1

17.7K 295 1
                                    

Dylan membasuh kereta Bugatti di hadapannya dengan berhati hati.Kereta mewah.Mana mungkin dia mampu membeli kereta mewah sebegini.Dia memandang sekilas pemilik kereta itu.

Wuish!Siap ada pengawal peribadi lagi tu!

Pemilik kereta itu perempuan.Memang Dylan tidak nafikan lagi.Wanita itu sangat cantik.

Dylan melangkah menuju ke rumahnya.Sesekali dia memandang kawasan itu sangat sunyi dan gelap.Dia tidak kisah jika pulang lewat ke rumah.Dia lelaki bukannya perempuan.Tiba tiba,mulutnya ditekup menggunakan sapu tangan.Dalam masa lima saat,dia pengsan tidak sedarkan diri.

Dylan membuka matanya perlahan.Otaknya kembali berfungsi.Dia teringat yang dia sedang berjalan dan dia diculik?

Dylan memandang keadaan di sekelilingnya.Dia berada di dalam bilik yang sangat mewah.Mengapa dia diculik?Dia akan dibunuh?Dia buntu.

"Kau dah bangun?"Soal seseorang itu tiba tiba.Dyla terkejut.Yang pasti itu adalah suara seorang wanita.

"Dalam almari tu ada baju.Pergi mandi lepastu turun bawah."Katanya dengan nada yang dingin.Tiada riak langsung pada wajahnya.

Wait.Tu bukan perempuan yang cuci kereta kat kedai tu ke?

"Kenapa kau culik aku?!Aku ada apa apa masalah kat kau ke?!"Soal Dylan.Dia mahu tahu.Apa sebab dia diculik.Dia dapat merasakan bahawa perempuan itu menculiknya.

Perempuan itu menghampiri Dylan.Wajahnya didekatkan pada wajah Dylan sehinggakan hidung mereka bersentuhan.Dylan terkejut dengan tindakan drastik perempuan itu.

"I have no idea to your question,darling.Now,go and take shower."Katanya dengan nada yang dingin.Kemudian,dia pergi dari situ.Dylan menghela nafas berat.Entah mengapa dia berada berdebar saat perempuan itu memanggilnya dengan panggilan darling.

Dylan melangkah menuju ke tingkat bawah.Sewaktu dia keluar dari bilik tadi,terdapat dua orang bodyguard menjaga bilik itu dari luar.

Badan bukan main sasa,kata hati Dylan.

Turun saja tangga,kelihatan perempuan itu sedang bersarapan pagi.Dylan berdiri di hadapan perempuan itu.

"Sit down and eat."Arah perempuan itu lagi.Dylan mendengus geram.Perempuan itu asyik mengarahnya.

Dia tu siapa?Dahlah culik aku!

"Aku nak balik."Kata Dylan dengan nada yang tegas.Dia tidak akan membiarkan perempuan ini mengarahnya lagi.Perempuan di hadapannya itu hanya mempamerkan riak kosong.Seolah olah tiada perasaan.Perempuan itu berdiri.Dia mencapai beg tangannya.Kemudian dia pergi dari situ bersama sama anak buahnya.

Dylan mengetap bibir.Geram!Siapa perempuan itu sebenarnya?Dan,apa yang dia mahu?Dylan mahu melarikan diri.Tetapi apabila melihat pengawal di luar rumah itu,dia hanya mampu mengeluh.Badan mereka semuanya sasa.Kalau dirinya ditumbuk oleh mereka,mahu terpelanting dia.

Dylan merenung rumah itu.Semuanya barang barang yang mewah.Rumah ini besar.Seperti istana.Dylan berjalan menuju ke ruang tamu.Dia mencapai remort televisyen itu.Butang itu ditekan beberapa kali.Tiada siaran langsung yang dapat menarik minatnya.Dylan menutup televisyen itu.Dia kembali berjalan jalan di kawasan dalam rumah itu.Laci yang berada di bawah televisyen itu menarik minatnya.

Dia menarik laci itu.Dia tergamam.It's a gun.Lantas ditutup kembali laci itu.Segera dia menjauhkan diri dari situ.

"What's wrong,Darling?"Soal seseorang itu.Lantas Dylan menoleh.Dia menghela nafas lega.

Perempuan tu,rupanya.

"Aku nak balik."

Soalan perempuan itu tadi hanya dibiarkan.Apa yang dia mahu sekarang ini ialah,pulang ke rumah.

Perempuan itu berpeluk tubuh.Wajahnya langsung tiada riak.Beku.

"You can't.Kau kena tinggal sini.Kau tak boleh balik sehingga aku benarkan."

Berkerut kerut dahi Dylan.Mengapa?

"Kenapa kau culik aku?!Aku tak ada kaitan dengan kau lah!"Balas Dylan.Geram.

Perempuan itu tidak menjawab.Sebaliknya,dia melangkah pergi dari situ.Dylan mengeluh.Jam dinding direnungnya sekilas.

8:30 p.m.

MAFIA'S HEARTWhere stories live. Discover now