Evelynn berbaring di atas sofa yang berada di ruang tamu rumahnya.Kepalanya pening.Badannya pula panas.Mama dan Papanya membawa Michael pergi ke rumah Emma sebentar tadi.Dia tidak ikut serta kerana dia demam.
Kedengaran bunyi pintu rumah di buka.Evelynn hanya membiarkannya.Alex ataupun Christ.
"Maafkan saya,Cik Evelynn.Ada tetamu datang."
Evelynn membuka kelopak matanya.Matanya memandang kearah salah seorang anak buahnya.Tetamu?Siapa pulak yang datang?Kalau Christ ataupun Alex diorang akan masuk je dalam rumah.Tak ada pulak anak buah aku bagitahu,getus hati kecil milik Evelynn.
"Siapa?"
"Encik Dylan."
Evelynn mengeluh.Kenapa baru sekarang lelaki itu muncul?
"Suruh dia masuk."
Anak buahnya mengangguk.Kemudian,dia pergi dari situ.
Dylan melangkah masuk ke dalam rumah.Ketika itu,kelihatan Evelynn sedang berbaring sambil memeluk bantalnya.
"Duduklah.Kalau awak nak air ambik kat dapur.Maafkan saya sebab suruh awak ambik air sendiri.Saya demam.Saya tak larat nak bangun."Kata Evelynn.Hati Dylan tiba tiba diserang rasa risau.Apabila melihat keadaan Evelynn begini membuatkan dirinya seperti ingin memeluk gadis itu agar dia dapat menyumbang kehangatan pada dirinya kepada Evelynn.
"Saya mintak maaf sebab pergi tiba tiba.Saya keliru tentang siapa pembunuh Mama saya.Jadi,saya perlukan masa untuk berfikir tentang benda ni."Dylan memulakan perbualan.Anak mata Evelynn yang berwarna kelabu itu dipandang serius.
"Tak apa.Saya faham."Balas Evelynn.Dia menarik selimutnya hingga ke bahu.Rasa sejuk semakin menjalar dalam dirinya.
"Mana Augustine?"Soal Dylan.
"Dia ada kat Turki."
Sebelum pulang ke Malaysia Augustine mengatakan kepada Evelynn bahawa dia tidak mahu pulang dahulu.
Berkerut kerut dahi Dylan.Turki?Apa yang Augustine buat di sana?
"Sabrina baru meninggal dua hari lepas.Dia disahkan meninggal sebab penyakit TB tahap empat.Dia meninggal lepas dia bersalin.Dan sekarang ni saya, Mama dan Papa je yang balik Malaysia sebab nak cari ibu susuan kepada anak Abang."Terang Evelynn tanpa dipinta.Dylan mengangguk perlahan.
Dylan berasa simpati atas apa yang berlaku kepada Abang Evelynn,Justin.
"Saya bersimpati atas kehilangan Sabrina.Saya balik dulu.Kalau Augustine dah balik nanti,bagitahu saya."Kata Dylan sambil melangkah menuju ke pintu rumah.
Evelynn terbatuk batuk.Dylan kembali menoleh.Risau pula hatinya melihatkan keadaan Evelynn begitu.
"Awak okey tak ni?Nak pergi klinik?Saya boleh tolong hantarkan."
Evelynn menggeleng.Kepalanya dipicit picit.Berharap agar pening kepalanya hilang.Dylan mengeluh.Dia melangkah menuju kearah Evelynn.Tangannya dilekapkan pada dahi gadis itu.
"Are you sure you don't want to go to the clinic?"Soal Dylan.Sekali lagi Evelynn menggeleng.
"Okay then.Saya akan datang balik dalam beberapa hari.Saya ada benda nak bincang dengan awak."
YOU ARE READING
MAFIA'S HEART
Romance"Life is not a bed of roses" "I want to protect you from your father." Dia gadis yang kuat.Tetapi,lemah di dalam.Dia berpegang pada satu janji.Janji yang dia akan membalas dendam bagi menuntut keadilan Keluarga Ferandez. Kisah cinta mereka berdua,ti...