Sesuatu panggilan itu menggambarkan siapa diri kita. Eclipse ialah gelaran dia. Tiada perkara yang mampu buat dia gentar bertindak. Hidupnya dari kecil lagi sudah diajar untuk memegang senjata. Arwah ibu dan ayahnya merupakan assasins yang sangat terkenal. Tapi, kewujudan Eclipese lansung tidak diketahui oleh pihak musuh ibu dan ayahnya.
Semakin dia besar, dia memantapkan bakatnya dengan pergi memgembara. Sehinggalah dia membuat keputusan untuk menetap di Casuweth Empire yang memikat hatinya. Bukan sahaja kerana penduduk yang mesra tetapi kerana kerajaan itu merupakan tempat lahir kedua ibu ayahnya. Serta kerajaan megah ini juga telah menjadi saksi cinta ibu dan ayahnya berputik disini.
Semasa dia turun ke pasar untuk membeli bahan masak. Dia terlihat ada sekumpulan lelaki yang cuba memeras ugut penjual-penjual di pasar. Para penjual diperas ugut tanpa belas kasihan. Eclipse mengumpul amarah di dalam genggamannya. Hatinya berdoa agar semua lelaki itu tidak mati dikerja dia.
Tetapi, apabila salah seorang lelaki dalam kumpulan itu mula meminta pakcik tua menjilat kasutnya agar berkilat. Itu membuatkan seolah-olah mereka telah menekan suis salah. Pantas Eclipse memberi high kick tepat pada kepala lelaki penyangak itu. Terundur kawan-kawan penyangak tersebut. Terkejut dan terpempan. Tanpa ada senjata Eclipse menepis segala serangan. Akhir sekali, tali yang dibelinya tadi mengikat lelaki-lelaki penyangak.
Eclipse mahu beredar tetapi ada seorang pegawai telah menghentikan langkah dia. Pegawai itu cuba memberikan pampasan kepada Eclipse kerana telah berhasil menumpaskan kumpulan penyangak itu. Tapi, dia menolak. Tidak mahu budinya itu dibalas dengan wang atau emas.
Keesokan harinya, tika Eclipse membuka pintu rumahnya untuk keluar sidai kain. Dia dikejutkan dengan kehadiran pegawai semalam. Rupa-rupanya, pihak raja meminta dia menghadap.
Raja telah melihat aksi Eclipse yang tangkas dan berani. Walaupun, video yang dilihat menutup wajah dia. Raja boleh tahu itu dia. Walaupun, berkali-kali Eclipse menafikan. Sampailah, Raja tiba-tiba memberi arahan kepada beberapa pengawal istana untuk menyerang dia. Eclipse yang memang sentiasa set mind melindungi diri telah terlepas laku menunjukkan bakat dia nan satu itu.
Setelah beberapa tahun Eclipse bekerja sebegai pengawal peribadi raja. Dia dinaikkan pangkat menjadi kapten kumpulan perisik peribadi milik Casuweth Empire. Ini semua atas arahan raja Casuweth Empire sendiri. Malah, walaupun ahli kumpulan perisik ini kecil tapi mereka mempunyai kuasa besar kerana mereka orang kepercayaan pihak raja dan barisan keluarga diraja.
Sehinggalah satu hari Eclipse mendapat satu misi yang melibatkan hati dan perasaan. Mampukah Eclipse menggadaikan cintanya demi negara tercinta?
-------------------------------
JANGAN LUPA VOTE DAN KOMEN TAU. NANTIKAN BAB YANG PERTAMA. IN SYA ALLAH, AISY UPDATE BEFORE MALAM NI.
LOVE A LOT, CKK.
YOU ARE READING
CINGULAMONIA
FantasíaA STRONG DESIRE TO HOLD A PERSON IN YOUR ARM SINOPSIS KORANG BOLEH BACA BILA KLIK READ. KENAPA TAK TULIS JE DEKAT SINI? SEBAB DIA LEBIH DARIPADA 2000 KARAKTER. SORRY. HOPE KORANG ENJOY TO READ IT. JANGAN LUPA UNTUK TINGGALKAN VOTE DAN KOMEN. ANDA DI...