Dylan mengetuk pintu bilik perempuan itu.Dia langsung tidak tahu nama perempuan itu.Pintu bilik dibuka.Dylan melangkah masuk.
Mana perempuan tu?
Dylan ingin berjumpa dengan perempuan itu kerana dia ingin pulang.Dia tidak tahu apa motif perempuan itu menculiknya.
Dylan terasa seperti seseorang memeluknya dari belakang.Lantas dia menjauhkan diri.Rupa rupanya,perempuan itu.
Perempuan itu memakai bathrobe.Dylan meneguk air liurnya,kelat.
"Kau buat apa masuk bilik aku ni?"Soal perempuan itu sambil mencapai baju bajunya yang berada di dalam almari itu.
"Aku nak balik."Jawab Dylan laju.
"Tak boleh."Jawab perempuan itu pendek.Dylan mengetap bibirnya.Dia geram.
"Aku tak kenallah siapa kau!Dahlah suka suka je culik aku!Apa kau nak?!"
"Nama aku Evelynn.Jadi,kau dah kenal aku."Jawab Evelynn tenang.Dia berpeluk tubuh.
Dylan meraup kasar wajahnya.Dia sudah tidak tahan.Dia keluar dari bilik itu.Dia melangkah laju menuju kearah pintu rumah.Dia berlari keluar menuju kearah gate.Namun,belum sempat dia melangkah menuju kearah gate,dia ditarik masuk ke dalam rumah semula.
Buk!!!
Dylan jatuh terduduk.Dia perlahan lahan bangun,punggungnya terasa sakit itu digosoknya perlahan.Pasti guard yang menariknya masuk semula.Agaknya,bila dia dapat keluar dari rumah itu.
"Maaflah.Pengawal pengawal aku layan kau dengan kasar."Kata seseorang dari belakang Dylan.Yang pasti itu adalah Evelynn.Dylan berdiri menghadap Evelynn.
"Evelynn,aku merayu dengan kau.Aku nak balik.Lagipun,aku tak buat apa apa pun yang salah kat kau."Kata Dylan lembut.Manatahu Evelynn akan membenarkannya pergi dari situ.
"Kau memang tak buat salah kat aku.Tapi,papa kau.Dia berhutang dengan aku."Kata Evelynn sambil berpeluk tubuh.Dylan berfikir sejenak.
Papanya sudah lama meninggalkannya.Papanya masih hidup.Tetapi,dia tidak tahu dimanakah Papanya berada.Mamanya pula meninggal kerana sakit jantung.
"Berapa hutang papa aku?Aku akan bayar."Kata Dylan.Dia nekad.Dia mahu pergi dari situ.
"Are you sure,my baby?Kau boleh bayar?Hutang papa kau 2 juta.Kau mampu?"Soal Evelynn sambil tersenyum sinis.Dylan terdiam.
2 juta?
Mana mungkin dia mampu membayar sebanyak itu dalam masa terdekat ini.
"Lupakan jelah kalau kau nak bayar.Aku tahu kau tak mampu."Sambung Evelynn lagi setelah sekian lama Dylan mendiamkan diri.
"Habistu?!Kau nak biarkan aku duduk dalam rumah kau ni sampai bila bila?!"Soal Dylan.Tak!Dia tidak mahu duduk dalam rumah ini sampai kehujung hayatnya.Dia mahu berkahwin!
"Bersiap cepat.Aku tunggu kau kat luar.Kita dinner kat luar."Kata Evelynn.Soalan Dylan hanya dibiarkan seperti angin.
Dylan memperkemaskan kot yang dipakainya.Setelah itu,rambutnya dirapikan.Setelah berpuas hati,dia melangkah menuju ke pintu rumah.Pintu dikuak.Kelihatan Evelynn sedang menantinya di dalam kereta.
Sepanjang perjalanan itu,mereka berdua hanya senyap.
Sampai saja di restoran itu,pengawal peribadi Evelynn memberhentikan kereta.Dylan dan Evelynn melangkah masuk ke dalam restoran itu.Dylan hanya mengikut langkah Evelynn.Nanti tersesat pula.Dahlah,restoran ini besar.Mewah pula tu.
Dylan dan Evelynn membuat pesanan.Setelah sekian lama menunggu,makanan yang dipesan sampai.
Evelynn hanya memesan wine.Dia tiada selera untuk makan.Dylan hanya makan.Namun,sesekali dia melihat kearah Evelynn.
YOU ARE READING
MAFIA'S HEART
Romance"Life is not a bed of roses" "I want to protect you from your father." Dia gadis yang kuat.Tetapi,lemah di dalam.Dia berpegang pada satu janji.Janji yang dia akan membalas dendam bagi menuntut keadilan Keluarga Ferandez. Kisah cinta mereka berdua,ti...