34(Bodoh punya kawan)

2.7K 85 0
                                    

"Papa nak bercuti dekat Turki dengan Mama kamu."Kata Encik Ronald.Membulat terus mata Evelynn dan Justin.

"Papa pergi sana untuk berapa hari?"Soal Justin.Dia meneguk air liurnya.

"Hm..Papa rasa nak menetap kat sana semula.Dah lama rasanya kita tinggalkan rumah kita kat Turki tu."Balas Encik Ronald.Evelynn dan Justin mengangguk.

"Papa nak ke tandas sekejap."

Setelah kelibat Encik Ronald menghilang,mereka berdua menghela nafas.

"Kita tak boleh biarkan Papa jumpa Mama kat sana.Apa kita nak buat,Abang?"Soal Evelynn buntu.

Justin mendiamkan diri.Lama.Sebelum menjawab soalan Adiknya.

"Abang akan ikut Papa ke sana.Mama tinggal dekat Villa adik kat sana kan?"Teka Justin.Evelynn mengangguk.

---------

"Awak bagi Syarikat Mama awak kat Robert kan?"Soal Evelynn.Wajahnya ketat.Langsung tiada riak.Dylan mengangguk perlahan.

Evelynn mengeluh.

Buang masa dia saja pergi ke Australia beberapa hari lalu semata mata untuk menguruskan Syarikat itu.Dia tidak sangka pula akan bertemu dengan Robert disana.

Dulu,hampir setiap minggu dia berulang alik dari Malaysia ke Australia semata mata ingin menguruskan Syarikat itu.Dia masih terhutang budi dengan Puan Darline kerana menyelamatkan nyawanya.

Sudahlah dia diserang oleh anak buah Robert.Torehan pada belakang badannya masih belum sembuh sepenuhnya.

"Kenapa,Eve?Ada yang tak kena?"Soal Dylan apabila menyedari air muka Evelynn berubah.

"Saya naik atas dulu.Nak rehat.Buang masa je saya pergi Australia."Katanya perlahan kemudian melangkah pergi dari situ.

Evelynn merebahkan badannya ke atas katil dalam posisi meniarap.Belakangnya sakit.Luka itu masih belum dirawat.Nasib baiklah dia sempat melarikan diri.Kalau tak,matilah dia.Nak pergi klinik,dia malas.

Evelynn membuka telefon pintarnya.Nombor Alex didail.

"Lex,boleh tolong aku tak?Datang rumah aku kejap."Kata Evelynn.

"Okey."

Panggilan tamat.

"Eh,kenapa kau bukak baju kau?A-Aku tak nak Eve!A-Aku masih t-teruna!"Kata Alex dengan tergagap gagap.Evelynn membalingnya menggunakan bajunya.

"Aku nak suruh kau rawat luka aku kat belakang badan aku ni,bodoh!Jangan fikir yang bukan bukan.Aku bukannya teringin sangat kat kau tu!"Balas Evelynn.Nafasnya turun naik.Bongok punya kawan.

Dahi Dylan berkerut kerut.Apa yang bising sangat kat atas tu?

Tak apalah.Bukan masalah dia.

Alex tersengih kambing.

"Aku ingatkan apa tadi.Kenapa kau tak suruh Dylan je?"Soal Alex.Evelynn meniarap di atas katil.

"Jangan banyak tanyalah.Buat je."

Alex mencebik.Dia baru saja lepas dating dengan teman wanitanya tadi.Tetapi,Evelynn pula yang menelefon.Haish!Ganggu betul!

Alex menyapu cecair cecair yang sepatutnya pada badan Evelynn.Setelah itu,dia meletakkan plaster.Dia menekan dengan kuat tempat luka itu akibat geram.

"Woi!Sakitlah,sial!"

Alex ketawa terkekek kekek.Lantas dia berlari keluar dari bilik Evelynn.Dia kena cepat sebelum Evelynn mengerjakannya.

Evelynn apa lagi,terus dia mengejar Alex.Dia hanya memakai seluar jeansnya dan bra.Dia tidak sempat ingin memakai baju.

Hairan Dylan melihat adegan itu.Kenapa Evelynn memakai pakaian yang sebegitu.

Alex memecut keretanya.Fuh!Nasib baik sempat.

"Siaplah kau esok!Alex!"Jerit Evelynn membuatkan kesemua anak anak buahnya menoleh kearah pintu masuk rumah.Mereka menggeleng.Ada ada saja.Mereka sudah biasa dengan semua ini.

Evelynn kembali masuk ke dalam rumahnya.Dylan memandangnya dengan hairan.

"Kenapa dengan awak ni?"Soal Dylan pelik.

"Tak ada apa apa."Balas Evelynn.Dia lantas menuju ke tangga.Hal ini menyebabkan Dylan ternampak beberapa kesan seperti torehan di belakang badan Evelynn.Lantas dia mendekati Evelynn.

Patutlah dia mendengar jeritan daripada Evelynn tadi.Pasti Alex membuat sesuatu seperti menekan luka pada belakang Evelynn.

"Kenapa dengan belakang badan awak?Sakit ke?Biar saya rawat."

"Tak payah.Saya tak nak menyusahkan awak.Pergilah sambung tengok tv tu."Kata Evelynn.Dia malas mahu melayan Dylan.

Dylan menghalangnya daripada pergi dari situ.

"Jangan degil boleh tak?!Saya tak suka tengok awak macam ni.Kalau awak tak nak saya rawat luka awak,pergi klinik.Saya tak suka tengok orang yang saya sayang sakit."Kata Dylan dengan nada yang tegas.

"Whatever."Balas Evelynn sambil melangkah pergi dari situ.Dylan mengeluh.

Takkanlah Evelynn menjadi sebegini rupa hanya disebabkan dia memberi Syarikat itu kepada Robert.Penting sangatkah Syarikat itu?

Dylan mengikuti langkah Evelynn.Tidak kisahlah apa gadis itu mahu katakan.Dia menarik lengan Evelynn lalu dibawanya ke katil.

"Duduk situ diam diam."Arah Dylan.Wajah Evelynn masam mencuka.Namun,dia akur.Dylan memulakan kerjanya.

"Boleh bagitahu saya apa yang dah jadi?"Soal Dylan.

"Awak tak perlu tahu.Tak penting pun."Kata Evelynn.Sebaik baiknya,Dylan tidak perlu tahu tentang semua ini.

"Penting.Awak tu kesayangan saya.Bagitahulah."

Evelynn menghela nafas.Berat.

"Saya rasa awak tahu."

Berkerut kerut dahi Dylan.Namun,ianya untuk seketika.Dia tahu siapa yang membuat Evelynn menjadi begitu.

Robert.

MAFIA'S HEARTWhere stories live. Discover now