47 (Happiness)

2.5K 80 0
                                    

"Tak payah pegang saya.Pergi main jauh jauh dengan kawan awak tu."Kata Dylan.Dia langsung tidak memandang wajah Evelynn.

"Awak marah saya ke?"Soal Evelynn meminta kepastian.

"Taklah.Saya tak marah.Saya tengah happy sekarang ni."Nafi Dylan.Siapa je yang tak marah bila tengok fiance' korang dengan lelaki lain.

Evelynn berdiri di hadapan Dylan.Dylan langsung tidak mahu melihat wajah Evelynn.Pipi Dylan diusap perlahan.Kemudian dikucupnya.

Ekspresi wajah Dylan langsung tidak berubah.

"Nanti saya datang balik."Katanya.Kemudian,dia pergi dari situ.Tujuannya adalah,pergi ke kedai berderkatan untuk membeli aiskrim.

-----------

"Nah."Evelynn menghulurkan satu ais krim kon kepada Dylan.Dylan hanya menjeling.Dia berpeluk tubuh.

"Saya letak kat sini eh?Saya nak bagi aiskrim kat Mark dengan Augustine kejap."

Evelynn meletakkan ais krim di sebelah kerusi Dylan.

Selesai memberikan ais krim kepada dua orang kanak kanak itu,Evelynn kembali duduk di sebelah Dylan.Nampaknya ais krim itu tidak terusik.

"Sayang,janganlah macam ni.Nanti cair ais krim tu.Sayang kalau tak makan."Evelynn menghulurkan ais krim itu kepada Dylan.Dylan langsung tidak menoleh.

Evelynn mengeluh.Aduh......macam mana ni?Aku bukannya reti sangat bab bab memujuk.

"Kalau awak tak nak ais krim,bagitahu saya awak nak apa?Nanti saya belikan."Evelynn masih tidak berputus asa memujuk Dylan.

Dylan tidak menjawab.Jam tangan ditilik sekilas.Baru saja pukul 9:50 a.m.Tinggal 10 minit lagi sebelum majlis bermula.

Dylan bangun.Lebih baik dia menikmati permandangan di persisiran pantai.Boleh tenangkan hatinya yang sedang membara itu.

Evelynn hanya membiarkan Dylan pergi.Lebih baik biarkan dia keseorangan dahulu.

Sepanjang Dylan berjalan di persisiran pantai,ramai perempuan memandang kearahnya dengan senyuman.

"Handsomelah dia tu!Seiras dengan Zayn Malik.Penyayi dari negara barat tu!"

"Kalau dia jadi bf aku,memang aku takkan lepas punya!"

Dan sebagainya.Berdesing telinga Evelynn mendengar pernyataan itu.

"Adik buat apa kat sini?"Soal seseorang sambil duduk di sebelah Evelynn.Evelynn berada di tengah tengah.Yang pasti itu adalah Justin dan Julian.

"Tak buat apa apa pun.Adik cuma tak dapat tengok majlis perkahwinan Abang dari dekat.Adik duduk kat sini je,okey?"

Justin memegang tangan Evelynn.

"Tak apa Abang faham.Nanti Ian kau tolong temankan dia kat sini."Arah Justin.

"Eh,it's okay.Eve dah ada ada dua orang bodyguards."Kata Evelynn sambil memandang kearah dua orang pengawal peribadi yang berdiri di tepi kerusi itu.Dia tidak mahu Julian melihat dari jauh majlis perkahwinan Justin.Rugilah nanti.

"Tak apa.Abang boleh temankan Adik kat sini."Julian merangkul bahu adiknya sambil tersenyum.

"Suka hati Abanglah.Adik tak paksa."Kata Evelynn.

"Okeylah.Abang nak pergi sana dulu.Take care."Ucap Justin.Kemudian dia mengucup perlahan dahi Evelynn.Dia berharap agar adiknya itu baik baik saja semasa majlis perkahwinan ini nanti.

"Aku?Kau tak cium pulak!"Kata Julian dengan nada menjauh.Bibirnya dijuihkan kehadapan.Tanda merajuk.

"Aku lempang kang!Tak pasal pasal kau pengsan kat sini!"Balas Justin dengan nada keras sambil menunjukkan isyarat pelempang.

Julian ketawa.Justin menggeleng perlahan.Ada ada saja perangai.Persis kanak kanak.Julian seperti bukan anak sulung.Nampak seperti Justin anak sulung.

MAFIA'S HEARTWhere stories live. Discover now