NAJMINA JANNAH memerhati Faliq yang sedang kusyuk menaip sesuatu di Macbook nya.
Sampai ke rumah pun Faliq boleh buat kerja. Workaholic sangat. Kita yang dari tadi sandar kat depan pintu ni pun dia tak pandang.
"Awak."
"Hmm." sahut Faliq. Matanya masih melekat pada Macbook.
Mina menggulingkan biji matanya. Itu aja respond dia? Nasib baik dia ni handsome.
"Awak kata nak dengar cerita saya. Jomlah. Saya nak cerita ni."
Terus sahaja Macbooknya ditutup. Kaca matanya ditanggalkan dan diletak di meja.
Dia berdiri dan tangan Mina ditarik sama. Katil diduduki. Dia memandang ke arah Mina.
Mina terkebil-kebil. Cepatnya bertindak.
"Okey. Cerita cepat. A to Z. No miss." suruh Faliq.
Mina mengangguk. Nafas ditarik dalam.
"Okey,sebenarnya saya dengan Razif tu pasangan couple dari form 1. Alah,biasalah tu. Cinta monyet. Saya tak ambil serius pun. Nak dipendekkan cerita,saya dengan keluarga kena berpindah atas urusan perniagaan ayah. Saya mula bersekolah di SMK Abdul Jalil dan mula dari situlah saya kenal Deera.
Sehinggalah saya masuk U,mungkin orang akan kata jodoh ataupun takdir. Tetapi bagi saya..Ianya bala.
Saya tak sangka akan jumpa Razif semula. And masa tu dia masih berharap pada saya. So,saya rasa dia ikhlas dan mungkin dia memang jodoh saya dan saya buka hati untuk terima dia. But,but Deera memang anti gila dengan si Razif tu.
Dia kata dia ada nampak Razif dengan perempuan lain,but disebabkan rasa sayang saya,saya tak percaya. And,one day..Saya dapat berita Razif sakit. Saya tak pasti sakit apa.
Jadi biasalah,saya risau. Risau sangat kalau apa-apa. jadi kat dia. Saya takut kalau dia cedera teruk. Saya pun cepat-cepat bersiap nak tengok dia. Saya buat bubur khas untuk dia." dengan senyuman Mina bercerita. Indah mengingati saat-saat rasa sayang itu menguasai diri.
Faliq mencebik melihat senyuman Mina. Tangan menggenggam penumbuk sendiri.
'Senyum tu memang teringatkan dia ke apa?' bentak hati Faliq. Tidak tipu,dia mengaku dia cemburu kerana lelaki itu terlebih dahulu mendapat kasih sayang Mina.
"Then,saya pun pergi hospital. Excited sangat. Saya ingat nak suprise kan dia tapi saya pulak yang di'suprise'kan." suara Mina mulai kendur.
"Saya..Saya nampak Razif tengah berpelukan dengan perempuan lain. Then,saya..Sa..saya." keluhan dilepaskan.
"Saya tak fikir apa,terus saya lari keluar dari hospital. Saya menangis. Hampir seminggu saya menangis. Deera,Rina, emak dan ayah yang banyak beri nasihat.
Selepas daripada tu,bila saya dah okey. Saya tenangkan diri then anggap like nothing happen. Dia ada cari saya minta maaf dan minta untuk peluang kedua.
Saya tak sanggup. Bukan setakat benci aja,saya kalau boleh taknak ada kaitan dengan dia lagi. Lepastu dia kata dia tetap akan tunggu dan cari saya. Then,saya dengar cerita yang dia sudah pindah UK. Maksudnya,hidup saya dekat U kembali aman. Dia macam tak pernah wujud dalam hidup saya.
Sampailah hari ni. Dia ada depan mata saya tadi dan dia masih berharap." Mina berhenti berkata-kata.
Terasa tangannya digenggam seseorang. Wajah diangkat memandang Faliq yang tersenyum nipis.
YOU ARE READING
Janji Bahagia (✔)
RandomNajmina Jannah. Diberi maksud Bintang Syurga. Nama yang indah dan padan dengan si pemilik. Faliq Arshad lelaki berkacukan Jepun yang memiliki wajah yang tampan. Bukan setakat tampan,malah baik dan sporting. Orang kata,perfectlah! Tapi dia agak tega...