28(She's Smiling!)

3K 102 1
                                    

"Kenapa kita pergi kubur?"Soal Augustine.Dalam diam,Evelynn meng'rolls' kan matanya.Dia fikir Augustine ini hanya faham bahasa inggeris.Tetapi,Augustine juga fasih berbahasa Melayu.

Evelynn tidak menjawab pertanyaan Augustine sebaliknya dia keluar dari kereta itu.Bodyguardnya berdiri di sekeliling kereta itu.

Augustine hanya membuntuti Evelynn sehinggalah Evelynn berhenti melangkah di hadapan kubur milik David.Dan disebelahnya pula,Kate.

"This is your Mom and Dad's graves.I am sorry cause didn't told you."

Augustine membuat muka tidak percaya.Dia memgenggam tangannya.Erat.

"Ini pasti kerja Robert."Katanya perlahan.Air matanya yang mengalir ditepis perlahan.

"Wait.You know Robert?"Soal Evelynn pelik.Augustine mengangguk.

"Let's go home."Kata Augustine.Terus dia melangkah keluar dari kawasan tapak perkuburan itu.Evelynn menghela nafas.Rupa rupanya,Augustine kenal siapa Robert.

Tingkah laku Augustine juga kelihatan matang.Dia langsung tidak terlalu meratapi kesedihan atas pemergian Papa dan Mamanya.

"Kenapa dia tu?Muka dia tu marah semacam je."Soal Dylan sambil melangkah merapati Evelynn yang sedang duduk di atas sofa itu.Punggungnya dilabuhkan di atas sofa.Kedudukan mereka berdua sangat rapat.

"Aku bawak dia pergi kubur Mama dengan Papa dia.Aku bagitahu apa yang dah berlaku."

"Baguslah.Dia dah tahu apa yang dia patut tahu."

"Papa kau datang sini tadi."Kata Dylan sambil memandang kearah Evelynn.

"Huh?Dia ada bagitahu apa apa ke?"Soal Evelynn ingin tahu.Dia berasa pelik.Biasanya Papanya akan menelefonnya dulu sebelum datang ke rumahnya.

"Dia suruh kau datang rumah dia malam ni.Ada majlis kesyukuran sempena isteri abang kau mengandung."Kata Dylan.Sabrina mengandung?Evelynn seakan akan tidak percaya.

"Evelynn,boleh tak aku ajak Lovelyn nanti?Aku risau jugak dia sorang sorang dalam rumah tu dengan Mark."

"Suka hati kaulah."Jawab Evelynn.Evelynn berfikir sejenak.Apa agaknya riaksi Lovelyn jika tahu Sabrina mengandung.

Dylan melilitkan tangannya pada pinggang milik Evelynn.

"Aku nak nasihatkan kau supaya tak pakai baju ketat sangat nanti,eh?Aku tak nak badan kau jadi santapan lelaki lain kecuali aku."Kata Dylan dengan nada yang tegas.

"Kenapa tak boleh?"Soal Evelynn.Dia cuba mengawal senyumnya.Adakah Dylan cemburu jika lelaki lain melihat setiap lekuk tubuh badannya apabila dia memakai gaun pendek paras lutut.

Bila bersama dengan Dylan,Evelynn mengaku yang dia terus melupakan hal keduniaan.Jika inilah kebahagiaan yang lain David maksudkan,dia akan menerima Dylan sebagai teman baru hidupnya.Dia harus melupakan David.

"Cause,you are mine."Balas Dylan sambil memandang tajam kearah Evelynn.

"I am yours?Like seriously?Since when,Mr.Dylan?"Soal Evelynn.Dia langsung tidak sedar yang dia tersenyum.Dylan tersenyum.Akhirnya,dia dapat melihat senyuman gadis itu.Lesung pipit terpamer disebalik senyuman Evelynn.Namun,sebaik saja Evelynn tersedar yang dia tersenyum terus dia mematikan senyumannya.

"Eve,senyum balik.Aku nak tengok!"Kata Dylan sambil memegang wajah Evelynn.

"Itu adalah kali pertama dan kali terakhir kau tengok senyuman aku."Kata Evelynn.Terus dia berjalan masuk ke dalam biliknya.

Dylan tersenyum sendiri.Itu bukan kali terakhir dia melihat senyuman gadis itu.Dia mesti membuat gadis itu tersenyum kembali dengan memikatnya.Dylan tersenyum licik.

MAFIA'S HEARTWhere stories live. Discover now