Bab 16

2.8K 127 2
                                    

NADEERA LATIF melangkah masuk ke tempat kerjanya. Dia menegur salah seorang rakan sekerja yang kebetulan lalu di situ.

"Tina,bos dah sampai ke?" Deera menyoal. Tak nampak pun bayang dia? Takkan MC kut?

"Belum. Bos kata mungkin dia masuk lambat." balas Tina lalu menyambung kerjanya yang berlambak.

Deera mengangguk faham. Kakinya melangkah ke biliknya. Biliknya sebagai PA hanya bersebelahan office Raja Adrian.

Dia meletakkan begnya di atas meja. Kemudian kaki melangkah ke arah pejabat Adrian.

Tanpa ketukan,dia terus masuk. Well,boss takde kan? Chill lah.

Deera menghampiri meja kerja Raja Adrian. Dia mengeluh seketika. Mana taknya,meja penuh dengan fail dan kertas bersepah-sepah.

"Okey,masa untuk mengemas."

Deera mengasingkan kertas-kertas dan fail-fail. Kemudian,kertas-kertas yang siap disusun mengikut projek terpenting diletakkan di tepi meja.

Fail-fail yang lain disusun dan diletakkan di almari fail. Fail tersebut disusun mengikut projek-projek terbaharu.

Sofa yang terdapat di pejabat itu dihampiri. Bulu ayam di atas meja kecil diambil lalu sofa itu di bersihkan.

Selesai mengemas,Deera keluar dari pejabat dan bergerak ke pantry untuk membuat air Nescafe.

Raja Adrian dia memang penggemar Nescafe. Nasib baiklah dia mahir buat air Nescafe ni. Senang kalau nanti kahwin dengan Adrian. Pergh! Angan-angan.

Air tersebut kemudian diletakkan di atas meja kerja Encik Adrian.

"Siap! Fiuh." Deera menghembus nafas penat.

Dia bergerak menghampiri pintu nak keluar. Baru sahaja tombol pintu dibuka,pintu telah dibuka dari luar. Dan ianya Raja Adrian.

Hampir sahaja Deera yang kecik itu merempuh tubuh bosnya.

Terkejut Adrian dibuatnya apabila melihat PA nya di dalam pejabat.

"Apa yang awak buat kat sini?" soal Adrian.

"Macam biasa. Saya kemas" jawab Deera sambil tersenyum. Memanglah senyum. Takkan nak menangis pulak kan?

"Okey."

Raja Adrian masuk ke dalam pejabatnya. Tempat duduknya di hampiri. Selesanya. Bukan macam tadi,panas je. Membahang hati.

Dia melonggarkan tienya. Baru terasa angin air-cond menyejukkan hatinya. Bukan apa,dia lambat sebab ada kemalangan kecil.

Ceritanya begini,ada seorang lelaki yang bermain dengan phone sambil memandu. Mana tak terlanggar kereta kesayangan Raja Adrian. Masalahnya pemandu yang melanggarnya tidak mengucapkan apa-apa dan terus berlalu. Biadap betul!

Nasib baik kereta Adrian tidak kemek. Cuma tercalar sikit sahaja di belakang.

Deera keluar dari pejabat untuk mengambil diarinya. Dia kembali ke dalam pejabat.

"Bos okey ke?" tegur Deera prihatin. Adrian yang sedang memicit kepalanya sambil memejamkan matanya tadi,kini membuka mata dan memandang ke arah Deera.

"I'm fine. Saya ada apa selepas ni?" soal Adrian cuba jadi profesional.

"Bos ada meeting pukul 9 nanti and Encik Faliq called and asked about the annual dinner."Deera berkata sambil melihat diarinya.

"Yelah,macam manalah aku boleh lupa pasal annual dinner tu? Lagi 2 minggu kan? Erm." gumam Adrian sendirian.

"Baiklah. Awak boleh pergi."

Janji Bahagia (✔) Where stories live. Discover now