NAJMINA JANNAH meliarkan matanya ke sekeliling restoran. Kelihatan seseorang melambai padanya. Kakinya pantas melangkah ke sana.
"Assalamualaikum. Sorry lambat. Ada hal sikit tadi." ujar Mina lalu duduk di kerusi berhadapan Deera.
Deera tersenyum dan mengangguk faham.
"Air kau aku dah pesan tadi. Macam biasa,air fav kau." kata Deera. Mina mengucapkan terima kasih.
"Macam mana? Best tak kahwin. Sejak kau kahwin ni,kau jarang contact aku. Lupa member ke?"
"Aku busy sikitlah lately ni. Lagi-lagi fasal projek Ecosystem dengan Dato'Johan tu." balas Mina.
"Dato'Johan? Orang tua gatal tu?" Deera berkerut dahi. Biar betul? Berani sungguh ambil projek company tu. Company tu tak ada apa pun,cuma pengurus syarikat tulah. Gatal dia nauzubillah!
"Yang gatal tu aku tak tahulah. Tapi yang tua tu,betul." balas Mina tersengih.
"Aku nak kau hati-hati sikit dengan dia tu. Bukan apa,aku rasa insecure je. Lagipun,aku pernah dengar dia tu ada ramai scandal." kata Deera memberi amaran.
"Iyelah cik Deera oi."
"Yalah,lagipun suami kau ada kan untuk tengokkan?" Deera mengusik. Dagu ditongkatkan memandang Mina dengan gaya gedik.
"Kau jangan macam-macam." Mina menjelingnya. Tertawa Deera seketika.
Deera kemudian memandang Mina. Mina yang perasan akan itu,bertanya.
"Kau apahal pandang-pandang aku?" seriau Mina dibuatnya. Dah kenapa minah ni pandang aku macam aku seorang pesalah.
"Amacam? Dah ada ke belum?" soal Deera dengan senyuman meleret.
"Ha?" Mina blur. Aduh! Apa fasal lah slow sangat. Macam manalah Faliq boleh kahwin dengan kau ni?
"Dah ada isi ke belum? Kau mengandung ke tak?" soal Deera terus. Susah pulaklah member slow ni.
"Choi! Aku dengan Faliq pun tak pernah lebih tau. Macam mana nak ada an --" sedar akan keterlanjuran mulutnya,terdiam Mina terus.
Membulat mata Deera memandangnya. Tangan diletakkan ke atas meja. Badan didekatkan ke arah Mina sambil memandang Mina tajam. Serupa seorang detektif pula.
"Kau jangan cakap yang kau dengan dia tak pernah..."
Mina menunduk. Bibir digigit. Kantoi pulak.
"Astaghfirullah. Tanggungjawab wey. Kau biar betul?" Deera menggelengkan kepalanya. Tak faham apalah masalahnya.
"Alaa..Kau ni. Bukannya aku taknak. Tapi aku tak ready lagi lah. Lagipun dia tak pernah persoalkan pun fasal tu. Aku tak naklah bagi dalam keadaan kita orang yang macam...Kau fahamlah. Aku nak kitorang saling mencintai dulu." balas Mina mencebik. Teruk sangatkah kalau tak buat langsung?
Deera terfikir. Ada betul juga kata kawannya itu. Biarlah dalam keadaan mereka saling menyanyangi.
"Suka hati kaulah. Tapi..Hairan aku. Macam manalah dia boleh tahan dari..Ngap kau?" soalan Deera membuatkan wajah Mina membahang.
"Kau..Gatal jugak ek."
Deera tersengih.
"Kau memang takde perasaan kat Faliq ke?" soalan itu membuatkan Mina terdiam.
"Entahlah. Aku pun tak tahu. Apa yang aku tahu...Aku selesa dengan dia." Mina berkata perlahan. Dia menyembunyikan senyum yang tanpa sedar terbentuk di bibir.
YOU ARE READING
Janji Bahagia (✔)
DiversosNajmina Jannah. Diberi maksud Bintang Syurga. Nama yang indah dan padan dengan si pemilik. Faliq Arshad lelaki berkacukan Jepun yang memiliki wajah yang tampan. Bukan setakat tampan,malah baik dan sporting. Orang kata,perfectlah! Tapi dia agak tega...