HARAJUKU. Sebuah bandar yang menjadi tumpuan kerana terdapat banyak pusat beli belah. Menjadi tarikan semua pelancong dari luar negara.
Najmina Jannah berjalan masuk ke dalam sebuah pusat beli belah yang agak besar di situ. Terpegun dia seketika. Cantik dan besar.
Reka bentuk bangunan yang cantik. Dengan lebar yang lebih besar membuatkan bangunan itu kelihatan luas. Pandangan arkitek.
Faliq Arshad menggeleng melihat keterujaan isteri kesayangan.
"Awak. Jom pergi kedai sana." ajak Mina. Baru sahaja dia ingin berlari tangannya digenggam.
Muka dipaling memandang Faliq.
"Tunggu aku. Bahaya. Ni bukan tempat kita. Ops,tempat aku,bukan tempat kau." balas Faliq.
Mina membuat muka. 'Eleh,risaukan aku lah tu.'
Mereka berjalan berpegangan tangan dari satu tempat ke tempat yang lain.
Di satu kedai yang menjual barang muslim,langkah Faliq terhenti. Mina memandangnya pelik.
"Kenapa awak berhenti?"
Faliq tersenyum seraya menggeleng.
"Nothing." Mina mengangguk faham.
"Erm..Saya nak pergi toilet kejap. Awak tunggu sini tau. Sekejap je."
Faliq mengizinkan. Dia memandang Mina yang sedang menuju ke tandas.
Kakinya kemudian melangkah ke arah kedai dihadapan.
--------------------------------------------FALIQ ARSHAD meletakkan segala barangan yang dibeli mereka tadi di sofa ruang tamu. Penat. Sangat penat.
Punggung dilabuhkan dan sebelah tangan diletakkan ke dahi. Mata dipejamkan. Nasib baik dia dan Mina sempat solat Zuhur. Itupun lepas mereka pusing satu mall baru jumpa surau.
Najmina Jannah yang tadi ke dapur kembali semula dengan membawa secawan air sejuk.
Dia duduk disebelah suaminya. Wajah Faliq yang separuh kelihatan dipandang kesian.
"Awak. Minumlah air dulu. Mesti awak penatkan?"
Faliq mencelikkan sebelah matanya. Melihat Mina,terus sahaja kedudukan dibetulkan.
Cawan ditangan Mina dihirup laju sehingga habis. Mina hanya memandang.
'Kesian suami aku. Penat dia nak kena bawa barang-barang ni semua sambil jalan kaki. Itulah,aku nak tolong bawa sikit tak bagi. Konon gentle lah tu.'
Cawan kosong itu diberi semula kepada Mina.
"Awak..Awak penat ke? Kalau penat pergilah rehat dalam bilik."
Faliq memandang Mina.
"Habistu. Kau tak penat ke?"
Mina mengeluh. Dia nikan...
"Tapi awak lagi penat. Dari jauh sana tu kita berjalan. Awak pulak bawa barang-barang ini semua. Awak mesti lagi penat." balas Mina lagi
"Iyalah Mina. Erm..Mana sofu dengan sobo?" soal Faliq menukar topik.
"Dia orang ada tinggalkan nota. Katanya pergi rumah sebelah. Awak dah lapar ke? Kalau lapar saya boleh masakkan."
Faliq menggeleng. Kemudian,dia teringatkan sesuatu. Terus diambil beg plastik di kirinya dan berlari naik ke atas.
Mina melihat pelik.
"Apa kena dengan suami aku hari ni?"
--------------------------------------------
YOU ARE READING
Janji Bahagia (✔)
Ngẫu nhiênNajmina Jannah. Diberi maksud Bintang Syurga. Nama yang indah dan padan dengan si pemilik. Faliq Arshad lelaki berkacukan Jepun yang memiliki wajah yang tampan. Bukan setakat tampan,malah baik dan sporting. Orang kata,perfectlah! Tapi dia agak tega...