FALIQ ARSHAD memandang isterinya yang begitu asyik termenung. Daripada 3 hari lepas selepas pulang dari Kedah,seringkali isterinya itu mengelamun. Bukan dia tidak bertanya,tetapi pasti akan dibalas "nothing".
Tentang perangai pelik Mina juga semakin menjadi-jadi. Kadang asyik nak berkepit aja 24 jam. Kadang tu,dia yang halau orang supaya jauh. Kalau tak,muntah kat situ juga. Pelik.
"Princess." tegur Faliq membuatkan Mina memandangnya.
"What's wrong?"
Mina tersenyum seraya menggeleng. "Nothing".
See,I've told you.
"Kenapa ni? Asyik termenung aja. Kau tak sihat ke?"
Belakang tapak tangan diletakkan di dahi Mina. Suam.
"No lah. Saya okey je." bohong Mina.
"Okey. Aku ada benda nak bagitahu ni." Faliq menarik perhatian Mina.
"Apa?"
"Malam ni,aku balik lambat. Aku mungkin tak balik berbuka. Sorry princess." ucap Faliq perlahan. Tidak mahu Mina terasa. Sekali lagi.
"Again? Kenapa? Nanti kalau mama papa tanya macam mana?" Mina mencipta alasan. Sebenarnya,dia nak Faliq bersamanya. Sekarang ni,susah betul nak nampak Faliq di rumah.
Sejujurnya,dia terkilan dengan sikap Faliq sekarang. Macam ada sesuatu yang disorok. Tak pasti apa.
Mina beristighfar. Tidak elok dia bersangka buruk terhadap suaminya.
"Maaf. Aku betul-betul sibuk minggu ni. Fasal mama papa tu,aku dah bagitahu dia orang. Aku janji,selesai aja semuanya aku akan bawa kau jalan-jalan. Kita spend time together. Okey,princess?" janji Faliq.
"Okey. Janji." Jari kelingking mereka ditaut bersama. Senyuman kembali meniti di bibir Mina.
"Aku dah nak pergi ni. Jaga diri. Jangan nakal-nakal. Anything happen,terus inform aku. Okey." pesanan Faliq yang sentiasa diulang. Sayang na dengan bininya tu.
Tangan Faliq disalam dan dahinya dikucup. Rutin harian mereka setiap kali Faliq pergi kerja.
Setelah bayang Faliq menghilang,phone yang sempat disoroknya tadi dikeluarkan. Message yang lebih kurang sama daripada Razif,dibaca sekali lagi. Entah dari mana dia dapat nombor telefonnya pun,dia tidak tahu.
Aku nak jumpa kau. Ada sesuatu yang kau tak tahu tentang Faliq. Dia bukan seperti yang kau jangka.
Sudah 3 hari mesej yang hampir sama dihantar kepadanya. Apa lagi yang lelaki ini mahu daripadanya. Pening dia memikirkan. Sudahlah kesihatan Mina semakin hari,semakin tak menentu.
'Ya Allah,kau berikanlah petunjuk padaku. Tetap teguhkanlah kepercayaanku hanya pada suamiku.'
__________________________NAJMINA JANNAH tersenyum melihat Deera sudah menunggu di luar pagar rumahnya. Pagar rumah ditutup. Berlari dia mendekati Deera.
"Sorry Deera. Serious tak bermaksud nak lambat."
Deera menggulingkan biji matanya.
"Kau tiba-tiba called aku,minta tolong. Lepas tu,kau pulak yang lambat. Nasib baik kau kawan aku tau. Kalau tak dah lama mata kau tu aku cung --"
"Okey. Thank you wey. Thank you so much. Sekarang kita dah lambat. Jom." Tanpa dipelawa,selamba sahaja Mina masuk ke dalam kereta milik Deera.

ANDA SEDANG MEMBACA
Janji Bahagia (✔)
NezařaditelnéNajmina Jannah. Diberi maksud Bintang Syurga. Nama yang indah dan padan dengan si pemilik. Faliq Arshad lelaki berkacukan Jepun yang memiliki wajah yang tampan. Bukan setakat tampan,malah baik dan sporting. Orang kata,perfectlah! Tapi dia agak tega...