13

3.5K 128 1
                                    

Dylan membuka balutan luka pada perut Evelynn.Evelynn dibenarkan pulang pagi tadi.Dan,Dylan perlu menjaga Evelynn.Dylan hendak menukar balutan itu kepada balutan yang baru.

"Dylan,kenapa kau risau sangat pasal aku?"Soal Evelynn sambil memegang lengan Dylan.

"Sebab aku sayang kau."Jawab Dylan.Terus terhenti pergerakan tangannya yang sedang membalut perut Evelynn itu.Dia tidak perasan yang ayat itu keluar daripada mulutnya sendiri.

"Kau sayang aku?"Soal Evelynn sambil memandang kearah Dylan.

"M-Mana a-ada."Jawabnya laju sambil tergagap gagap.

Aduh,Dylan!Macam mana boleh terlepas cakap!,bisik hati kecil Dylan.

"It's okay,my dear."Kata Evelynn sebelum mengucup pipi Dylan.Dylan meneguk air liurnya.Pergerakan tangannya semakin laju membalut perut Evelynn.Dia mahu segera pergi dari situ.Dia menggigit bawah bibirnya menahan malu.

Kalau kau nak tahu,kita akan berpisah tak lama lagi,Dylan.Aku kena hantar kau balik.Sebab hutang Papa kau dengan aku dah selesai.

Baru tadi,Christ memaklumkan kepadanya bahawa di dalam duit di dalam akaunnya bertambah sebanyak 2 juta.Dan,yang memasukkan duit itu adalah Robert.

Ting!

Satu pesanan ringkas masuk ke dalam telefon Evelynn.

011×××××

Hantar anak aku kat rumah dia esok.Tepat pukul 10:00 pagi.

Evelynn mengeluh.

"Dylan,aku nak bawa kau pergi satu tempat.Jom."Ajak Evelynn sambil memegang tangan Dylan.Terangkat terus kening Dylan.

"Kau nak bawa aku keluar?Lepas kau sihat nanti lah,eh?Aku risau kalau ada benda buruk jadi kat kau."Balas Dylan tenang.Evelynn hanya mengabaikan kata kata Dylan.

"Kau nak bawa aku pergi mana ni,Eve?"Soal Dylan sambil membetulkan tali pinggangnya.

Senyap.Tiada balasan daripada Evelynn.

Dylan menghela nafas berat.Dia berasa tidak sedap hati.

Mungkin perasaan kau je,bisik hati kecil Dylan.

Dylan memandang sekilas Vila yang berada di hadapannya itu.

Ini bukan rumah aku?Dia nak hantar aku balik ke?

Berkerut kerut dahi Dylan meminta penjelasan daripada Evelynn.Evelynn menghela nafas berat.Jam menunjukkan pukul 9:55 a.m.Ini bermakna ada lima minit lagi sebelum pukul 10:00 a.m.Evelynn memandang Dylan.Lama.Pandangan itu bermaksud sesuatu di sebaliknya.

Evelynn membuka pintu kereta dan meluru keluar dari keretanya.Dylan juga keluar dari kereta dan menghampiri Evelynn yang berada di hadapan kereta itu.

"Kita buat apa kat sini?"Soal Dylan.

Evelynn merapatkan dirinya kepada Dylan.Tangannya melingkar di pinggang Dylan.Dylan sedikit terkejut dengan tindakan gadis itu.Evelynn merapatkan pula bibirnya kepada bibir Dylan.Sekali lagi Dylan terkejut.

Kenapa tiba tiba je dia kiss aku?


MAFIA'S HEARTWhere stories live. Discover now