Evelynn mengeringkan rambutnya.Dia mengeluh.Hidup sebagai seorang yang buta bukanlah senang.
Evelynn berdiri.Dia mencapai bajunya yang terletak di dalam almari.Dia langsung tidak menyedari kehadiran Dylan didalam bilik itu.Dylan hanya memerhati gadis itu dari tepi.
Tangannya mengambil baju t-shirt.Short pants juga diambilnya.Dia menarik tangan Evelynn supaya duduk di atas katil.
"Awak mandi sendiri ke tadi?"Soal Dylan.Evelynn mengangguk perlahan.Dia masih rasa bersalah pada Dylan.
"Saya mintak maaf."Ucapnya perlahan.Dylan mengerutkan dahi.Tangan gadis itu diraihnya lalu dikucup perlahan.
"Kenapa awak mintak maaf?Awak tak buat apa apa salah kat saya pun."Balas Dylan.
"Pasal semalam.Saya tak berniat-"
Dylan mengucup bibir Evelynn agar gadis itu berhenti bercakap.
"It's okay.Saya tak marah.Lupakan je hal semalam."Kata Dylan.Dia menyarungkan baju pada badan gadis itu.
---------
"Ada apa Eve nak jumpa Akak ni?"Soal Clara.Pasti gadis itu mahu menanyakan soalan kepadanya kenapa dia tidak ada semasa majlis makan malam itu.
"Eve-"Belum sempat Evelynn menghabiskan ayatnya,Jackson memotong.
"Maafkan saya sebab mencelah.Adik kami baru saya kemalangan jadi saya tak benarkan dia bercakap banyak.Jadi,kami bertiga akan bercakap bagi pihak Evelynn."Celah Jackson.Wajahnya serius.Kesihatan Evelynn adalah keutamaannya.
"Kemalangan?"Soal Clara sambil mengangkat kening.Tapi Evelynn nampak okey saja.Cuma,Evelynn seperti tidak mahu melihatnya.
"Ya.Dia buta disebabkan kemalangan tu."Balas Jaden.Clara sedikit terkejut.Namun riaknya dikawal.
"Nama saya Jake,ini Jackson dan ini Jade."Kata Jake sambil memperkenalkan dirinya dan Abang abangnya.Clara hanya membalas sapaan itu dengan senyuman.
"Untuk pengetahuan awak,Julian akan datang kejap lagi."
Terbuntang luas mata gadis itu.Julian akan datang sebentar lagi?Lebih baik dia pergi dari situ.
"Saya mintak diri dulu.Rasanya,kehadiran saya di sini hanya akan merosakkan makan tengahari keluarga awak."Kata Clara.Baru saja dia ingin berdiri,Jackson bersuara.
"Duduk atau awak akan menyesal nanti Clara."Ugut Jackson.Clara meneguk air liurny.Kelat.Rasanya dia tidak patut mencari masalah dengan keluarga Mafia.
"Jangan risau Clara.Kami hanya nak awak beritahu Julian perkara sebenar."Kata Jaden.Baru saja gadis itu ingin bersuara,Jake menyambung.
"Jangan risau Clara kami akan sokong awak."
Clara tersenyum.Dia berasa bersyukur kerana adik beradik Julian sudi membantunya.Tetapi,pertolongan itu hanyalah sia sia.
Clara berdiri.
"Terima kasih.Saya tak perlukan pertolongan awak semua.Ya,memang betul saya masih cintakan dia.Tapi,tak mungkin dia masih cintakan saya.Mungkin dia bencikan saya.Saya harap Julian tak pernah kenal pun saya.Saya dah hancurkan perasaan dia.Saya hanya nak dia bersama dengan perempuan yang baik.Jauh lebih bagus daripada saya.Saya terpaksa berkerja sebagai pelacur untuk bayar kos pembedahan mak saya."
Semakin banyak air mata Clara mencurahi pipinya.Amat perit baginya untuk meluahkan semua ini.
"Saya rasa bersyukur sebab dia memilih untuk membenci daripada mencintai dia.Saya tak lagi sanggup nak permainkan perasaan dia.Kalau dia dah ada pengganti lain,saya okey.Kebahagiaan dia adalah kebahagiaan saya.Saya balik dulu."
Saat dia berpaling untuk keluar dari bilik makan VIP itu,alangkah terkejutnya dia saat bertentang mata dengan Julian.Dia tidak perasan kehadiran lelaki itu di situ.
Wajah yang dirinduinya.Kini berada di hadapannya.Gadis itu mengesat kasar air matanya
Dia meneruskan langkahnya tapi belum sempat dia ingin pergi,Julian merentap tangan gadis itu.
"Lepaskan saya."Kata Clara perlahan.Dia langsung tidak memandang wajah gadis itu.Julian memegang wajah gadis itu menggunakan tangannya.
"Mulai hari ni,awak takkan ke mana mana tanpa kebenaran saya.You are mine now."Bisik Julian.Sejujurnya,dia tidak sangka akan mendengar kata kata yang keluar dari mulut Clara.Dia harus menebus kesalahannya dengan menjaga Clara dan Maknya walaupun tanpa kerelaan Clara.
Terus Julian mengangkat badan gadis itu lalu diletakkan pada bahunya.Clara menumbuk numbuk belakang badan Julian dengan harapan agar lelaki itu melepaskannya.
Jackson,Jaden,Jake dan Dylan hanya mampu melihat.Manakala Evelynn melentokkan kepalanya pada bahu Dylan.Dia langsung tidak berminat dengan semua itu.Lagipun,dia buta.Dia langsung tidak dapat melihat apa apa.
Dia bosan berada di rumah.Lagipun Augustine mengikut Encik Ronald dan Puan Victoria.Mama dan Papanya mengajak Augustine ke German.
"Dylan,saya nak balik.Saya mengantuk."Kata Evelynn sambil menggosok matanya.
"Awak tak nak makan?Nanti awak lapar."Balas Dylan.Matanya memandang kearah Evelynn.
"Tak nak.Saya mengantuk."Gumam Evelynn perlahan.
"Awalnya.Kita belum makan lagi."Wajah Jaden dikerutkan.
"Kau ni tak dengar ke apa yang James cakap haritu?Kalau Evelynn rasa mengantuk,sebaik baiknya dia tidur."Kata Jackson.
Jaden menjeling.
"Jom,Abang hantarkan."Pelawa Jake.
"Tak payahlah.Eve nak balik dengan Dylan."Balas Evelynn.Jake duduk kembali.
Setelah kelibat Evelynn dan Dylan hilang dari pandangan,Jaden membuat wajah toya.
"Cemburu betul aku dengan Dylan tu.Eve asyik peluk dia je."Rungut Jaden.
PAK!
Jaden menyeringai kesakitan.Dia menjeling Jake.Sakit tahu tak kena siku?!
"Dylan tu bakal suami dia bengong.Apa yang kau nak cemburukan sangat dengan Dylan tu?Macam lah aku tak kenal perangai kau.Suka sangat permainkan perasaan orang.Playboy!"Kata Jake.
YOU ARE READING
MAFIA'S HEART
Romance"Life is not a bed of roses" "I want to protect you from your father." Dia gadis yang kuat.Tetapi,lemah di dalam.Dia berpegang pada satu janji.Janji yang dia akan membalas dendam bagi menuntut keadilan Keluarga Ferandez. Kisah cinta mereka berdua,ti...