40

2.6K 81 0
                                    

"Dah tiga hari dia demam.Eve tak pernah demam lama sangat macam ni."Kata Puan Victoria perlahan.

"Urm...Aunty.Boleh tak-"

Belum sempat Dylan menghabiskan ayatnya,Puan Victoria memotong.

"Panggil Mama je."Kata Puan Victoria sambil tersenyum.Dylan mengangguk.Dia tersenyum.

"Boleh tak Dylan nak jumpa dia?"

"Boleh.Dia ada kat bilik dia."Balas Puan Victoria.

Dylan menguak perlahan pintu bilik Evelynn.Kelihatan Evelynn sedang tidur lena di atas katil.Kakinya melangkah perlahan menuju ke katil milik Evelynn.

Dia melekapkan belakang telapak tangannya pada dahi Evelynn.Hurm..masih panas,kata Dylan dalam hati.

Dylan merebahkan badannya di sebelah Evelynn.Badan gadis itu dipeluk erat.Dan,tanpa dia sedari dia tertidur di situ.

Justin mengesat air matanya kasar.Sudah seminggu pemergian Sabrina,dia langsung tidak keluar dari biliknya.Makanan yang diletakkan pada atas meja kerja dipandang begitu saja.Dia tiada rasa lapar.

Telefon bimbitnya dicapai.Nombor seseorang didail.

"Aku nak kau beli tiket penerbangan aku ke Malaysia.Kalau boleh secepat mungkin.Aku nak balik Malaysia esok."Arah Justin.Dia mahu pergi ke sana untuk melawat anaknya.Lagipun,Papanya tidak jadi pulang ke Turki kerana ada hal yang perlu diuruskan di Malaysia.

"Okey."

Punat tamat ditekan.Panggilan tamat.

"Sayang!"Jerit Puan Victoria dengan nada berbisik.Tangannya melambai lambai tanda menyuruh Encik Ronald pergi kearahnya.

Berkerut kerut dahi Encik Ronald melihat perlakuan isterinya.Yang lebih menghairankan apa yang isterinya buat di hadapan bilik Evelynn itu?

"Tengok tu."Puan Victoria menunding jari kearah Evelynn dan Dylan yang sedang tidur lena itu sambil berpelukan itu.

Encik Ronald melihat kearah yang dimaksudkan oleh Puan Victoria itu.

"Kenapa?Biarlah diorang tu.Lagipun,Eve tu demam."Kata Encik Ronald perlahan.Nada suaranya diperlahankan agar tidak menganggu Dylan dan Evelynn.

"Hurm...bila tengok Dylan dengan Eve ni saya teringatkan tentang Justin dan Sabrina."Kata Puan Victoria sambil menutup pintu bilik Evelynn.

Encik Ronald mengeluh.Dia amat bersimpati atas kematian Sabrina.Mereka berdua bersama sama melangkah ke tingkat bawah.

"Saya pergi dulu.Ada hal yang perlu diuruskan kat Syarikat."Kata Encik Ronald sambil mengucup perlahan dahi isterinya.

Bunyi telefon bimbit membuatkan Evelynn terjaga.Jam di toleh sekilas.Pukul 7:54 petang.Kepalanya ditoleh ke kiri.Alangkah terkejutnya dia apabila menyedari yang dia berada di dalam dakapan Dylan.

Wajah Dylan ditenung.Tenang saja wajahnya.Evelynn tersenyum sendiri.Comel!Dia ni kalau sekali pandang,muka Dylan memang seperti penyanyi dari negara barat iaitu,Zayn Malik.

Pipi Dylan ditepuk perlahan.

"Hey,wake up."

Badan Dylan bergerak sedikit.Tetapi,matanya langsung tidak dibuka.Malah,Evelynn dipeluknya erat.

"Syhh...just sleep."Kata Dylan.

Evelynn hanya menurut.Dia tidak mahu menganggu Dylan.Lebih baik dia mendiamkan diri.


Seorang lelaki memasuki rumah milik Evelynn.Berkerut kerut dahi Puan Victoria.Justin?

"Kamu dah okey?"Soal Puan Victoria.Sebelum berangkat ke Malaysia beberapa hari lalu,dia sempat berpesan kepada Justin jika anaknya itu sudah okey pulang ke Malaysia.

Puan Victoria tidak sangka yang Justin akan baik secepat ini.Tetapi,dia bersyukur.Justin tidak terlalu meratapi kesedihan.Dia memeluk Justin erat.

"Justin nak teruskan hidup dengan anak Justin.Justin hanya nak hidup macam dulu."Katanya perlahan.

Puan Victoria tersenyum.Augustine yang berada di sebelah Justin dipandangnya.Lalu dia mencangkung agar ketinggiannya sama dengan anak kecil itu.

"Augustine mandi dulu ya.Nanti kita makan malam sama sama."Kata Puan Victoria sambil mengucup sekilas dahi Augustine.Augustine mengangguk perlahan.Kemudian,dia melangkah menuju ke biliknya.

Puan Victoria kembali berdiri.Wajah Justin dipandangnya.

"Kamu pun pergilah mandi ya.Kita tunggu Papa balik baru kita makan malam."

MAFIA'S HEARTWhere stories live. Discover now