Bab 4

3.3K 147 0
                                    

DI PEJABAT,

Najmina Jannah termenung di meja kerjanya. Sudah seminggu dia bekerja di situ,tetapi dia masih tak dapat apa-apa projek. Seketika dia mengeluh.

"Mina!" tegur Zahra,kawan sekerjanya. Mina tersentak. Terkebil-kebil dia memandang Zahra.

"Encik Faliq nak jumpa kau." kata Zahra.

Mina mengeluh lagi. Selama seminggu ni,sering kali dia dipanggil oleh Faliq. Entah apa yang lelaki ni nak pun tak tahulah. Selalunya Faliq akan membuli Mina.

Mina tersenyum nipis kepada Zahra sebelum bergerak ke pejabat Faliq.

Pintu diketuk. Selepas mendapat kebenaran,Mina melangkah masuk.

"Ye Encik Faliq. Ada apa?" soal Mina lembut. Sesungguhnya ini hanyalah lakonan semata-mata.

"Teman aku pergi lunch." kata Faliq Arshad tanpa memandang wajah Mina. Mina memandang Faliq dengan kerutan. Tak sihat ke apa Encik Faliq ni?

"Tapi saya lunch dengan Deera." balas Mina. Faliq kenal siapa Deera. Deera ni merupakan pekerja di syarikat sepupunya,Raja Adrian. Faliq tersenyum sinis.

"Siapa boss? Kau ke aku?"

Mina menunduk. Ini yang tak boleh ni.

"Encik Faliq boss." jawab Mina perlahan.

"Jadi,kau kena teman aku." putus Faliq. Mina dipandang tanpa riak bersalah

Mina merengus. Asyik nak menang aja. Dia beruntung,dia pengurus syarikat.

"Fine! Ada apa-apa lagi?" soal Mina menyampah.

"Esok? Ikut aku pergi meeting." arah Faliq lagi. Kali ini fokusnya pada Mina.

Mina ternganga. Okey,ini dah melampau.

"Kenapa saya pula? Kenapa tak suruh Kak Wati? Dia kan PA awak. Awa

"Sebab..." perlahan-lahan Faliq bangun dan mendekati Mina.

Mina berdiri tegak. Seram sebenarnya.

Faliq berpusing di belakang Mina lalu dia berdiri betul-betul di belakang Mina. Mina terdiam.

"Sebab...Aku nak kau yang teman." jawapan Faliq membuatkan Mina geram.

Mina memusingkan badannya. Mina memandang tepat di mata Faliq. Faliq membalas renungan tajam Mina.

Akhirnya,Mina mengalah. Dia mengalihkan pandangan matanya. Terasa sesak di dada.

Faliq tersenyum dalam diam. Dia mendekatkan bibirnya di telinga Mina. Mina terkaku. Dia menahan debar.

"Aku. Nak. Kau. Ikut." bisik Faliq dan kemudian dia meniup telinga Mina.

Mina terkejut. Dia menjauhkan dirinya dari Faliq. Faliq menayangkan wajah selamba dan kembali di tempat duduknya.

Uisy! Kurang asam keping betul. Dia fikir telinga aku ni apa?

Lantas,Mina mengangkat kakinya ke arah pintu. Sebelum pintu ditutup,Mina sempat menjerit pada Faliq.

"Gatal!" Terus pintu itu ditutup. Mina menghembus nafas. Dia bersandar pada pintu pejabat Faliq. Tangan ditekapkan pada jantungnya.

Mina tergelak tiba-tiba. Tetapi pantas dikawal,tak fasal-fasal nanti kena cop gila. Faliq Arshad? Siapa dia? Macam pernah kenal?

Sementara Faliq tersandar di kerusinya. Dia mengetuk-ngetuk mejanya sambil tersenyum. Kepala digeleng-gelengkan.

'Comel jugak perempuan tu malu ek?' getus hati Faliq.

Janji Bahagia (✔) Where stories live. Discover now