19

3.2K 110 5
                                    

"Macam mana Evelynn boleh tahu yang kau tu pelacur?!"

Terhinjut bahu Belle dek jerkahan daripada Robert.Gadis itu menunduk.Dia tidak berani memandang wajah Robert.

"Rancangan aku hampir hampir musnah disebabkan kau!"

Pang!

Belle memegang wajahnya.Perit akibat ditampar oleh Robert.

"Buat kerja kau elok elok lain kali.Kau boleh keluar."

Belle hanya sekadar mengangguk.


Evelynn mengenakan gaun paras lutut berwarna putih.Hari ini adalah perkahwinan Justin.Rambutnya panjang mencecah paras pinggang.Dia mengambil beg tangannya kemudian melangkah menuju ke tingkat bawah.

Kelihatan Dylan sudah segak dengan baju kotnya.Evelynn melangkah menuju ke luar rumah diikuti oleh Dylan.Di dalam hati Evelynn berharap agar tiada apa apa yang buruk bakal terjadi pada hari ini.Dia tidak mahu kejadian dahulu berulang lagi.

Sepanjang perjalanan itu,mereka berdua hanya mendiamkan diri.Tiada apa apa untuk dibualkan.

Sampai di destinasi,Evelynn memberhentikan keretanya.Enjin kereta dimatikan.Kamudian,dia keluar dari kereta bersama sama dengan Dylan.

Entah mengapa Dylan diserang perasaan resah.Dia berasa tidak sedap hati.Tetapi,dia hanya mengabaikan perasaan itu.Dia berharap agar tiada apa apa perkara yang buruk bakal terjadi.

Evelynn memaut pinggang Dylan.Erat.Dylan tidak terkejut.Dia sudah biasa dengan hal ini.Dylan memaut bahu Evelynn.

"Evelynn!"Laung seseorang dari belakang.Evelynn segera menoleh.Evelynn melepaskan rangkulan pinggang Dylan.Terus dia menoleh kearah gerangan yang memanggilnya.Orang yang memanggilnya tak lain tak bukan Papanya sendiri.Evelynn mengucup pipi Papanya.

"Papa datang seorang je?"Soal Evelynn.

"Yalah.Siapa lagi nak teman Papa."Balas orang tua itu sambil tersenyum.

"Evelynn datang dengan Dylan ke?"

Evelynn membalas dengan mengangguk.

"Papa nak pergi tengok Abang kamu dulu."Kata Papanya kemudian dia pergi dari situ.Evelynn memandang sekeliling kawasan itu.Kelihatan Mamanya sedang berbual bual dengan Robert.Dia tidak sangka pula Mamanya datang ke majlis perkahwinan abangnya.

Dari jauh,seseorang sedang memerhatikan Dylan.Kali ini dia perlu membuat kerjanya dengan berhati hati.Dia mengukir senyuman sinis.

Dia memegang pistol yang berada di dalam genggamannya.Erat.

Perkahwinan Justin dan tunangnya iaitu,Sabrina berjalan dengan lancar.Sejujurnya,Evelynn berasa bersyukur kerana dapat melihat abangnya bahagia sekali lagi.Dia?Entah bila lagi dia akan merasai kebahagiaan.Dia menghela nafas berat.

Dia teringatkan semasa hari perkahwinannya dahulu.Dia ingat David mencintainya dengan sepenuh hati.Namun,sangkaannya meleset.David tidak jatuh cinta padanya.

"Kau okey?"Soal Dylan.Evelynn mengangguk.Dylan perasan yang Evelynn termenung tadi.

"I am okay.Jangan risaulah.Kalau kau nak pergi makan,pergilah dulu.Nanti aku datang."Kata Evelynn.Dylan mengangguk faham.Kemudian,dia melangkah pergi dari situ.

Bang!

Satu das tembakan yang kuat ditujukan kepada Dylan.Namun,sebelum sempat tembakan itu mengena padanya,Evelynn menghalangnya dengan berdiri di belakang Dylan.

Evelynn memegang bahunya.Gaun di kawasan bahunya dipenuhi akibat darah yang tidak berhenti mengalir.

Dylan segera menoleh ke belakang.Cuba untuk mencari punca bunyi pistol itu.Namun,tiba tiba saja Evelynn jatuh pengsan di hadapannya.

















MAFIA'S HEARTWhere stories live. Discover now