14

3.4K 116 3
                                    

Dylan menghela nafas berat.Sudah seminggu dia bermalam di rumahnya sendiri.Dia berasa hairan kerana mengapa tiba tiba Evelynn menghantarnya pulang ke rumah?Adakah hutang Papanya sudah selesai?Dan,adakah papanya masih hidup?

Dia ada juga menghantar pesanan ringkas kepada Evelynn.Namun,tidak dibalas.Dia ada mencari kerja tetapi dia tidak menjumpai apa apa kerja yang bersesuaian dengan dirinya.

Dia meraup wajahnya kasar.Dia risau akan keadaan Evelynn sekarang ini.Luka pada perutnya bukan kecil tetapi besar.Balutan tersebut perlu ditukar sehari sekali.Mahu saja dia pergi ke rumah Evelynn tetapi,dia tidak ingat dimanakah lokasi rumah gadis itu.

"Evelynn,aku cintakan kau."

Katanya perlahan.Ingin dia mengatakan ayat itu kepada Evelynn.Namun,dia sedar siapa dirinya.Dia hanyalah lelaki biasa yang tidak mempunyai harta.

"Mana Dylan?"Soal Justin sambil duduk di sofa ruangtamu itu.

"Evelynn dah hantar dia balik.Hutang Robert dengan Eve dah selesai."Balas Evelynn.Terangkat terus kening Justin.

"Tak rindu ke?"Soal Justin dengan nada mengusik.Evelynn menjeling abangnya itu.Ada ada saja perangainya.

"Diamlah,abang.Umur dah 25 tapi tak kahwin kahwin lagi."Perli Evelynn.

"Eleh,nak tukar topik pula.Cakap jelah rindu.Abang dah ada fiance'."Balas Justin lagi.

Tak lama lagi,jadi suami orang dah abang aku,kata Evelynn dalam hati.

"Evelynn dengan Dylan tak ada apa apa kaitan kecuali adik beradik tiri."Kata Evelynn.

"Abang tengok Dylan tu boleh tahan handsome.Adik tak berminat ke?"Usik Justin lagi sambil ketawa kecil.Dia memang suka menyakat adiknya itu.Dia berharap dia dapat melihat adiknya senyum semula.Evelynn hanya sekadar menjeling.

"Move onlah,dik.Abang tak mahu adik terus macam ni.Bukan setakat David je lelaki dalam dunia ni.Lupakan David dan mulakan hidup baru dengan sesiapa yang adik nak."

"Abang tak faham perasaan adik."Balas Evelynn laju.Memang benar,sukar untuk melupakan cinta pertama.Kenangan dia bersama David memang sukar untuk dilupa.

"Adik,adik masih beruntung tau sebab orang yang adik sayang masih hidup dalam dunia ni.Adik masih ingat kan Emma?Lepas saja abang tahu yang dia dah tiada lagi kat dunia ni,abang seolah olah macam orang tak waras.Adik tak ingat ke yang abang pernah cuba nak bunuh diri dulu?"

Evelynn hanya sekadar mendiamkan diri.Emma adalah cinta pertama Justin.Abangnya selalu menceritakan kepadanya pasal Emma.Emma adalah seorang gadis yang lemah lembut dan baik hati.Emma meninggal dunia akibat dilanggar lari.Dia sempat sedar beberapa hari di hospital.Namun,ajal menjemputnya selepas empat hari sedar.

Yang melanggar Emma adalah Robert.Yang peliknya,abangnya langsung tidak berniat untuk membalas dendam.Kejadian langgar lari itu bukannya tidak disengajakan.Namun,Robert memang berniat untuk membunuh Emma kerana dia tidak mahu keluarga mereka hidup bahagia.

Begitu juga dengan Evelynn.Dia mengupah David untuk meninggalkan Evelynn pada hari perkahwinannya.Robert sangka dia akan bunuh diri.Namun,dia bukan gadis yang begitu.

"Abang,Mama tak nak melawat adik ke?"Soal Evelynn dengan nada ingin tahu.Justin terkedu.Otaknya berfikir mencari jawapan untuk soalan Evelynn.Mama langsung tidak kisah lagi keadaan mereka berdua.Ini kerana mereka berdua tidak mendengar katanya.Mama mereka menghalang mereka untuk menjadi Mafia.

"Abang tak tahu.Adik tak payah fikir sangatlah.Mama memang dah tak fikir tentang kita lagi."Balas Justin sambil tersenyum.Evelynn hanya sekadar mengangguk.

MAFIA'S HEARTWhere stories live. Discover now