Bab 51

15.8K 807 33
                                    

👓👓👓







Maya memandang meja makan yang dipenuhi makanan dengan wajah yang teruja. Tangan sudah mencapai garfu.

Tg Rasydan tergelak kecil. Dia mengambil beberapa jenis lauk pauk sebelum diletakkan di dalam pinggan Maya.

"Makan, Maya."

Tidak menanti, Maya terus menyuap makanan ke dalam mulut.

"Sedap?" Tg Rasydan bertanya. Leka dia melihat Maya berselera.

"Sedap." Maya tersengih dengan mulut yang penuh.

"Tu, ambil lagi. Aku order semua ni untuk kau." Tg Rasydan memasukkan lagi pelbagai jenis hidangan ke dalam pinggan Maya

"Awak tak makan ke?"

"Tengok kau makan pun aku dah kenyang."

Maya mencebik. "Makan Tg Rasydan. Tak adanya tengok saya makan, jadi kenyang."

Tg Rasydan tergelak kecil. Dia mencapai garfu dan mula menjamu selera.

"Maya, aku nak cakap sesuatu pada kau." Tg Rasydan bersuara setelah mereka selesai makan.

"Ya. Cakaplah." Maya meneguk minumannya licin sebelum mengelap mulut dengan napkin.

"Em..." Garfu dan sudu diletakkan rapi. "Pasal Nia..."

Maya terdiam.

"Dia dah lama balik. Lebih kurang beberapa hari sebelum kau masuk kerja dulu." Jelas Tg Rasydan lagi.

"Perempuan yang kau nampak keluar dengan aku dulu... Nia."

Maya melarikan pandangannya. Hatinya terasa disiat mendengar nama itu meluncur dari bibir lelaki di hadapannya ini.

"Aku tak nak kau fikir bukan bukan. Sebab tu aku tak beritahu pasal dia."

Maya kembali memandang Tg Rasydan. "Kenapa sekarang awak beritahu saya?"

"Aku tak nak sembunyikan apa apa daripada kau."

Maya menghela nafas panjang. "Jadi? Sekarang apa?" Dia bertanya mahukan kepastian.

Kali ini, keraguan menerjah hatinya. Takut Tg Rasydan akan meninggalkannya lagi.

"Aku nak kau tahu. Walaupun Nia dah balik, aku tetap nak kau."

Maya terkaku apatah lagi apabila Tg Rasydan tepat memandangnya.

"Are you sure...?" Maya merenung tepat ke mata Tg Rasydan. Mahu mencari kebenaran dari mata itu.

Tg Rasydan hanya tersenyum mengangguk.

"Tapi, Nia... Bukan ke awak cintakan dia? Awak tunggu dia selama ni. Awak sanggup kecewakan saya sebab dia. Now, what happened?"

"Kau juga yang suruh aku move on. Aku dah move on. So, kau kena bertanggungjawab. Kau buat aku hilang rasa cinta aku pada Nia."

Maya menelan air liur.

"Maya...aku cintakan kau."

Maya menunduk. Membahang wajahnya mendengar pengakuan Tg Rasydan.

"Please, terima aku."

Maya memandang Tg Rasydan dan hanya seketika dahinya berkerut. "Habis tu Nia macam mana? Awak nak tinggalkan dia?"

"Dia tinggalkan aku Maya. 5 tahun dia pergi, aku tak tahu apa salah aku. Kau tak kesiankan aku?"

Maya terdiam.

"Sekarang ni, aku cintakan kau dan tak ada sebab aku perlu bagi peluang pada Nia setelah apa yang dia buat pada aku."

I Choose You | ✔Where stories live. Discover now