Bab 2

3.8K 155 6
                                    

FALIQ ARSHAD melangkah masuk ke dalam rumah agamnya setelah memberi salam.

Kelihatan mama dan papanya sudah berkumpul di meja makan.

"Faliq. Makan jom!" ajak mamanya,Datin Ruziah.

Faliq menghampiri meja makan. Tangan mama dan papanya disalam.

Kerusi ditarik dan dilabuhkan punggungnya di atas kerusi itu.

Keadaan sunyi seketika.

"Faliq,macam mana kerja? Dah jumpa arkitek baru kat syarikat Faliq tu?" Dato'Rizal bertanya.

"Kerja okey,cuma itulah. Papa tahulah kan fasal perempuan-perempuan yang suka cari Faliq tu. Itu ajalah masalah dia. Kalau pasal arkitek baru tu...Masih dalam pencarian." jawab Faliq sambil menghirup sedikit air.

"Hah,anak kawan papa,dia baru habis belajar dan tengah cari kerja. Dia pun arkitek jugak." kata Dato'Rizal lagi.

Faliq memandang papanya.

"Boleh je. Suruh dia datang interview esok. Apa nama dia pa?"

"Tak silap nama dia Mina."

Faliq mengangguk.

"Mama,macam mana dengan butik mama?" Faliq bertanya pada Datin Ruziah yang dari tadi hanya mendengar perbualan 2 orang lelaki itu.

"Alhamdulillah. Okey je." balas Datin Ruziah.

"Hah,Faliq. Ni mama nak tanya. Umur kamu dah berapa?" soal Datin Ruziah tiba-tiba.

Faliq mengeluh perlahan. Tidak lain,tidak bukan. Ini mesti fasal kahwin. Isu yang sama asyik dibangkitkan oleh mamanya. Sampai Faliq pun dah tak ambil kisah.

"28?"

"Dah tak reti nak kahwin? Takkan taknak kenalkan mama dengan mana-mana 'girlfriends' kamu?" perli mamanya.

Kan dah cakap.

"Apa mama ni. Cakap pasal kahwin pulak? Mama,Faliq tak de girlfriend lah. Nantilah. Pandai-pandai Faliq cari bakal isteri Faliq. Tidak pun,mama je yang carikan. Okey." Selamba Faliq menjawab soalan mamanya itu.

"Okey. Mama akan carikan untuk Faliq tapi Faliq tak boleh bangkang pilihan mama. Faham?"

Faliq hanya mengangguk. Langsung tak ambil serius tentang apa yang dikatakan mamanya itu.

BUNYI jam penggera milik Mina mengganggu tidurnya. Mina menutup penggera tersebut.

Dia duduk dari pembaringannya,rambut disanggulkan. Mulut ditutup kerana menguap. Kaki perlahan-lahan melangkah ke arah bilik air.

Selesai mandi dan solat subuh,Mina mencari pakaian yang sesuai untuk dipakai bagi temu duganya di Yumenai Holding.

Dia terlalu teruja semalam dan membuatkan sedikit research fasal syarikat ni. Rupanya ia syarikat terkenal dan nama Yumenai tu diambil dari bahasa Jepun bermaksud terkenal. Padanlah dengan status yang dimiliki oleh syarikat tersebut.

Almari dibuka. Pakaian sesuai dicari. Rambutnya digayakan sedikit bagi nampak kemas.

Cermin dipandang.

"Okey."

Mina turun ke bawah untuk membantu ibunya apa yang patut.

"Ibu,biar Mina tolong ibu masak." tegur Mina.

Puan Fauziah memandang anaknya.

"Bersemangatnya nak pergi interview." usik Puan Fauziah.

Janji Bahagia (✔) Where stories live. Discover now