Bab 34

2.5K 124 4
                                    

"SS..AH!" Faliq mengaduh sakit. Mina memandang simpati. Tuaman diperlahankan.

"Ouch! Princess." Faliq mengaduh lagi. Bibir bengkaknya dipegang sekejap. Mina menghentikan tuamannya. Bibirnya digigit.

"Awak. Sorry" ucap Mina perlahan.

"Bukan salah kau pun." kata Faliq.

"Tak. Salah saya. Kalaulah saya tak mengada nak buah rambutan tu mesti awak tak jatuh."

Faliq jatuh pokok rambutan. Waktu dia sedang panjat pokok tu,tiba-tiba dia digigit kerengga. Kalau seekor takpe,ini banyak.

Faliq tak tahan sakit dan gatal,tidak fasal-fasal tersalah pegang dan jatuh dari pokok. Masalahnya pendaratan tiada masalah,tapi mukanya terlanggar ranting pokok. Memang bengkaklah jawabnya. Nasib baik tak kena teruk. Buah rambutan sempat diambil beberapa biji.

"Tahu pun. Teringin sangat kan?" perli Faliq. Saje nak tengok riaksi Mina.

Mina mencebik. Tanpa sedar tuaman pada pipi Faliq ditekan. Menjerit kesakitan Faliq dibuatnya.

"Princess!" Faliq mengaduh sakit. Main-main betul dia ni.

Mina tersenyum kecil. Melihatkan itu,terus sahaja Faliq memicit kuat hidung Mina.

"Auu..Awak!" Mina membulatkan matanya. Balas dendam betul ni.

Hidung merahnya digosok. Bengkak pulak hidung aku ni nanti.

Faliq ketawa. Comel dan lucu! Mina tersenyum sebelum turut sama ketawa. Bukan senang nak melihat Faliq ketawa.

Faliq berdesis pedih apabila ketawa terlalu kuat. Kabut Mina melihatnya. Kain tuaman diletakkan di bibir Faliq dengan lembut.

Faliq tersenyum senget.

"Princess.."

"Hmm.." Mina masih leka menuam. Tidak sedar akan mata helang suaminya.

"Kalau contoh,kau dapat tahu tentang satu perkara. Dan perkara itu ada kaitan dengan kau dan seseorang. Then,selepas aja kau tahu,kau rasa tertipu.. Apa yang kau akan buat?"

Mina memandangnya pelik.

"Apa yang awak cuba terangkan ni?"

"Jawab aja. Aku saja nak tahu." Faliq berkata selamba seolah menyimpan sesuatu rahsia.

"Bergantung. Kalau saya rasa alasan yang diberi nanti boleh diterima. Saya mungkin akan anggap macam tiada apa yang terjadi." balasan Mina membuatkan Faliq terfikir sendiri.

Apa alasan logik yang aku kena bagi nanti sekiranya Mina mengetahui tentang perkara tersebut?

"Kenapa awak tanya?" soal Mina hairan.

Faliq menggeleng. Senyuman sipi diberi bagi menghilangkan kegusaran di hati Mina.

Mina mengangguk meskipun berbagai-bagai persoalan yang timbul. Seperti Faliq menyembunyikan sesuatu. Tetapi apa? Dia menggeleng sendiri. Cuba berfikiran positif.

Mina menuam sedikit lagi di pipi Faliq. Dia kemudian menjauhkan diri.

"Dah siap. Awak pergilah mandi. Selepas ini,kita solat sama-sama" arah Mina. Dia bangun dan bergerak mengambil tuala mandi untuk Faliq.

"Kau dah mandi ke?" soal Faliq apabila tuala mandi sudah berada di tangannya.

"Saya dah mandilah"

Baru sahaja Mina mahu bergerak jauh,Faliq menarik tangan Mina sehingga wajah itu tersembam ke dadanya.

Tuala diletakkan di belakang Mina. Mina memandangnya tajam.

Janji Bahagia (✔) Where stories live. Discover now