38

2.6K 88 1
                                    

"Eve mintak tolong sangat sangat,Kak.Eve tak tahu lagi nak mintak tolong dengan siapa. Please,tolong susukan anak Abang."Pinta Evelynn.Dia baru saja sampai di Malaysia bersama sama dengan Papa dan Mamanya.

"Boleh Emma?"Soal Puan Victoria.Sayu saja wajah wanita itu.Hatinya pedih memikirkan tentang nasib anak lelakinya,Justin.

Emma mengeluh.Kepalanya dianggukkan.Lantas Evelynn memberikan bayi kecil itu kepada Emma.

Emma berdiri.Dia melangkah masuk ke dalam biliknya.

"Papa,Abang memang tak nak balik Malaysia?"Soal Evelynn.Encik Ronald menggeleng.

"Dia perlukan masa.Papa tengok Abang kamu macam orang tak betul.Ini kali kedua dia macam ni.Dulu,pasal Emma.Sekarang ni,Sabrina."Balas Encik Ronald.

"Mama dengan Papa stay sini ke?"Soal Evelynn.

"Mama teman Eve kat sini.Mama boleh tolong jagakan Michael.Papa kamu pulak,balik Turki lusa nanti.Nanti dia boleh tolong tengok tengokkan Abang kamu."Balas Puan Victoria.Evelynn mengangguk faham.

Emma memberikan Michael kepada Puan Victoria.Puan Victoria tersenyum manis.Bersyukur kerana Emma membantu mereka.

"Terima kasih,Emma.Kamu sanggup jadi ibu susuan kepada anak Justin."Kata Encik Ronald.Emma hanya tersenyum.Tak tahu ingin membalas apa.

"Kami balik dulu.Kalau kami perlukan kamu,kami akan datang ke sini."Kata Puan Victoria.

Mereka bertiga memasuki kereta.Kereta itu perlahan lahan meninggalkan perkarangan rumah.

Emma mengeluh.Dia tidak sangka Sabrina sudah tiada.

Saya harap awak tabah,Justin.Kata Sabrina perlahan.

"Apa maksud kau?Bukan dia yang bunuh Mama aku?"Soal Dylan pelik.Di dalam keputusan DNA yang ditunjukkan kepadanya beberapa hari lalu menunjukkan bahawa Evelynn yang bersalah.

Alex mengeluh.Dia tidak sangka Dylan menelefonnya setelah sekian lama lelaki itu menghilang.Dylan mengajaknya untuk berjumpa di kedai coffee.

"Kau percaya cakap Robert?Huh,kau tak sedar ke yang dia tu menipu."Balas Alex tenang.

"Apa bukti kau yang dia menipu?"Soal Dylan.Alex tersenyum sinis.

"Kau rasa kenapa dia sengaja nak hancurkan hidup Eve?Sebab dia tak nak Eve protect kau.Dia nak kau mati Dylan.Eve cuma nak selamatkan kau daripada Papa kau.Itu adalah permintaan terakhir Mama kau.Papa kau sendiri yang bunuh Mama kau.Waktu tu aku,Christ dan Eve sendiri yang tengok Mama kau kena bunuh.Kami bertiga tak dapat nak tolong sebab masa tu kami cedera parah."Balas Alex.

"Tapi,kenapa dia nak bunuh aku?Bukan ke dia dah dapat syarikat Mama aku?"

"Aku pun tak tahu.Kau tanyalah Eve.Mesti dia tahu."Nafi Alex.Dia saja berkata begitu supaya Dylan berjumpa dengan Evelynn.Lagipun,dia tahu sebenarnya Dylan masih menyukai gadis itu.

"Dia ada kat rumah sekarang ni kalau kau nak jumpa dia."Kata Alex perlahan.Dylan hanya mengangguk.Dia berkira kira sama ada berjumpa dengan Evelynn ataupun tidak.

Dia berasa bersalah kerana buruk sangka pada gadis itu.







MAFIA'S HEARTWhere stories live. Discover now