58 (Meminang-Clara)

2.2K 70 0
                                    

"Aku tanya ni.Jawablah!"

Terhinjut bahu Julian dek jerkahan Julian dari tingkat bawah.Amboi,kuatnya suara dia.Dia bergegas menuruni tangga untuk melihat apa yang berlaku.

"Bawak bertenanglah,Justin.Papa pun tak marah macam ni bila dia dapat tahu."Kata Jackson.Dia langsung tidak takut dengan wajah bengis yang dipamerkan oleh Justin.

"Kau ni dah kenapa Justin?Marah marah diorang pulak.Diorang tak salah.Dah,korang pergi masuk bilik.Biar aku cakap dengan Justin ni."Arah Julian.Dia berpeluk tubuh.

Jackson,Jaden dan Jake hanya menurut.Malas mahu masuk campur.Lagipun,Julian yang menyuruh mereka rahsiakan tentang apa yang berlaku kepada Evelynn dan Dylan.

--------

Evelynn menyentuh tilamnya.Terasa pelik.Kenapa tilam itu begitu keras?Dan ianya seperti berketak ketak.

Tap!

Tangannya disambar oleh seseorang yang sedang berbaring di atas tilam itu.Wajahnya berkerut.Siapa yang meraba badannya ketika dia sedang tidur?Geli tahu.

Jantung Evelynn berdegup kencang.Serta merta badannya dihempaskan di atas katil.

"Oh..it's you.Are you trying to seduce me Eve?"Soal Dylan sambil meniarap di atas badan Evelynn.Tangannya mengunci pergerakan tangan gadis itu.

"Apa?Tak!Saya cuma nak tidur.Tapi,awak ada kat bilik saya."Balas Evelynn.Dia tidak mahu dipersalahkan oleh Dylan.

"Your room?This is my room.Awak salah masuk bilik,Sayang."

Evelynn membuat wajah tidak percaya.Dia mengeluh perlahan.Salah dirinya juga kerana menolak pertolongan daripada Julian tadi.

"Maafkan saya.Sekarang ni,boleh tak awak ke tepi sikit?Saya nak bangun pun susah."Rungut Evelynn.

"Tak apa.Tidur je kat sini."

Evelynn menurut.Dari tadi kepalanya pening.

"Esok saya nak ajak awak keluar.Kita pergi pantai."Kata Dylan sambil memegang tangan Evelynn.

Evelynn hanya diam.Tidak menyahut.

Dylan mengangkat kening.Dia menoleh ke arah kiri.Dia tertawa kecil.Rupa rupanya Evelynn sudah tidur.

-----------

"Eve tu Adik aku jugak!Aku patut tahu pasal ni!"

Julian mengeluh.Kepalanya dipicit agar hilang rasa pening.

"Aku tahu.Aku tak nak bagitahu kau sebab aku tak nak ganggu masa kau honeymoon."Balas Julian tenang.

"Aku mintak maaf sebab tak bagitahu awal awal."Ucap Julian.Justin meraup wajahnya kasar.Rasanya dia tidak perlu bergaduh pasal benda ini.Lagipun,dia tidak mahu hubungan dia dan Julian renggang.

"Hm.Papa cakap dia akan balik hujung minggu ni."Kata Justin perlahan.Julian mengangkat kening.

"Eh..bukan ke Papa cakap dia tak jadi balik sebab Eve tak bagi?"Tanya Julian hairan.Justin menggeleng.

"Dia nak berbincang dengan keluarga Clara pasal perkahwinan tu.Katanya,lagi cepat lagi bagus.Papa balik kejap je.Tak lama.Maybe dalam masa dua hari.Dia tak nak Augustine tahu pasal benda ni."

Julian tersenyum.Hampir terlupa dia pasal itu.

---------

"Awak buat apa kat depan rumah saya ni?!Pergi balik!"

Julian memasukkan tangannya ke dalam poket.Dia memasuki rumah Clara tanpa menghiraukan gadis itu.Clara tercengang.

Kurang ajar!

"Awak ni tak ada adab ke?!Masuk rumah orang sesuka hati!"Marah Clara.Gadis itu cuba menarik Julian agar keluar dari rumah itu,namun hampa.Julian langsung tidak berganjak walaupun sedikit.Malah,lelaki itu menuju kearah di mana ibu Clara berada.

Kelihatan ibu Clara berbaring di atas katil.Wajahnya pucat.Namun,dia berusaha bangun untuk berdiri.

"Eh...ada tetamu.Clara pergi buatkan air."Arah wanita itu.Jelas terlakar senyuman manis pada bibirnya.

Wanita tua itu berjalan menuju kearah ruangtamu lalu duduk di atas kerusi kayu yang sudah agak rapuh itu dengn bantuan Clara.

"Encik ada urusan apa ya datang ke rumah Mak Cik.Mesti ada urusan penting."Ujar wanita tua itu sambil memandang Julian.Lelaki itu segak.Lengkap dengan baju suit hitam.Jarang sekali orang berada datang ke rumah mereka.Maklumlah,mereka miskin.

"Panggil saya Ian aje Mak Cik.Saya datang sini sebenarnya ada hajat."Kata kata Julian terhenti tatkala bunyi telefonnya berdering.Segera dijawabnya panggilan itu.

"Kenapa kamu tercegat kat situ,Clara?Pergi buatkan air."

Clara tersentak.Segera kepalanya dianggukkan.Lantas langkah kaki menuju ke dapur.

Julian meletakkan kembali telefonnya pada poket seluarnya.Wajah orang tua itu ditatapnya.

"Hujung minggu ni Papa,Mama dan adik beradik saya yang lain akan datang ke sini.Mereka akan meminang Clara untuk saya.Selain tu,mereka akan bincang dengan Mak Cik."Jelas Julian tentang niat dia ke situ.Hampir terlepas pegangan gelas pada tangan Clara.Nafasnya bagaikan terhenti.

"M-Meminang?"Kata Clara perlahan.

Orang tua itu tersenyum.Belum pernah pernah lagi orang datang meminang Clara sebelum ini.Dia bersyukur.Akhirnya,ada orang yang sanggup mengahwini anak perempuannya.

Dia tidak kisah sama ada menantunya kaya ataupun miskin.Janji ada yang menjaga anak gadisnya apabila dia sudah tiada nanti.


MAFIA'S HEARTWhere stories live. Discover now