Bab 12

2.8K 133 4
                                    

BUNYI alarm mengejutkan Najmina Jannah dari lenanya. Mina mengeliat seketika. Faliq yang masih lena di sebelah dipandang.

"Dia ni kalau tidur pun handsome." ucap Mina seorang diri.

Dia bangun,tuala diambil lalu masuk ke dalam bilik mandi.

Selesai solat subuh,Mina mengejut Faliq untuk mandi dan solat subuh. Selepas itu,dia turun ke bawah untuk bantu Mak Jah dengan Datin Ruziah buat sarapan. Sudah menjadi rutinnya.

"Awalnya bangun Mina?" soal Datin Ruziah pada menantunya yang baru turun.

Mina tersengih.

"Mama dengan Mak Jah masak apa?" soal Mina ceria. Sedapnya bau!

"Takde apa pun. Mee goreng aja." jawab Mak Jah.

"Mina tolong boleh tak?" soal Mina. Lengan sudah disinsing ke siku. Bersedia untuk menolong.

Datin Ruziah tersenyum.

"Mestilah boleh. Kenapa pulak tak boleh. Tolong bancuh air milo."

Almari atas dibuka dan Mina mengambil satu jag besar dan beberapa cawan.

Tidak lama kemudian,Dato'Rizal pun turun dengan pakaian untuk ke pejabat. Almaklumlah! Bekerjalah katakan.

Selesai menghidangkan makanan dan minuman,semua duduk di meja makan.

"Mana Faliq? Ajaklah Faliq makan sekali." kata Dato'Rizal apabila tidak melihat bayang anak tunggalnya.

"Oh.. Faliq,dia.." belum sempat Mina mahu menjawab,kerusi di sebelah Mina ditarik. Faliq mengambil tempat duduk.

"Faliq ada ni. Tadi Faliq buat kerja sikit kat atas. By the way,morning ma,pa." ucap Faliq sambil tersenyum.

"And good morning my sweetheart." bisik Faliq di telinga Mina. Sempat dia tersenyum mengejek.

Mina membuatkan muka selamba. Fikir sweet ke? Acah aja mamat ni.

Tersenyum Dato'Rizal dan Datin Ruziah melihat kemesraan mereka berdua. Rina? Dia buat tak kisah aja. Yang dia tahu adalah makan.

Kemudian mereka makan dengan penuh berselera selepas membaca doa makan.

"Faliq masih cuti lagi kan?" soal Dato'Rizal tiba-tiba.

"Hah?"

"Faliq tak masuk kerja kan hari ni?" soal Dato'Rizal dengan lebih jelas.

"Tak. Faliq cuti lagi. Esok baru Faliq start kerja balik. Kenapa ya pa?" Faliq menghirup air milo buatan Mina tadi. Sempurna!

"Takde lah. Pasal projek dengan Dato'Johan tu masih lagi tangguh sebab perkahwinan Faliq ni. Dia ada tanya bila nak meeting semula." jawab Dato'Rizal.

"Oh. Pasal tu,nanti biar Faliq settle. Minggu depan boleh meeting rasanya. Rasanya mungkin Faliq free. Nanti Faliq tanya Wati macam mana" balas Faliq.

Dato'Rizal menganggukkan kepalanya.

Selesai makan,Mina sukarela untuk membasuh semua pinggan mangkuk. Mak Jah ada menghalang tapi siapa tidak kenal Mina kan? Dengan sikap degil dia tu.

Mina yang sedang leka membasuh pinggan tersentak apabila ada sepasang tangan yang memeluk pinggangnya.

Mina terbau perfume. Dan dia tahu ni perfume siapa. Faliq Arshad.

"Apa awak ni? Lepaslah. Cuba jangan gatal sangat." Mina cuba merungkaikan pelukan Faliq. Malangnya,ia semakin erat.

"Baik kau diam sebelum aku kiss kau." ugut Faliq automatik Mina terdiam. Dia membiarkan pelukan itu.

Janji Bahagia (✔) Where stories live. Discover now