64

2.1K 78 2
                                    

"Doktor James!Pesakit di bilik VIP sedang mengalami pendarahan!"

Berkerut dahi James.Bilik VIP?Rasanya itu bilik.....

"Dylan!"

Segera dia berlari menuju ke bilik VIP tersebut.Kelihatan ramai jururawat berada di dalam bilik itu sedang melakukan bantuan.

"Maafkan kami,Doktor James.Kami dah cuba yang terbaik.Pesakit ini tidak dapat diselamatkan."Kata salah seorang daripada mereka.James meraup wajahnya.

"Berdasarkan apa yang kami lihat,ada kesan tikaman pada jantungnya."

"Tikaman?"Soal James.Dia menghampiri Dylan.Diperhatikan kawasan jantung Dylan.Memang betul.Ada kesan tikaman di situ.

James mengenggam tangannya.Memang sah!Ini kerja Robert.

---------

"Aku dah periksa rakaman tu.Memang betul.Robert yang masuk dalam bilik."Kata James.

Alex mengeluh.Kalau Eve tahu pasal benda ini...Dia tak tahulah nak jawab apa.

"Mana Eve sekarang ni?"Soal Christ setelah lama mendiamkan diri.

"Dia tengah buat pembedahan mata."Balas James.

"Aku tak tahulah nak cakap apa dengan Evelynn nanti."Keluh Julian.Kenapa mesti sekarang benda ini berlaku?Robert memang sudah melampau.

"Kenapa kita tak serang terus je Robert tu?Aku dah penat nak dengar benda benda macam ni lagi.Dulu Puan Darline.Sekarang ni Dylan."Tanya James sambil mengusutkan rambutnya.

"Eve tak bagi arahan lagi.Jadi,aku tak berani nak buat apa apa.Lagipun,dia yang buat perjanjian dengan Puan Darline dulu."Balas Julian.

----------

Throwback....

"Kamu boleh sambung belajar kat sini kalau kamu nak."

Evelynn menggeleng.

"Eve tak terfikir nak sambung belajar."

Puan Darline tersenyum.Puan Victoria adalah pemilik universiti di LA.Disitulah Abangnya menyambung pelajaran.

"Bila Aunty dah tak ada nanti,tolong jaga Dylan.Aunty tak nak kehilangan seorang lagi anak."Kata perempuan itu sayu.Raut wajahnya berubah.

"Jangan sesekali serahkan Syarikat Aunty pada suami Aunty.Faham?"Soalnya.Evelynn hanya sekadar mengangguk.

"Dia dah banyak sangat buat kacau dengan keluaga Eve.Eve benci dia."Kata Evelynn.Tangannya mengenggam penumbuk.

End of flashback.

Evelynn langsung tiada kaitan dengan keluarga Dylan.Tetapi,apa yang membuatkan dia ada kaitan dengan keluarga lelaki itu ialah,Robert.

Dia tidak faham kenapa lelaki itu asyik mengacau keluarganya.Setahu dia,dia tak pernah buat salah dengan lelaki itu.

Dia tidak mahu ambil tahu pasal benda itu.Apa yang penting,dia mahu balas dendam.Siapa suruh mengacau keluarganya?Memang terima padahlah.

---------

Seminggu selepas pembedahan Evelynn,kini Evelynn sudah dapat melihat sepenuhnya.Evelynn mengambil beg tangannya kemudian disangkut pada bahu.

Kakinya melangkah ke tingkat bawah melalui tangga.Dia mengeluh berat.Selepas pembedahan,dia tidak tahu di manakah Dylan berada.

Malah,Abangnya juga tidak tahu apabila di tanya.

"Dah siap?Jom."

Julian memimpin tangan Evelynn.Wajah adiknya dipandang.

"Kita nak pergi mana?"Soal Evelynn sambil duduk di ruangan belakang kereta pemandu.

Senyap.Tidak menjawab.

Evelynn mengangkat kening.Julian tidak pernah berkelakuan begini.Hal ini menyebabkan dia mengambil keputusan untuk mendiamkan diri.Mungkin dia akan tahu nanti ke manakah destinasi mereka.

Sampai di satu tempat,Evelynn keluar dari kereta.Dahinya berkerut.Kubur?

"Kenapa kita pergi kat sini?"Tanya Evelynn.

Julian mengeluh.Tangan adiknya dipegang.Lalu dia menarik Evelynn supaya mengikuti langkahnya.

Evelynn semakin keliru.Namun,dia mengikut langkah Julian.Sampai di hadapan satu kubur,kelihatan seperti kubur itu masih baru.Bukan seperti kubur kubur lain.

Siapa yang mati?

"Take your time.Nanti Abang bagitahu apa yang dah jadi kat rumah."Pesan Julian sebelum pergi dari situ.

Perlahan lahan anak mata Evelynn melihat nama pemilik kubur.Matanya terbuntang luas.

Dylan Enrique Ferandez

Evelynn menekup mulutnya.Tanda tidak percaya.Bagaimana hal ini boleh berlaku?Dan bila?Kenapa dia tidak tahu?!

Air matanya jatuh.Perlahan lahan dia jatuh terduduk.

"Macam mana hal ni boleh jadi,D?Sayang!Awak dah janji dengan saya yang awak takkan tinggalkan saya!Awak tipu!"

Evelynn menangis teresak esak.

"You lied to me!Dylan!"

"D!I want to protect you from your father.But,I failed.I am sorry.Tolong kembali!I need you!"

MAFIA'S HEARTWhere stories live. Discover now