"A-Awak okey?"Soal David dengan nada yang risau.Evelynn cuba untuk duduk dengan bantuan David.Perutnya terasa sakit.
"Awak buat apa kat sini?Pergi balik.Nanti isteri awak risau."Evelynn tidak menjawab soalan David.Dia langsung tidak memandang wajah David.
Dia buntu.Adakah dia patut membalas dendam?Ataupun berbaik saja dengan David?
"Evelynn saya-"
Belum sempat David menghabiskan ayatnya,pintu wad itu dibuka.Terpacul wajah Dylan disebalik pintu.
"Dylan."
Nama itu meniti di bibir milik Evelynn.David berdiri.Dia merasakan dirinya tidak penting di situ.Lebih baik dia beredar.David melangkah keluar dari bilik.
"Kau okey?Macam mana boleh jadi macam tu?"Soal Dylan sambil duduk di kerusi bersebelahan dengan katil itu.
"A-Aku okey."Balas Evelynn sambil menunduk.Suaranya seperti menahan tangisan.
"Kenapa Evelynn?Perut kau sakit?"Soal Dylan panik.Takut takut benda yang buruk berlaku pada Evelynn.Evelynn menggeleng.Serta merta Dylan menanyakan soalan kepada Evelynn.
"Is he David?Lelaki yang keluar tadi?"Soal Dylan.Evelynn mengangguk.
Patutlah dia menangis.
Dylan mengeluh.Dia tertanya tanya sama ada Evelynn masih mencintai lelaki itu?Ataupun tidak?
"Dylan,Evelynn menangis ke tadi?"Soal Christ.Lelaki itu sememangnya tidak banyak bercakap.Tetapi,jika salah seorang dari kawannya sakit,cedera ataupun disakiti memang dia ambil berat.
Christ syak bahawa Evelynn menangis kerana dia melihat David keluar dari wad itu tadi.
Dylan mengangguk perlahan.Christ mengeluh.Nampaknya,Evelynn masih belum berubah.Christ melangkah masuk ke dalam wad Evelynn.Dylan hanya memandang Christ sekilas sebelum kelibat Christ menghilang di sebalik pintu.
Dylan duduk di kerusi bersebelahan dengan wad Evelynn.Dia meraup wajahnya.Kasar.
Dia kembali berdiri.Dia mahu menghirup udara segar di luar.Berada di dalam hospital ini membuatkannya sesak nafas disebabkan oleh bau ubat ubat yang sangat kuat.
"Evelynn,kamu nak duduk rumah abang?Abang risaulah keadaan Evelynn macam ni."Ujar Justin sambil memandang kearah Evelynn yang sedang baring itu.
"It's okay.Evelynn nak balik rumah Eve sendiri.Evelynn malas nak susahkan abang."Balasnya.Justin mengangguk.Dia tidak mahu memaksa.Sejujurnya dia amat risau dengan adiknya itu.Robert memang tidak berhati perut kerana menikam anak tirinya sendiri.
"Abang jangan beritahu Papa tentang benda ni,eh?"Soal Evelynn dengan nada merayu.Dia tidak mahu Papanya tahu pasal benda ini.Dia takut Papanya membuat sesuatu di luar jangkaannya.Seperti,
Membunuh.
"Adik,Abang boleh sorokkan pasal benda ni daripada Papa.Tapi,lambat laun Papa akan tahu juga."Balas Justin.Evelynn mengeluh.Betul juga kata abangnya.Lambat laun,pasti Papanya akan tahu juga.
"Abang,kalau Mama tahu pasal adik dia akan risau?"Soal Evelynn.Sungguh!Dia mahu keluarganya kembali seperti dahulu.Justin terdiam sekejap sebelum menjawab soalan adiknya.
"Abang tak tahulah,dik.Mama dah tak pedulikan kita sejak dia kahwin dengan lelaki tu.Kalau kita bagitahu Mama yang Robert tikam adik,Mama tak akan percaya.Sebab dia fikir,Robert tu baik.Bukannya jahat."Balas Justin sambil mengusap usap kepala Evelynn.Dia juga seperti Evelynn.Dia mahu keluarganya seperti dahulu.
"Adik,Abang tak mahu adik membunuh disebabkan Robert.Adik kena ingat kalau adik nak bunuh Robert,adik kena fikir tentang Mama.Kalau dia dapat tahu yang adik nak bunuh Robert,pasti dia akan benci adik."
Evelynn mengeluh panjang.Dia tidak mahu Mamanya benci pada dirinya.Lebih baik jika dia tidak membunuh Robert.Tetapi,itu tidak bermakna dia tidak akan membunuh Robert.Cuma,belum tiba masanya dia membunuh lelaki itu.
YOU ARE READING
MAFIA'S HEART
Romance"Life is not a bed of roses" "I want to protect you from your father." Dia gadis yang kuat.Tetapi,lemah di dalam.Dia berpegang pada satu janji.Janji yang dia akan membalas dendam bagi menuntut keadilan Keluarga Ferandez. Kisah cinta mereka berdua,ti...