USAPAN di kepala Mina menyedarkannya. Mata dibuka dan wajah tok wan kelihatan. Kemudian wajah Akma.
"Kenap --"
Mulut ditekup sekaligus membantutkan bicaranya. Tandas dituju pantas.
Bluek! Bluek!
Mina memuntahkan segala isi perutnya. Mual dan sakit kepala bersatu. Rasa tak selesa.
Tok! Tok!
"Jannah! Jannah okey ke?"
"Kak Jannah?!"
Pintu tandas dibuka menghentikan perbuatan tok wan dan Akma. Wajah mereka kelihatan begitu risau.
"Jannah okey? Kenapa ni? Nak tok wan panggilkan Arshad?" tok wan menghampiri Mina. Belakang badan Mina diusap.
Mina menggeleng. Perutnya diusap kerana tidak selesa.
"Jannah nak rehat." pinta Mina.
Tok wan mengangguk. Jannah dipimpin ke katil semula.
"Dah berapa lama Jannah pengsan?" soal Mina setelah berbaring. Dia sangat mengingati bagaimana dia boleh pengsan di jalan tar. Ianya kerana dua lembaga putih.
"Dua jam. Sekarang dah tengah malam. Arshad dengan Ilman ada kat depan tu." balasan tok wan membuatkan Mina mengangguk.
"Jannah okey tak ni? Muntah-muntah ni --" tok wan terdiam sebelum dia tersenyum.
"Entah,entah ada isi dalam ni." tok wan berkata teruja. Perut Mina terus diusap.
Mina terdiam. Mungkin ke?
"Nanti pergi check tau. Tok wan nak pergi bawah sekejap nak bagitahu Arshad." ujar tok wan tanpa sempat ditahan Mina,tok wan terus berlalu pergi.
Mina memandang perutnya. Kemudian,perut itu diusapnya. Senyuman nipis tersungging di bibir itu.
Akma memandang Mina.
"Kak ingat tak macam mana akak boleh pengsan?" Akma mengambil tempat di sebelah Mina.
Mina mengangguk.
"Akak nak tahu tak,yang tadi akak nampak tu bukan hantu. Tapi Abang Ijat dengan Abang Fizi yang jadi hantu tu. Alah,dia orang tu memang suka buat kecoh kat kampung ni."
"Akma. Akma jaga Kak Jannah sekejap. Abang Arshad nak pergi tengok sana."
Pantas kaki Faliq mengejar langkah kaki dua lembaga tersebut. Nak lari mana hah?
Apabila sudah hampir,Faliq melihat 'lembaga' itu dengan teliti. Dia tersenyum sinis di hati.
Hantu konon. Hantu pakai selipar? Hantu boleh berlari? Ceh!
Faliq melompat lalu menarik kain putih yang membaluti badan 'lembaga' itu. Topeng hantu yang dipakai turut tercabut
Dua lelaki yang menyamar seperti lembaga tadi terkedu. Perlahan-lahan mereka berdua tersenyum memandang Faliq.
Faliq menggeleng seraya tersenyum nipis. Alahai,macam nak gelak pun ada.
Muka tegas tiba-tiba muncul.
"Kau orang ni dah takde kerja lain ke? Tahu tak bini aku dah pengsan?" tegas Faliq berkata.
Tertunduk mereka mendengar Faliq yang sedang marah.
"Maaf bang. Kami saja je tadi. Tak tahu pulak sampai pengsan." ujar seorang lelaki yang bermata sepet.
Seorang kawannya bersetuju.
YOU ARE READING
Janji Bahagia (✔)
RandomNajmina Jannah. Diberi maksud Bintang Syurga. Nama yang indah dan padan dengan si pemilik. Faliq Arshad lelaki berkacukan Jepun yang memiliki wajah yang tampan. Bukan setakat tampan,malah baik dan sporting. Orang kata,perfectlah! Tapi dia agak tega...