelak kecil. Tubuh Maya dipaut rapat kepadanya sebelum melangkah ke bangku kecil di depan sebuah tasik.

"Sini cantik kan? Tengah tengah bandar macam ni pun ada tasik. Bersih pula tu." Komen Maya. Matanya melilau di keseluruhan tasik yang mengalirkan air jernih berwarna biru kehijauan itu.

Namun, Tg Rasydan hanya terdiam membuatkan Maya terus menoleh pada suaminya itu.

"Kenapa?" Membulat mata Maya apabila Tg Rasydan hanya tunak memandangnya.

"You're so beautiful, sayang."

Wajah Maya membahang. Senyuman yang mahu melebar cuba disembunyikan. Wajahnya terus dijatuhkan di bahu Tg Rasydan. Malu punya pasal.

Tg Rasydan tergelak lagi. Terhibur dengan keletah isterinya. Tangan terus melingkar memeluk bahu Maya.

"Hey, dah berapa lama kita kahwin. Masih malu dengan Adan lagi?" Bahu Maya diusap usap beberapa kali.

"Adan la. Orang cakap lain. Lain pula dia cakap." Maya merungut manja.

"Dah tu. Adan nampak Maya saja yang cantik sekarang ni." Tg Rasydan masih mengusik.

"Suka hati lah." Paha Tg Rasydan ditepuk kuat sebelum dia terus bangun dari bangku. Hampir berlari dia turun ke jeti tasik apabila Tg Rasydan mengekorinya dari belakang.

"Careful, sayang." Tg Rasydan menegur gusar. Langkah dilajukan apabila Maya sudah bersandar di pagar jeti.

Lengan Maya dipaut sebaik saja isterinya itu dihampiri. Maya hanya tergelak gelak apabila Tg Rasydan mula membebel.

"Tengok tudung tu. Dah senget dah. Rambut dah keluar tu. Maya..." Mata Tg Rasydan membesar memandang kepala Maya yang dibaluti tudung itu.

Maya tercengang cengang. "Ya ke?" Tangannya naik mahu membetulkan letak duduk tudungnya namun Tg Rasydan menahan.

"Sini, Adan betulkan."

Maya mengetap bibir. Tersenyum simpul melihat wajah serius Tg Rasydan ketika membetulkan tudung di kepalanya.

Sebelum bertolak ke sini, dia menyuarakan hasratnya untuk bertudung. Lega hatinya apabila Tg Rasydan sedikit pun tidak membantah. Bahkan berstok stok tudung suaminya itu belikan untuknya.

Matanya terasa berkaca. Syukur dengan segala yang terjadi dalam hidup mereka.

Keluar saja Tg Rasydan dari hospital tempoh hari, mereka mendapat tahu, Raja Syafinaz yang cuba untuk melanggar Maya. Mujur saja mereka tidak apa apa. Sekarang, Raja Syafinaz langsung tidak memunculkan diri di hadapan mereka selepas kejadian itu.

Maya memandang Tg Rasydan yang sudah tersenyum memandangnya.

"Comel sayang Adan ni." Satu ciuman Tg Rasydan hadiahkan di ubun ubun Maya.

I Choose You | ✔Where stories live. Discover now