ESOKNYA akan diadakan majlis persandingan Najmina Jannah dan Faliq Arshad di Grand Bluewave Hotel.
Najmina Jannah cantik bergaun pengantin dan Faliq Arshad kacak dan segak bersuit hitam.
Sekarang mereka berada di hadapan pintu dewan hotel. Berdebar-debar nak masuk.
"Are you ready?" soal Faliq.
Mina mengangguk bersemangat. Faliq menghulurkan lengannya. Dan dengan senang hati,Mina memeluk lengan Faliq.
Yang menjadi pengapit mereka adalah Nadeera Latif dan Raja Adrian. Mereka berdua hanya memerhati kedua pasangan raja sehari itu
Pintu dewan hotel dibuka. Faliq dan Mina berjalan di atas karpet merah yang tersedia dengan senyuman ke arah pelamin mereka.
Semua mata memandang ke arah mereka,kelipan kamera juga tidak henti berbunyi dan berkelip. Ada yang gembira dan ada yang tidak puas hati melihat jejaka pujaannya berkahwin dengan wanita lain. Bluekk! Dah melepas.
Sewaktu mereka berjalan di atas red carpet itu,tanpa sengaja Mina terpijak kain pengantinnya membuatkan dia hampir jatuh.
Nasib baik ada Faliq. Faliq sempat merangkul pinggang Mina. Mina yang tak bersedia,dia memeluk leher Faliq.
Mata tetamu-tetamu yang berada di situ membulat. Terkejut dan ada yang terkedu.
Wartawan-wartawan disitu tidak melepaskan peluang mengambil gambar-gambar romantik mereka. Topik hangat ni.
"Ehem! Nak beromantik pun cover lah bro." kata Raja Adrian membuatkan Mina dan Faliq tersentak.
Mina berdiri. Dia memperbetulkan penampilannya. Faliq menggosok belakang tengkuk.
Tetamu-tetamu di situ menepuk tangan dengan kuat sambil bersorak. Ada juga yang bersiul nakal. Tak tahulah ini dewan ke atau gelanggang basketball.
Wajah Mina memerah menahan malu dan debar. Faliq hanya melemparkan senyumannya pada tetamu. Pasti akan jadi tajuk di media nanti.
Datin Ruziah,Dato'Rizal,Rina,Deera dan Raja Adrian tersenyum melihat pasangan itu.
"Thanks" ucap Mina pada Faliq.
Faliq hanya tersenyum.
Mereka kemudian,meneruskan perjalanan ke arah pelamin yang lama menanti.
Beberapa jam kemudian,sesi salam menyalam pengantin. Apabila sampai giliran Datin Ruziah...
"Mama nak kamu jaga menantu mama baik-baik. Kalau mama tahu ada sesuatu berlaku kat anak perempuan mama ni,tahulah mama nak buat apa." gurau Datin Ruziah tapi berbaur tegas.
Faliq tersengih seraya menganggukkan kepalanya.
Mina menyalam ibu mertuanya.
"Mama nak kamu jaga Faliq. Faliq tu ego sikit,tapi kalau kena dengan caranya,Insya Allah. Lembut hati dia." pesan Datin Ruziah. Risau dia kalau-kalau Faliq tu terlalu keras kepala.
"Don't worry. Mama serahkan pada Mina. Pandai-pandailah Mina pikat Faliq ni." balas Mina yakin.
"Faliq ingat. Faliq dah ada tanggungjawab. Jangan nak abaikan. Pandai-pandai bahagi masa." bisik Dato'Rizal di telinga anak lelakinya.
Faliq tersenyum. Sekali lagi kepala dianggum.
Mina menyalam tangan bapa mertuanya. Dato'Rizal mengusap kepala Mina. Dia tahu Mina rindukan kasih sayang seorang bapa.
Nadeera Latif memeluk erat tubuh sahabatnya manakala Raja Adrian membuat brother hug dengan sepupunya itu.
"Semalam aku kata nanti aku bagitahu kau kan siapa yang aku suka" bisik Deera pada Mina.
YOU ARE READING
Janji Bahagia (✔)
RandomNajmina Jannah. Diberi maksud Bintang Syurga. Nama yang indah dan padan dengan si pemilik. Faliq Arshad lelaki berkacukan Jepun yang memiliki wajah yang tampan. Bukan setakat tampan,malah baik dan sporting. Orang kata,perfectlah! Tapi dia agak tega...