"Kenapa awak datang sini?Awak rindu saya eh?"Soal Evelynn sambil melingkarkan tangannya pada leher Dylan.
"Taklah.Saya datang nak melawat awak.Manatahu awak masih demam."Kata lelaki itu sambil menyembamkan kepalanya pada dada Evelynn.
"Kalau boleh saya nak jumpa awak setiap hari."Rintih lelaki itu.
"Kita kahwinlah.Awak boleh jumpa saya setiap hari."Evelynn memberi cadangan.Dia sudah bersedia untuk menjadi isteri Dylan.Dylan tersenyum manis.
"Awak selesaikan hal awak dengan Papa saya dulu.Awak buatlah apa yang awak nak asalkan dia dapat balasan yang setimpal."Kata Dylan perlahan.Evelynn mengangguk.
"Pasal abang awak,Julian.Saya tak pernah nampak pun dia sebelum ni."
"Saya tak tahu dia pergi mana.Dia menghilangkan diri selama 5 tahun."Jawab Evelynn.Dia mengeluh apabila teringatkan tentang hal itu.
"Tapi kenapa?"Soal Dylan hairan.Pasti ada sebab mengapa Julian menghilangkan diri.
"Abang Ian tak nak beritahu kami.Dia rahsiakannya.Apa yang saya tahu Abang Ian pergi disebabkan gf dia."
Dylan mengangguk faham.Kepala Evelynn diusap perlahan.
"Kadang kadang,saya terfikir kenapa semua orang yang kami sayang pergi.Sabrina,gf Abang dan D-David.Kami memang tak berhak ke merasa apa itu kebahagian?"Soal Evelynn.Badan Dylan dipeluk.Erat.
"Jangan cakap macam tu.Apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.Saya tak suka awak cakap macam tu."Balas Dylan lembut.
"Awak tak faham.Hidup sebagai seorang Mafia bukannya senang.Mungkin satu hari nanti,ada diantara kita berdua akan pergi."Nada suara Evelynn rendah.Dylan mendongakkan wajah Evelynn menggunakan jarinya.
"Awak atau saya takkan pergi.Kalau awak pergi,saya akan ikut awak."
Evelynn tersenyum.Awak tak boleh ikut saya,Dylan.Saya akan pergi.Maafkan saya.
"Ehem! Eve,Dylan sudah sudahlah tu.Tak payah buat suasana romantik kat sini.Adik tu jangan nak gatal sangat.Belum kahwin dah nak peluk peluk."Tegur Julian.Evelynn menjeling.Sedikit pun tidak terasa dengan apa yang dikatakan oleh Julian.Eleh,dulu Abangnya itulah yang paling over dalam bab bab bercinta.
"Dylan awak balik dulu.Nanti saya text awak."
Dylan mengangguk.Kemudian dia pergi dari situ.Evelynn berdiri.
"Suka hati Adiklah yang Abang Ian nak marah Adik dengan Dylan ni kenapa?"Soal Evelynn tidak puas hati.Sibuk je nak kacau masa mereka berdua di laman depan rumah.
"Adik janganlah marah.Abang gurau je.Mama panggil Adik.Dia kat ruangtamu."Kata Julian sambil tersenyum.Evelynn melangkah pergi dari laman itu.Malas mahu melayan Julian.Sakit hatinya belum reda lagi.Baru saja ingin bermesra dengan Dylan.
Evelynn duduk di atas sofa.Wajahnya dingin.Hairan Puan Victoria,Encik Ronald dan Justin melihatnya sebegitu.
"Mana Dylan?"Soal Encik Ronald.
"Dah balik."Jawabnya.Ringkas.Dia merenung kearah Julian dengan renungan tajam.
"Kenapa dengan kamu berdua ni?Tadi elok je bersweet dekat tangga."Tegur Encik Ronald.
"Tak ada apa apalah,Pa.So,kenapa kita berkumpul dekat sini?"Soal Evelynn.Saja mahu menukar topik.
"Abang nak cakap sikit.Hari tu Abang keluar makan malam dengan Emma.So,....."Perkataan 'so' itu dipanjangkan.Sengaja mahu ahli keluarganya berasa saspens.
"So what?"Soal Puan Victoria.
"Abang melamar dia.Jadi,dia terima."
Julian,Puan Victoria,Evelynn dan Encik Ronald tercengang.Baru dua minggu lebih Sabrina tiada.Takkan terus mahu mencari penganti baru?
"W-what are you talking about?Why so fast?"Soal Evelynn.
"Abang tak ada pilihan Adik.Ini adalah permintaan daripada Sabrina.Abang takkan melamar Emma kalau ini bukan permintaan Sabrina."Jawab Justin.Evelynn mengangguk perlahan.Patutlah Justin ingin mengahwini Emma.
"Bila majlis perkahwinan tu?"Soal Julian.
"Next week."Jawab Justin ringkas.
"Okeylah kalau tak ada apa apa lagi Adik naik atas dulu."Evelynn meminta diri.Terus dia berjalan menuju kearah bilik Augustine.
Julian mengeluh.Kesal dengan tindakannya tadi.Mungkin dia patut meminta maaf pada Evelynn nanti.
Pintu bilik diketuk Augustine diketuk.
"Come in."Laung Augustine dari dalam.
Evelynn mengukir senyuman.Kelihatan Augustine sedang bercakap dengan seseorang melalui iPad Apple miliknya.
"Mommy come here.Lets join us."Kata Augustine sambil memandang kearah Evelynn.Berkerut dahi Evelynn.Siapa yang bercakap dengan Augustine melalui panggilan video itu?
Mata Evelynn melirik kearah skrin iPad Apple milik Augustine.Kelihatan Dylan sedang berbaring di atas katilnya.
"Can you please hold on this iPad for me?I want to take a bath."Kata Augustine sambil menghulurkan iPad kepada Evelynn.Evelynn menyambutnya perlahan.Terus Augustine masuk ke dalam bilik mandi.
"Dylan,saya nak mintak maaf dengan awak pasal apa yang Abang Ian cakap kat kita tadi.Saya harap awak tak terasa.Dia bergurau je tu."
"Saya tak terasa pun Eve.Lagipun memang betul apa yang dia cakap."Balas Dylan.Dia menggosok rambutnya beberapa kali sehingga kusut.Dia mengantuk sebenarnya.Penat selepas pulang dari kerja tidak hilang lagi.
"Oh ya...awak ada dengar berita ke yang Emma akan berkahwin dengan Abang Justin?"Soal Evelynn.
"Oh....ada.Petang tadi dia bagitahu saya."
Evelynn mengangguk perlahan.
"Esok kita jumpa dekat luar eh.Nanti saya bagitahu awak dekat mana.Awak nampak penat.Esok kita jumpa,okey?"
Dylan mengangguk perlahan.
Punat tamat ditekan.Panggilan tamat.Terus Evelynn keluar dari bilik Augustine.Langkah kakinya dituju ke biliknya.
YOU ARE READING
MAFIA'S HEART
Romance"Life is not a bed of roses" "I want to protect you from your father." Dia gadis yang kuat.Tetapi,lemah di dalam.Dia berpegang pada satu janji.Janji yang dia akan membalas dendam bagi menuntut keadilan Keluarga Ferandez. Kisah cinta mereka berdua,ti...