25 (The Unknown Woman)

2.9K 93 0
                                    

"Evelynn,aku baru dapat tahu yang Robert akan balik Malaysia esok."Kata Christ.

"Apa rancangan kau?"Soal Alex.

"Kill him."Jawab Evelynn.Kali ini,Robert tidak akan terlepas.

"Aku takkan teragak agak nak bunuh dia kali ni.Dia dah banyak buat keluarga aku merana."Kata Evelynn.

"Papa kau dengan Justin tahu ke pasal ni?"Soal Alex.Dia bimbang jika Evelynn membuat sesuatu tanpa pengetahuan Justin dan Encik Ronald.

"Tak.Dan,pastikan diorang tak tahu pasal ni.Kalau diorang dapat tahu mesti diorang akan halang aku."

Alex dan Christ mengangguk faham.

Dylan melangkah masuk ke dalam rumah Evelynn.Nasib baik,anak anak buah Evelynn masih mengingatinya.Kalau tidak,kena halaulah jawabnya.

Kelihatan Evelynn sedang bersarapan di atas meja.Evelynn sedikit terkejut dengan kehadiran lelaki itu.

"Eve,kau kerja ke hari ni?"

Evelynn membalas dengan menggeleng.Dylan mengambil tempat duduk di sebelah Evelynn.Kamudian,dirapatkan kedudukannya kerusinya supaya dekat dengan Evelynn.

"Jom,pergi rumah aku.Aku nak kenalkan kau dengan seseorang."Ajak Dylan sambil memegang tangan kiri Evelynn.

Evelynn tersentak.Terhenti kunyahan sandwish dalam mulutnya.Adakah lelaki itu akan memperkenalkan wanita yang dilihatnya pada pusat membeli belah tempoh hari?

"Aku baru teringat yang aku busy harini."Dalih gadis itu.Dia tidak bersedia untuk semua ini.

"Eve,aku tak suka orang menipu."Kata Dylan dengan nada yang tegas.Evelynn menggigit bawah bibirnya.Dia serba salah.Adakah dia patut pergi?Ataupun tidak?

Dylan membuka pintu rumahnya.Evelynn teragak agak untuk masuk ke dalam rumah itu.

"Jom."Kata Dylan sambil memegang tangan Evelynn agar gadis itu mengikut jejak langkahnya.

Evelynn melabuhkan punggungnya ke atas sofa yang empuk itu.Matanya meliar melihat di segenap inci rumah itu.Mata Evelynn tertacap pada seorang budak kecil yang sedang bermain dengan kereta mainannya.Sehingga tidak sedar dengan kehadiran dirinya di situ

"Mark,tengok siapa yang datang."

Mark segera menoleh kearah Dylan.Kemudian,matanya beralih kepada Evelynn.Mark tersenyum manis.

"Hello,what's your name?"Soalnya sambil menghulurkan tangan.Evelynn sedikit teragak agak untuk membalas ucapan perkenalan dari Mark.Budak kecil ini petah bercakap dalam bahasa inggeris.

"Evelynn."Balas Evelynn sambil berjabat tangan dengan Mark.Dylan tersenyum nipis.

"Who is she,Papa?"Soal Mark.Dylan terperasan yang wajah Evelynn berubah tatkala Mark memanggilnya dengan panggilan Papa.Pasti gadis itu fikir bahawa dia sudah berkahwin.

Lovelyn meletakkan dulang ke atas meja yang terletak di hadapan Evelynn.Evelynn tergamam.

I-Itu bukankah Emma?Emma masih hidup?

Wajah Evelynn dikawal supaya tidak nampak seperti terkejut.

"Eve,kenalkan ini Lovelyn.Ibu kepada Mark.Jangan salah faham.Dia bukan isteri aku.Nanti aku jelaskan."Kata Dylan.Evelynn hanya mengiyakan.Dia masih terkejut dengan apa yang dia lihat sekarang ini.

Masakan Emma tidak kenal dirinya?Ataupun dia buat buat tidak kenal?Tetapi,Emma sudah pun tiada lagi di dunia ini.

Emma tersenyum manis.

Telefon Evelynn yang berdering menyentakkannya dari lamunan.Gadis itu melihat nama si pemanggil.

Justin Bro💖

Evelynn menekan punat hijau.

"Eve,datang rumah Abang.Sabrina ada masak lebih."Kata Justin.

"Okey.Adik datang sekarang."Balas Evelynn.Dia perlu mengatakan hal ini kepada Abangnya.

Punat tamat ditekan.Panggilan tamat.

"Dylan,I have to go now.See you later."

Kata Evelynn.Terus langkah kakinya laju melangkah ke luar rumah.Dylan mengeluh.Gadis itu dari dulu sehingga sekarang,selalu sibuk.

"Maaflah Lovelyn.Dia memang macam tu.Sibuk je sepanjang masa."Kata Dylan sambil tersenyum nipis.Lovelyn mengangguk faham.

Saya harap kita dapat jumpa lagi,Justin.Saya sayang awak,bisik hati kecil milik Lovelyn.

--------

"Abang,Abang masih cintakan Emma?"Soal Evelynn ragu ragu.Mereka baru saja selesai makan.Sabrina sedang mencuci pinggan mangkuk di sinki.Nada suaranya di rendahkan agar
Sabrina tidak mendengar.Mereka berdua kini sedang duduk di pondok kecil di tepi rumahnya.

Justin sedikit terkejut dengan soalan yang keluar dari mulut Evelynn itu.

"Adik,tak perlulah nak ungkit kisah silam abang.Lagipun,Emma dah lama tak ada."Balas Justin dengan nada yang rendah.Justin menunduk.Dia tiba tiba teringatkan kenangannya bersama Emma dahulu.

"But,if I tell you I already saw Emma will you trust me?"

Justin tertawa kecil.Pasti adiknya bergurau.

"Adik,jangan nak main main boleh tak?!She was died!"Kata Justin dengan nada yang tinggi.Dia memandang tajam kearah Evelynn.Mengapa harus Evelynn mengungkit benda lama?Past is past!

Evelynn berdiri.

"Abang ingat Eve suka sangat ke main main?I am serious,Abang!Evelynn tengok dia kat rumah Dylan tadi.Adik tak tahu kenapa dia boleh ada kaitan dengan Dylan.Adik balik dulu."

Justin terdiam.Dia meraup wajahnya.Kasar.Kenapa?Kenapa harus sekarang benda ini terjadi.









MAFIA'S HEARTWhere stories live. Discover now