18

3.3K 112 14
                                    

Puan Victoria tersenyum sinis.Buat apa Evelynn menghantar gambar ini kepadanya?Huh!Langsung tidak berguna.

Evelynn melangkah masuk ke dalan rumahnya.Dia menghempas punggungnya ke atas sofa miliknya.Dia meraup wajahnya kasar.Dia benci dirinya sendiri.Dia benci kerana dia masih tidak boleh melupakan David.

Dylan memandang Evelynn sebelum melangkah masuk ke dalam biliknya.Rasanya,lebih baik dia tidak menganggu Evelynn saat ini.

"Adik,Abang dah nak kahwin minggu depan.Hari Isnin.Adik datang tau."Kata Justin sambil memandang tepat kearah adiknya.Evelynn mengangguk perlahan.Wajahnya monyok.

"Evelynn,kenapa ni?Ada masalah?"Soal Justin sambil memegang tangan adiknya.

"Belle.Dia hancurkan kereta lumba yang David bagi kat Evelynn dulu."

Justin menghela nafas.Hubungan antara Evelynn dan Belle seperti musuh.Memang tidak dihairankan jika Belle menghancurkan kereta kesayangan milik Evelynn.Belle sangat dengki pada Evelynn kerana gadis itu selalu didampingi oleh lelaki kacak.

"Adik,try to forget David.Mulakan hidup baru.Janganlah macam ni.Abang tak suka tengok adik macam ni."

Evelynn mengangguk.Cakap memanglah senang.Dia yang hadapi semua ini,bukan abangnya.

"Buat apa kita nak fikirkan tentang orang yang tak pedulikan pasal kita lagi.Kita terlampau pedulikan orang tak pedulikan kita lagi sedangkan orang yang pedulikan kita ada depan mata sendiri."Kata Justin.Evelynn menggigit bawah bibirnya.Ada juga benar disebalik kata kata Justin.

"Abang pergi dulu.Jangan lupa tau hadir majlis perkahwinan abang next week."Kata Justin sambil melambai kearah Evelynn.

Dylan memotong kek coklat yang baru saja siap dibakar itu.Selebihnya,dia letakkan di dalam peti ais.Dia melangkah ke meja makan.Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi.Dylan terdengar bunyi pintu dibuka.Terus dia memandang kearah pintu rumah tersebut.

Evelynn meletakkan menyangkut kunci keretanya di penyangkut kunci yang terletak di tepi pintu rumahnya.Beg tangannya diletakkan di atas sofa.Selepas itu,langkah kakinya menuju ke arah Dylan yang sedang mengunyah kek coklat itu.

"Kau nak ke?"Soal Dylan apabila dia terperasan bahawa Evelynn melihat kek itu.Evelynn mengangguk perlahan.

"Kejap,aku ambilkan."

Evelynn mengangguk sekali lagi.Dia duduk di kerusi yang berada dihadapannya.

Kek coklat diletakkan di hadapan Evelynn.Evelynn mencapai sudu yang berada di sebelah pinggan itu.Dia mengunyah perlahan.

"Kau buat sendiri ke kek ni?"Soal Evelynn.Dylan mengangguk.Memang Evelynn tidak nafikan bahawa lelaki ini juga bagus dalam bidang pastri.

Dylan memerhatikan Evelynn.Dia tertanya tanya.Adakah gadis itu baik baik saja?Evelynn kelihatan seperti lesu.Matanya juga bengkak.Mungkin disebabkan kejadian semalam?

"Eve,Belle tu adik kandung aku ke?"Soal Dylan sambil memandang kearah Dylan.

"Dia bukan adik kandung kau.Dia cuma anak angkat Papa kau.Papa kau tipu Mama aku yang Belle tu anak dia."Balas Evelynn.Terangkat terus kening Dylan.Sangkanya Belle adalah adik kandungnya.

"Why?Do you fall in love with her?"Soal Evelynn sambil memandang Dylan dengan pandangan curiga.

"Me?Fall in love with her?Of course,not.Lagipun,aku dah ada orang yang aku suka."Jawab Dylan yakin.Evelynn hanya mendiamkan diri.

"Eve,kenapa kau ambil aku balik lepas kau hantar aku kat rumah?"Soal Dylan.

"Kenapa kau tanya?Kau tak suka duduk kat dalam rumah aku ni ke?"Soalan dibalas soalan.

"Tak,bukan aku tak suka-"

Belum sempat Dylan menghabiskan ayatnya,Evelynn memintas.

"Kalau suka,cakap jelah suka."

Dylan berdecit.Dia memilih untuk mendiamkan diri.Tiada guna 'berdebat' dengan Evelynn.Pasti ada saja jawapan yang gadis itu akan jawab.

"Lagi satu,litar lumba tu kau punya ke?"Soal Dylan ingin tahu.

"No.Litar lumba tu abang aku punya."

Dylan mengangguk faham.Sangkanya,litar itu kepunyaan Evelynn.Namun,sangkaannya meleset.















MAFIA'S HEARTWhere stories live. Discover now