80(Looks like Evelynn)

1.8K 70 2
                                    

Satu tahun kemudian.....

Banyak yang telah berubah.Bermula dengan Henry.Dia sudah memulakan hidup baru selepas bercerai dengan Sarah.Evelynn iaitu Selena,masih belum ingat apa apa.Kata doktor,mungkin ingatan Selena sudah hilang buat selama lamanya.

Dylan.

Dia masih sama.Luarannya mungkin nampak ceria.Tapi,dalam?Kita tidak tahu.Dia masih tidak dapat menerima pemergian Evelynn.

"Bila kawan awak tu nak kahwin?"Soal Selena.Baru baru ini,ada orang datang resort.Katanya,mahu mengadakan majlis perkahwinan di sini.

"Lusa.Banyak persiapan yang saya nak buat.Saya dah bincang dengan dia.Dia pun jemput kita ke majlis tu jugak."Balas Henry.

"Okey."

------

Keesokannya,sebuah kereta jenis Alphard berhenti di hadapan sebuah resort.La HenSe Resort.

Mereka diiringi oleh beberapa buah kereta mewah seperti BMW.Mereka adalah pengawal pengawal.Jelas sekali orang bakal berkahwin di resort ini orang bangsawan.

Semua ahli keluarga bangsawan tersebut bersama sama melangkah menuju ke pantai.Mereka bersama sama menikmati angin pantai sebelum Henry menyapa mereka.

"Selamat datang Ian.Lama tak nampak kau."

Julian menoleh sambil tersenyum manis.Dia menyambut huluran tangan Henry.

"Persiapan perkahwinan kau siap sepenuhnya.So,kau pergilah bersiar siar kat pantai ni dulu kalau kau nak.Kalau nak makan,pergi kat restoran.Semua benda aku dah sediakan."Kata Henry lagi.

Julian mengangguk.

"Okey.Aku nak ambik angin kat sini kejap."Balas Julian.

"Kalau ada apa apa,panggil aku.Aku nak pergi cari kawan aku kejap."

Henry terus berlari mendekati Selena yang berada agak jauh dari mereka..Entah apa yang Selena buat sekarang ini.

Senyumannya melebar saat melihat Selena sedang mengutip shell di persisiran pantai.

"Sese,jom masuk dalam.Kat sini panas."

Selena berhenti mengutip shell.Itu sudah menjadi hobinya mengutip shell.Dia akan meletakkan shell itu tadi ke dalam aquarium untuk dihias di dalamnya.

"Okey.Jom."

------

Dylan menilik jam tangannya.Baru pukul 6:43 petang.Hari dah nak gelap tapi dia masih berada di persisiran pantai untuk melihat matahari terbenam.

Keluhan berat dilepaskan.Tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.Dia menutup matanya lalu melangkah kehadapan.

BUK!

Lantas Dylan membuka matanya.Bakul berisi cangkerang yang dipegang gadis itu tadi terjatuh menyebabkan cangkerang cangkerang yang dikutipnya tadi bertaburan.

Dylan lantas mengutipnya lalu diletakkan ke dalam bakul kembali.Gadis itu tadi turut sama mengutip.

"Saya mintak maaf.Saya tak sengaja langgar awak."Ucap Dylan ikhlas.

"Tak apa.Saya yang tergesa gesa tadi.Saya yang patut mintak maaf."Balas Selena.Dylan tersentak.Lantas dia memandang wajah gadis yang berada di hadapannya.

E-Evelynn?

"Saya pergi dulu."

Gadis itu terus pergi tanpa sempat Dylan bersuara.

Dylan lantas menggelengkan kepalanya.Tak mungkin.Evelynn sudah lama tiada.Mungkin dia berhalusinasi lagi.

MAFIA'S HEARTWhere stories live. Discover now