93(Kisah kita tidak akan berakhir)

5.3K 111 19
                                    

Evelynn merebahkan dirinya di atas katil.Sejujurnya,dia tak sangka Puan Darline akan menipunya.Selama ni dia anggap Dylan adalah keturunan terakhir Ferandez selepas kematian Daryl.Rupa rupanya,masih banyak keturunan Ferandez.

Evelynn berharap agar orang lain yang mati.Bukan Dylan.


Beberapa hari kemudian.

Evelynn melabuhkan punggungnya di atas sofa yang empuk itu.Entah apa yang Julian mahu katakan kepadanua.

"Abang ada terjumpa dengan kawan Eve tadi.Nama dia Que."

Evelynn menganggkat kepalanya.Apa Julian cakap tadi?Que?

"Dia nak Eve datang semula ke Banglo Ferandez."

Evelynn memalingkan wajahnya ke tempat lain.Pasti Julian sudah tahu pasal hal ini.

"Kami dah tahu pasal Keluarga Ferandez so,Jade harap Adik boleh pergi ke sana semula untuk perbincangan terakhir dengan keluarga Ferandez."Sambung Jaden.Dia merangkul bahu Evelynn.

"Kami dah bincang dengan mereka untuk tidak melibatkan diri kamu dengan keluarga mereka sekiranya ada sesuatu terjadi.Lepas ni,Jake dan Jack akan ambil alih tugas kamu.Eve setuju tak?"Tanya Justin.Evelynn membalas dengan anggukan.Satu perbincangan lagi dan semuanya akan berakhir.


Evelynn sudah menandatangani surat perjanjian dengan keluarga Ferandez yang dia tidak akan masuk campur hal keluarga itu lagi.

Sekarang ini ada majlis apa entah.Dia malas nak ambil tahu.Baru saja dia ingin meneguk wine itu,tiba tiba dia teringat satu perkara.

Dylan pernah berpesan kepadanya satu ketika dahulu.Jangan minum wine.Tak bagus untuk kesihatan.

Evelynn tersenyum kecil.

"Muka awak cantik bila senyum."

Terus mati senyuman Evelynn.Dia menjeling Que.

"Get lost."

Que tersenyum nipis.Untung Dylan ada perempuan macam Evelynn.


Evelynn menguak sliding door.Angin malam menyapa lembut wajahnya.Poketnya diseluk lalu mengeluarkan surat yang ditemuinya di dalam almari tadi.

This is not a goodbye,my darling, this is a thank you. Thank you for coming into my life and giving me joy, thank you for loving me and receiving my love in return. Thank you for the memories I will cherish forever. But most of all, thank you for everything.

from;

Dylan.

Bayangan wajah Dylan bermain di fikirannya.Sebak.Air matanya yang jatuh itu diseka.

Menjadi mafia bukan senang.Dia sudah cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan Dylan.Tapi,dia gagal.Dia cemburu dengan Abang abangnya.Bahagia dengan pasangan masing masing.Dunia ini seolah olah tidak adil baginya.

Tiada apa yang istimewa baginya didunia ini lagi selepas Dylan meninggal dunia.Dia sudah penat.Dia sudah malas nak berharap lagi.Ini yang dia rasakan selama ini.Hati dia.Hati Mafia.

MAFIA'S HEART.

THE END.

MAFIA'S HEARTWhere stories live. Discover now