"Dylan,bila kita nak kahwin?"Soal Evelynn sambil merangkul lengan Dylan.Kepalanya diletokkan pada bahu Dylan.
"Saya nak kita kenal kenal dulu.Perkahwinan ni bukan benda yang boleh buat main."Balas Dylan sambil tersenyum manis.
"Bukan kita dah kenal ke?"Soal Evelynn sambil ketawa.Dylan mencubit hidung Evelynn.Ada ada saja lawak yang nak dibuatnya.
"Kita memang dah kenal,Sayang.Maksud saya,kita kena bersedia dulu.Awak ni tak sabar nak first night ke?"Soal Dylan sambil tersenyum nakal.Evelynn tertawa kecil.
To:Justin Bro💖
Where are you right now,Abang?
From:Justin Bro💖
Abang teman Sabrina buat check-up.Kenapa?
To:Justin Bro💖
Ouh.Okay then.Lepas habis check-up,datang rumah Adik.Ada benda yang adik nak bincang.
From:Justin Bro💖
Okey.
"Sayang,saya nak keluar kejap.Nak pergi rumah saya.Risau pulak saya tinggalkan Lovelyn sorang sorang dalam rumah tu dengan Mark.Awak nak ikut tak?"
Evelynn menggeleng perlahan.
"Sekali sekala bawaklah diorang datang sini."Kata Evelynn sambil mengucup sekilas pipi Dylan.Dylan tersenyum manis.Dia mengusap kepala Evelynn sebelum keluar dari rumah.
"Amboi,tersenyum lebar anak Mama ni.Siapa tu?Kamu belum perkenalkan dengan Mama lagi."Kata Puan Victoria sambil melangkah menuruni tangga.Evelynn mendekati Puan Victoria.
"Nama dia Dylan.Bakal suami Eve."
Semakin melebar senyuman Puan Victoria.Dia sangat bersyukur melihat Evelynn sudah berubah.Dia tahu yang David sudah meninggal.Begitu juga dengan isterinya.
Puan Victoria melabuhkan punggunya ke atas sofa yang empuk itu.Begitu juga dengan Evelynn.
"Kalau Mama nak tahu,Dylan tu anak Robert."
Puan Victoria terkejut apabila mendengar kenyataan yang keluar dari mulut Evelynn itu.
"Bukan ke kamu benci Robert?"Soal Puan Victoria.Evelynn tersenyum simpul.
"Adik benci Robert.Tapi,adik tak benci anak dia.Dylan tak bersalah."
Puan Victoria mengangguk perlahan.Jika itu pilihan Evelynn,dia ikutkan saja.Dia tidak suka memaksa maksa.
"Mom,can I play at outside?I want to play football with your bodyguards.Can I?"Soal Augustine.Evelynn segera menoleh.Senyuman manis dipamerkan.Kepalanya diangguk.
Augustine sendiri yang mahu menganggilnya dengan panggilan 'Mom'.Manakala,dia memanggil Dylan dengan panggilan 'Dad'.Evelynn hanya mengikut kehendak Augustine.Dia faham perasaan budak kecil itu.Ibu bapanya meninggal ketika dia berumur 6 tahun.
Berkerut kerut dahi Puan Victoria.Siapa budak tu?
"Itu anak David.Evelynn jaga dia.Lagipun,dia tak ada ahli keluarga terdekat."
"Jadi,siapa perempuan yang ada dekat rumah Papa sekarang ni?"Soal Justin.
"Salah seorang orang kanan Robert."
Justin menghela nafas.Robert memang tidak akan berhenti mengacau keluarga mereka.
"Jadi,kita nak bagitahu Papa tak?"Soal Justin sambil memandang kearah Evelynn.Evelynn menggeleng perlahan.
"Kita tunggu masa sesuai.Tapi,bahaya kalau kita biarkan perempuan tu duduk dalam rumah Papa.Kita tak tahu apa rancangan Robert.Mungkin dia ada rancangan untuk bunuh Papa."Kata Evelynn.
"Sayang,awak okey ke ni?Muka awak nampak pucat."Ujar Justin sambil memandang kearah isterinya.Sabrina melemparkan senyuman.
"Saya okey.Biasalah,orang mengandung.Awak janganlah risau."Balas Sabrina perlahan.Justin tersenyum.Dia memeluk Sabrina erat.
Dia berharap agar keluarganya kekal bahagia.Cukuplah dengan apa yang berlaku dahulu.Dia tidak mahu perkara tersebut berulang lagi.
YOU ARE READING
MAFIA'S HEART
Romance"Life is not a bed of roses" "I want to protect you from your father." Dia gadis yang kuat.Tetapi,lemah di dalam.Dia berpegang pada satu janji.Janji yang dia akan membalas dendam bagi menuntut keadilan Keluarga Ferandez. Kisah cinta mereka berdua,ti...