4

5.3K 173 1
                                    

Dylan berdehem untuk menghilangkan rasa janggal dan dua orang lelaki yang tidak dikenalinya.Evelynn meninggalkan dia dengan dua orang lelaki itu.Katanya,ada urusan.

"Nama aku Alex.Kau?"Sapa Alex mesra.Dylan tersenyum nipis.

"Dylan."Balasnya pendek.Mata Dylan tertacap pada seorang lelaki yang sedang bermain permainan video dibelakang Alex itu.

"Itu Christ.Kau jangan ambil hati sangat dengan dia tu.Dia memang macam tu.Spesies Evelynn.Muka tak ada perasaan je sepanjang masa."Perli Alex.Christ yang berada di belakangnya hanya buat tidak tahu.

"Alex,aku nak tanya sikit.Evelynn tu kerja apa?"Soal Dylan ingin tahu.Bukan apa,Evelynn seperti berduit sahaja sepanjang masa.Semuanya mewah.Kereta mahupun rumah.Apatah lagi pakaian.

Alex menggosok belakang lehernya.Terasa seperti tidak mahu menjawab soalan Dylan.

"Aku tak boleh bagitau kau.Evelynn suruh aku rahsiakan.Kalau tak,nahas aku dikerjakan Evelynn nanti."Balas Alex sambil menepuk nepuk bahu Dylan.

Dylan berfikir sejenak.

Mengapa perlu dirahsiakan?

Evelynn melakukan perkerjaan haram?

Dia tidak pasti.

Yang pasti adalah.Kerja Evelynn adalah kerja yang berbahaya.

"Alex,kau mesti tahu kan yang Evelynn culik aku?"Soal Dylan kepada Alex tiba tiba.Alex ialah kawan Evelynn tidak mungkin lelaki itu tidak tahu.

"Yes.Kalau sebab kau diculik,aku tak tahu.Yang itu kau kena tanya dengan Evelynn sendiri.Kau janganlah risau.Dia tak akan apa apakan kau."Balas Alex.Dylan mengangguk faham.

"Evelynn,kau pandai masak?"Soal Dylan sambil memandang kearah Evelynn yang sedang bermain dengan telefon pintarnya itu.

"Tak."Balasnya tanpa memandang kearah Dylan.Dylan tersenyum sinis.

Dah agak!Orang kaya mana tahu memasak.

"Evelynn,kau kerja apa?"Soal Dylan.Perasaan ingin tahu Dylan semakin membuak buak.Bukan apa,dia saja mahu tahu apakah pekerjaan perempuan itu.

Diam.Tidak membalas.Dylan mengeluh.Dylan kembali menonton televisyen.

Dylan duduk di ruangtamu.Jam menunjukkan pukul 9:45 malam.Entah mengapa dia terasa seperti ingin menunggu Evelynn.Dia sudah menunggu hampir sejam.Tanpa disedari,dia tertidur di sofa itu.

MAFIA'S HEARTWhere stories live. Discover now