Bab 54

15.6K 793 53
                                    

👓👓👓






"Ada apa puan nak jumpa saya?" Kata kata Maya membuatkan wanita di hadapannya melepaskan keluhan.

"Mama nak tanya khabar Maya."

"Saya sihat. Saya hidup lagi." Sinis!

"Ayah macam mana? Sihat?" Lembut Pn Asma bertanya walaupun menyedari kedinginan dalam nada suara Maya.

"Sihat."

"Baguslah. Mama risau keadaan Maya dan ayah."

Maya melepaskan ketawa sinis mendengar kata kata Pn Asma.

Pn Asma menunduk. "Maafkan mama. Mama tinggalkan Maya dengan ayah."

Maya diam. Matanya dialihkan dari wanita di hadapannya sebelum pandangannya jatuh pada Shahrul di hujung meja. Shahrul yang memberitahunya Pn Asma mahu berjumpa dengannya. Jadi, hari ini dia datang ke kafe ini atas nasihat Shahrul juga.

"Ayah cakap saya dah tak ada ibu. Ibu saya meninggal sejak saya bayi."

"Mama tak mati. Ni mama Maya. Tanyalah pada ayah. Mama masih hidup."

"Jadi kenapa? Kenapa puan tinggalkan kami?"

Pn Asma menarik nafas panjang. "Sebab ayah kamu. Ayah tak pernah berubah. Mama tak tahan dengan sikap kaki judi ayah Maya."

"Puan silap. Ayah saya boleh berubah. Ayah saya dah berubah. Puan boleh bayangkan, sejak saya kecil, tanpa seorang ibu, saya hidup dengan seorang ayah yang kaki judi. Saya dibesarkan oleh seorang ayah yang kaki judi. Tapi saya tunggu ayah. Saya tak pernah tinggalkan ayah. Saya jaga makan pakai ayah." Maya menghentikan kata katanya. Rasa sebak menguasai diri.

"Saya sabar. Hingga satu masa, ayah tinggalkan dunia judi. Ayah dah berubah. Tapi ayah tinggalkan hutang pada saya tanpa dia tahu. Saya masih tak biarkan ayah. Saya tak tinggalkan ayah. Saya kerja. Saya cari duit untuk langsaikan hutang ayah." Maya mengesat hujung mata kasar.

"Sekarang, saya cuma ada ayah. Walaupun ayah saya bekas kaki judi, walaupun ayah saya pernah bebankan saya dengan hutang. Tapi ayah yang besarkan saya, ayah yang sekolahkan saya, bagi saya makan, ayah saya tak pernah tinggalkan saya. Saya boleh merasa erti kasih sayang walaupun tanpa seorang ibu."

Wanita di hadapannya sudah mengalirkan air mata.

"Saya boleh hidup tanpa seorang ibu dan saya tak perlukan dia sekarang." Maya bangun dari kerusi. "Saya minta maaf puan. Kalau selama ni puan boleh abaikan saya, kenapa sekarang puan nak ambil tahu pasal saya? Saya tak perlukan semua tu. Harap puan faham. Saya tak nak jumpa puan lagi."

Maya melangkah dari situ. Esakan Pn Asma dapat didengari namun Maya keraskan hati. Terus dia melangkah keluar dari restoran itu.







👓👓👓








Maya masuk ke dalam bilik Tg Rasydan setelah mendengar suara lelaki itu menyuruhnya masuk.

"Tengku..." Tg Rasydan mengangkat muka. Maya meletakkan sebuah fail di hadapan Tg Rasydan.

"Saya nak dapatkan pengesahan tengku."

Tg Rasydan memandang Maya, tidak mempedulikan fail yang diletakkan. "Kau memang nak sakitkan hati aku kan?"

Maya mengerutkan kening. Dah kenapa pula. "Sakitkan hati apa pula ni?" Dia bertanya tidak mengerti.

"Kenapa panggil aku tengku? Aku ni orang asing ke, Maya?" Tegang suaranya. Akhir akhir ini, jika bertemu pasti mereka berkelahi.

"Ni kan tempat kerja." Maya membalas berani.

I Choose You | ✔Where stories live. Discover now