Bab 37

14.9K 685 129
                                    

Mengapa ku selalu dibuai
dusta dan derita
Selalu dibelai
bicara manisnya




👓👓👓




"Aku terima nikahnya Nur Syifa bt Mohd Salleh dengan mas kahwin RM300 tunai."

Lancar mulutnya menyebut. Setelah dua kali lafaz, gadis itu sah menjadi miliknya. Hatinya bercelaru. Menggigil tangannya mengangkat tangan mengaminkan doa.

Setelah doa dibacakan, seseorang di sebelahnya menepuk pahanya, mahu dia mendekati si isteri.

Nafas dihela perlahan. Dia bangun mendekati Syifa. Dapat dirasakan wajah sendiri yang kelat setelah dia berada di depan isterinya.

Syifa hanya kaku menunduk. Wajahnya kemerahan. Tubir matanya basah.

Tidak mahu mengambil peduli perasaan gadis itu, tangan Syifa dicapai. Sejuk dan menggigil. Sebentuk cincin disarung ke jari manis Syifa.

Seketika, Syifa tunduk mencium tangannya. Namun hanya seketika. Dia terus menarik tangannya membuatkan Syifa sedikit tersentak.

Barulah gadis itu mengangkat muka memandangnya. Berkaca mata itu.

Dia melarikan wajah. Hatinya sakit. Gadis ini diambil sebagai isteri atas desakan keluarga. Dia tidak akan menikahi Syifa jika dengan kerelaannya. Dia menunggu seseorang.

Maya!

Dia mahukan gadis itu. Gigi diketap kasar dan tanpa mempedulikan Syifa dan keluarga yang lain, dia terus berlalu keluar dari masjid itu.





👓👓👓






"Saya terima surat peletakan jawatan awak." Asyran merempuh masuk bilik Maya bersama sepucuk surat di tangannya.

Matanya membulat melihat Maya yang sedang menyimpan barang barangnya ke dalam kotak.

"Ya." Dingin suara gadis itu.

"Kenapa? Saya tak benarkan awak pergi dari sini." Tegas Asyran.

Maya merengus. Lebih dua tahun dia bekerja dengan Asyran. Dan ketika ini dia nekad, dia mahu berhenti. Cukuplah kata kata manis yang ditabur oleh lelaki ini, cukuplah pujuk rayu lelaki ini padanya. Dia tidak mahu kecewa lagi.

"Maya..." Asyran bersuara memujuk.

"Saya dapat tawaran kerja yang lebih baik. Tolong faham saya." Maya berkata, memandang Asyran.

"Saya boleh naikkan pangkat awak."

"Saya tak nak. Saya tak nak kerja kat sini. Saya tak nak kerja dengan awak lagi, Asyran." Maya menggeleng, meneruskan kerjanya.

"Maya, please... Jangan buat macam ni. Awak tahu saya cintakan awak." Asyran menghampiri Maya.

Maya memejamkan mata seketika. Cinta. Sudah lali telinganya mendengar ungkapan cinta dari Asyran. Mata dibuka apabila Asyran sudah mencapai tangannya.

"Maya, saya akan betulkan keadaan. Tolong tunggu saya."

Maya meleraikan tautan tangan mereka. "Awak nak betulkan keadaan macam mana lagi? Awak dah kahwin!"

Asyran menunduk.

Maya menggeleng. "Jaga isteri awak baik baik, Asyran." Maya berkata dan terus mengangkat dua biji kotaknya.

Keluhan dilepaskan sebelum lambat lambat Asyran mengekori Maya.

"Sini, saya tolong." Asyran mengambil kotak dari pegangan Maya.

I Choose You | ✔Where stories live. Discover now