QAMARINA HAURA dan kawan-kawannya masuk ke dalam dewan kuliah.
"Ong.. Ong.. Ong.." semua orang yang berada di situ membuat bunyi katak memandangkan Prof tak datang lagi. Itu yang berani buat.
"Ongg... Ong.. Katak nak lalu..." tawa semua orang meletus. Dewan kuliah itu bergema dengan ejekan dan ketawa.
Semua mata memandang ke arah mereka,lebih tepat sekali Rina. Rina menundukkan kepalanya lalu pergi ke tempat duduk kosong.
"Ehem.. Ehem... Aku ada satu teka teki ni!" jerit salah seorang kawan Raja Aaron.
"Apa benda yang dieja sama depan dan belakang?"
"Aku tahu! Jawapannya... Katak lah! Ong.. Ong.." kata Raja Aaron sambil membuat bunyi katak.
Satu dewan ketawa riuh.
"Aku ada teka teki jugak!" jerit kawan Raja Aaron yang lain.
"Apa benda,yang kecil,boleh dimasukkan ke dalam kotak hadiah dan boleh buat orang menjerit?"
"Jawapannya..Kataklah!"
"Hahaha... Ong.. Ong.. Ong.." semua yang berada di situ ketawa kuat.
Fiza dan Tya memandang simpati kepada Rina.
Rina memandang ke arah seseorang... Raja Aaron.
Raja Aaron bertepuk gembira bersama kawannya. Misi mereka untuk mengenakan Nur Qamarina Haura menjadi.
Rina yang tidak tahan dipermainkan terus membawa barangnya dan keluar dari dewan kuliah. Kebetulan,Prof Filzah sampai. Semua terus terdiam.
"Rina awak nak ke mana?" soal Prof Filzah lembut pada anak emasnya. Sememangnya,Rina merupakan pelajar kesayangannya.
Rina mengendahkan panggilan Prof Filzah,terus kaki melangkah ke satu tempat... Tandas.
Prof Filzah memandang tajam ke arah pelajar-pelajarnya.
"Apa dah jadi ni?!" soalnya lantang.
NAJMINA JANNAH sedang menyenaraikan bahan untuk membuat mock-up nanti.
Dia diganggu dengan bunyi deringan telefon.
Mina menjawab panggilan tersebut tanpa melihat nama pemanggil.
"Assalamualaikum."
"....."
"Ye saya,kakak kepada Rina.Kenapa ye?"
"...."
"What?!"
Nur Najmina Jannah terus merempuh masuk ke dalam pejabat Faliq Arshad.
"Saya nak pergi hospital. Rina pengsan." kata Mina terus.
QAMARINA HAURA masuk ke dalam tandas. Pintu tandas di kunci. Dia melepaskan tangisan yang dari tadi lagi ditahan.
'Apa yang kau nak sebenarnya? Tolonglah. Aku penat.'
Bunyi derapan kaki seseorang memasuki tandas membuatkan Rina terdiam. Tetapi tangisannya masih berlangsung.
"Kesian aku tengok Kak Rina tu." suara seseorang kedengaran. Mungkin junior.
"Yelah. Dia tu dahlah baik. Tapi kena buli teruk-teruk dengan Abang Aaron." kata lagi seorang.
"Kalau aku jadi Kak Rina,dah lama aku lempang muka lelaki tu. Biar padan muka dia."
Rina terasa kepalanya berpusing. Perlahan-lahan dia keluar dari tandas.
YOU ARE READING
Janji Bahagia (✔)
AcakNajmina Jannah. Diberi maksud Bintang Syurga. Nama yang indah dan padan dengan si pemilik. Faliq Arshad lelaki berkacukan Jepun yang memiliki wajah yang tampan. Bukan setakat tampan,malah baik dan sporting. Orang kata,perfectlah! Tapi dia agak tega...