Bab 83(I don't care about Dylan!)

1.9K 72 7
                                    

Evelynn membelek kertas kertas yang terdapat dalam sampul surat yang diberikan oleh Christ tempoh hari.

"David dan Kate Ibu bapa kepada Augustine?"Gumam Evelynn sendirian.Dia mengangkat bahunya.Apa apa sajalah.Kertas kertas tadi diletakkan semula di dalam sampul surat.

Dia tidak rasa dia mahu membaca semua ini buat masa sekarang.Dia hanya mahu memikirkan tentang Henry sekarang.Sudah masuk dua minggu lelaki itu tidak menghubunginya.

Dia tertanya tanya.Mengapakah Henry tidak menghubunginya lagi?Adakah disebabkan oleh kejadian hati itu?

Dia juga ada menghubungi Henry berkali kali.Namun,tidak dijawab.Mungkin Henry mahu mengelak dari berjumpa dengannya.

Tak apa.Nanti dia akan berjumpa dengan Henry.Kita tengok sama ada Henry betul betul mahu menjauhkan diri daripadanya.

-----

Henry mengeluh.Hm..rindunya dia dengan Evelynn.Bagi dia,Evelynn memang kanak kanak.Dia tersenyum sendiri.Tangannya dimasukkan ke dalam poket seluarnya.

Tapi,dia tidak boleh bersama dengan Evelynn.Evelynn sudah mempunyai suami.

Dia mahu Evelynn hidup dengan aman.Dia tidak mahu kehadirannya menyebabkan hubungan Evelynn dan Dylan renggang.

Evelynn orang kaya.Lebih kaya darinya.Pasti Evelynnsenang untuk menjalani kehidupan seharian.

Sebab itulah dia kata pada Sese,berhenti cintakan dia.Dia tidak mahu Evelynn mencintainya.Dia tidak mahu Evelynn menjadi seperti Sarah.Bekas isterinya.

"Henry!"

Serentak itu Henry menoleh.

It's Evelynn.

Wajah gadis itu berkerut.Tidak seperti selalu.Ceria.

"Kita dah bincangkan yang kita akan jadi kawan.Kenapa awak tak angkat call saya?Messages tak reply.Awak sengaja nak jauhkan diri daripada saya ke?"Soal Evelynn tidak puas hati.Henry tertawa kecil.Comel betul.Pipi Evelynn dicubit.Evelynn menepisnya kuat.

"That's not funny,Henry!I am serious!"

"Eeee,janganlah marah.I changed my number.Sorry tak bagitahu awak.Bak sini phone awak."

Henry tersenyum nipis.Evelynn mengeluh.Telefonnya diberikan kepada Henry.

Henry terus menaip nombor telefonnya lalu menyimpan nombornya di dalam kenalan.Telefon dikembalikan kepada Evelynn.

Evelynn mengukir senyuman.Tangan Henry diraih.

"Lain kali jangan buat macam ni lagi tau.Awak buat saya takut."

Henry mengangkat keningnya.Pelik dengan apa yang baru saja dikatakan oleh Evelynn.

"Kenapa awak takut?"Soal Henry.

"Saya takut awak akan tinggalkan saya."

Jawapan daripada mulut Evelynn membuatkan Henry terkejut.

"Kalau saya tinggalkan awak sekalipun,awak ada Dylan.Dia boleh tolong jagakan awak.Awak ada Julian,Justin-"Belum sempat Henry ingin menghabiskan ayatnya.Evelynn memotong.

"Jadi awak betul betul nak tinggalkan saya?!"

"Bukan macam tu.Takkan awak nak tinggalkan Dylan?He is your husband Sese.Jangan disebabkan kehadiran saya yang menyebabkan awak menjauhkan diri awak daripada suami awak.Saya tak nak awak jadi macam Sarah."Balas Henry.Hatinya sebak saat menyebut nama Sarah.Namun,keadaan ini memaksanya untuk menyebut nama itu.

"I don't care about Dylan! I only love you!Not him!Can you please understand me?!Janji dengan saya.Awak takkan tinggalkan saya!"Evelynn berkata dengan nada yang tinggi.Air matanya sudah menitis.Dia sangat sensitif dengan perkara yang berkaitan dengan Henry.Dia berharap sangat Henry tidak akan meninggalkannya.

"Okey,okey.Berhenti menangis.Saya janji yang saya takkan tinggalkan awak."Balas Henry.Evelynn dibawa ke dalam pelukan.

Dari jauh Dylan memerhati.Hanya sakit.Dia menarik nafas kemudian dihembusnya perlahan.Air matanya bergenang di tubir.Kenapa Evelynn berkata sebegitu?Evelynn tidak mencintainya lagi?

------

"Henry."Panggil Dylan.

"Eh,Dylan.Kau buat apa datang sini?Dah tengah malam dah ni."Tanya Henry.Dia menghampiri Dylan.Keadaan di tepi pantai sekarang ini sunyi.Tak ada orang.Mana taknya,jam dah pukul 12 pagi.

Buk!

Satu tumbukan hinggap di pipi Henry.Dahi Henry berkerut menahan sakit.Kenapa?

"D-Dyla-"

Buk!

Belum sempat Henry ingin bersuara,Dylan menumbuknya lagi.

Henry berdiri.Dia mengelap darah yang ada pada hujung bibirnya.Dylan menarik kolar baju Henry.

"Jangan rapat dengan Eve!Dia isteri aku!Kau tak ada hak nak sentuh dia!"

"Benda boleh bawak bincang,Dylan.Aku tak nak benda ni jadi makin teruk."Balas Henry.Dia cuba untuk mengawal keadaan.

"Aku tak nak!Bawak bincang tak akan dapat puaskan hati aku!Kalau kau lelaki,lawan aku!"

Henry membuat wajah pasrah.

"Well,kau yang mintak."Gumam Henry.Dia menepak perut Dylan namun tersasar.Henry menolak badan Dylan sehingga jatuh.

Wajah Dylan ditumbuk beberapa kali.Dia kembali berdiri.Nafasnya cuba di stabilkan.

"Aku tunggu kau kat restoran."Katanya.Dia terus pergi dari situ.Baru beberapa langkah dia melangkah.Dylan menarik belakang bajunya menyebabkan tubuh Henry terjatuh di atas pasir pantai.

"Ini amaran kali pertama dan kali terakhir untuk kau.Kalau kau sentuh dia lagi,aku takkan teragak agak untuk bunuh kau terus."Ugut Dylan.Dia sempat memijak perut Henry sebelum melangkah pergi dari situ.

MAFIA'S HEARTWhere stories live. Discover now