23

2.8K 98 2
                                    

Dua tahun kemudian,

Evelynn mengambil beberapa botol minuman keras kemudian diletakkan ke dalam troli.

Evelynn memberikan RM300 kepada anak buahnya.Anak buahnya mengambil duit itu lalu menuju ke kaunter pembayaran.

Baru saja Evelynn ingin melangkah,dia terdengar suara yang amat dikenalinya.

"Awak nak beli apa,Love?"

"Saya nak beli bahan bahan untuk buat kek.Awak kan dah janji dengan saya yang awak nak ajar saya buat kek."

Evelynn memerhati lelaki itu dan wanita disebelahnya.Seorang budak lelaki juga ada di antara mereka.

Evelynn memegang dadanya.Terasa sukar untuk bernafas.Dia tidak sangka lelaki itu akan kembali.

Dylan bersama sama dengan seorang wanita dan seorang budak kecil.Dylan sudah berkahwin?Tidak mungkin.

Dylan juga memanggil wanita itu dengan panggilan manja iaitu,Love.

Adakah ini dinamakan cemburu?

Evelynn menekan loceng rumah Abangnya beberapa kali.Sebaik saja pintu di buka terpampang wajah Justin.Lantas Evelynn memeluk Abangnya.Justin sedikit terkejut dengan tindakan Evelynn.

"He's back." Kata Evelynn.

"Who?"

"Dylan."Jawab Evelynn sambil bermain main dengan jarinya.

"Habistu?Kalau dia dah balik sini,kenapa nak jumpa Abang?"Soal Justin.Pelik.

"Dia dah berkahwin.And,ada anak seorang."

"Kenapa?Adik cemburu?Dulu,adik cakap adik tak suka dia."Perli Justin.

Evelynn terdiam.Dia memintal mintal hujung gaunnya.Sesekali dia menggigit bawah bibirnya.Justin menghela nafas berat.


Evelynn membuka pintu rumahnya.Jam tangannya ditilik sekilas.Ianya menunjukkan pukul 7:00 pagi.

Dia berfikir untuk bersarapan di restoran berdekatan.Evelynn memasuki kereta.

Sampai di restoran itu,Evelynn mengambil tempat duduk.Dia memilih restoran yang mewah untuk bersarapan pagi.Dia berharap agar tidak menjumpai seseorang yang dia tidak mahu jumpa pada hari ini.

"Evelynn?"Panggil seseorang.Serta merta jantungnya berdegup dengan laju.Bukannya dia tidak kenal suara itu.Evelynn menoleh.Dylan melemparkan senyuman kepadanya.





MAFIA'S HEARTWhere stories live. Discover now