Bab 15

2.7K 122 1
                                    

ZARA mendekati Najmina Jannah yang masih gigih cuba menyiapkan model untuk projek Ecosystem tersebut.

"Wey,kau tak nak balik ke? Dah lewat ni." soal Zara pada Mina. Beg tangan berjenama dijinjingnya.

Mina memandang Zara kemudian matanya beralih kepada jam tangan yang dipakainya.

'9 malam'

Matanya sedikit membulat. Baru dia sedar dia sudah terlalu lama menghabiskan masa membuat model ni.

"Nantilah. Kau baliklah dulu,lagipun aku balik dengan Encik Faliq" balas Mina.

"Untunglah dah kahwin." usik Zara.

"Eh,kau trylah kahwin. Best ke idok."

Zara ketawa.

"Nanti aku kahwin. Jangan lupa datangan tau. Okeylah bye!" Dia terus bergerak pergi.

Mina meneruskan tugasnya yang tertangguh tadi.

Pekerja-pekerja lain mula beredar dan mengucapkan selamat tinggal pada Mina. Mina membalas ucapan mereka dengan senyuman.

Sehinggalah hanya tinggal Mina sahaja. Dan Faliq Arshad di dalam pejabat.

Mina menguap untuk kali ke yang ke lima. Matanya yang kuyu menunjukkan betapa ngantuk nya dia.

Manakan tidak,sekarang sudah hampir tengah malam tetapi modelnya masih belum siap. Tinggal menampal bangunan dan semuanya settle.

Mina mengambil gam yang sudah hidup segan mati tak mahu itu,dia cuba mengeluarkan sisa yang masih tinggal malangnya... Gam tersebut memilih untuk mati.

Mina cuba memicit lagi berharap akan ada lagi gam yang tinggal tetapi tiada.

Mina mengeluh. Gam tersebut dibuang ke dalam tong sampah,tempat letak pensil dan pen diperiksa.

Tetapi tiada gam yang dijumpai. Tahulah,dia itu adalah gam yang terakhir. Banyak gam yang dipakainya dan dia terlupa untuk beli yang baru.

"Haih! Macam mana ni?" Mina buntu. Kalau nak cari gam,macam buang masa je. Dah lah tengah mengantuk ni.

"Salah Encik Faliq lah ni. Eeii,stresnya." Mina kata sendirian. Dan kemudian dia menguap lagi.

Matanya semakin layu. Disebabkan terlalu mengantuk dan penat berfikir,dia terus terlelap di atas mejanya sambil beralaskan lengannya.
__________________________

FALIQ ARSHAD meregangkan otot badannya setelah berjam-jam menghadap komputer dan fail-fail yang bertimbun.

Matanya terhala ke arah jam ditangannya.

"11:30 malam..." ucap Faliq perlahan.

"Hah?! 11 setengah? Dah lewat ni. Apa yang Mina tengah buat agaknya?" soalnya pada diri sendiri.

Bukannya dia tak biasa kerja lewat malam,tapi dia risaukan Mina. Gila tak risau. Isteri wey. Sayang tak sayang,Isteri tetap isteri. Tanggungjawab bro,tak boleh berkira.

Faliq mengambil barang-barangnya. Kotnya dipegang. Kemudian dia melangkah keluar dari pejabatnya.

Faliq Arshad menghampiri Mina yang sudah lena di atas meja. Kepala digelengkan.

"Tidur dah dia. Haih..." matanya memandang ke arah model bangunan Mina. Kemudian beralih ke arah gam yang berada dalam tong sampah.

"Erm.. Apa nak buat ke? Kejut? Tak kejut?" gumam Faliq sendiri. Mina yang lena itu dpandangnya.

Janji Bahagia (✔) Where stories live. Discover now