NAJMINA JANNAH mengikuti langkah kaki Datin Ruziah. Dia kembali ke dalam butik di mana dia membeli baju pengantin. Masih tiada perubahan,tetap menarik.
"Assalamualaikum." ujar Datin Ruziah pada seorang wanita yang lebuh kurang seumur dengannya.
"Waalaikumussalam. Eh,sampai pun. Lama aku tunggu tau." ujar Datin Sharifah itu sambil bersalaman dengan Datin Ruziah.
Datin Ruziah tergelak kecil.
"Sorry lah Sha Jalan sesak tadi."
Wanita itu mengangguk. Matanya teralih ke arah seorang gadis yang berdiri di sebelah Datin Ruziah. Masih cantik seperti pertama kali berjumpa dulu.
"Hai auntie." dengan senyuman Mina menghampiri Datin Sharifah. Tangan wanita itu disalam mesra.
"Hai Mina. Cantik ye menantu kau ni. Untunglah,anak segak,menantu pun cantik."
Datin Ruziah tersenyum kecil. Ya,dia berasa amat beruntung dikurniakan menantu yang cantik dan baik.
Mina yang mendengar pujian itu menunduk. Segan pulak kena puji macam tu.
"Takdelah auntie Sha,Mina biasa-biasa je. Nak dibandingkan dengan orang lain,memang tak layak lah." ujarnya rendah diri. Tetapi itu kenyataan. Rambut diselak menampakkan parut lama.
Datin Sharifah tersenyum. Bukan senang nak jumpa menantu macam ni.
"Okeylah,ni nak cari baju untuk annual dinner kan? Jom kita cari kat dalam sana. Banyak baju cantik,boleh lah Mina try nanti." Datin Sharifah membawa Datin Ruziah dan Mina melihat baju yang boleh digunakan untuk annual dinner syarikat.
__________________________FALIQ ARSHAD mengambil bola keranjang yang dia baru jatuhkan. Bola itu dipegang. Matanya terhala pada bakul jaring yang jauh di hadapannya.
Bola itu dilantunkan ke lantai. Dia meng-dribble bola itu dengan cekap dan pantas sekali.
Faliq mendekati jaring. Bola itu dilantun dan ditangkap dengan bagus. Faliq melompat dan dengan mudah bola keranjang itu dilontar masuk ke dalam jaring.
Bola itu jatuh ke bawah dan melantun sedikit. Faliq memandang jam di tangannya.
'3.26 saat'
"Rekod lama. Aku kena tambah rekod baru ni."
Dia memandang sekeliling dan baru dia perasan satu figura yang sedang ralit melihatnya duduk di bangku tepi gelanggang.
"Bila kau sampai sini?" soal Faliq Arshad dan mendekati Najmina Jannah.
Mina tersenyum. Dia memberikan ruang untuk Faliq duduk.
"Dah lama dah. Awak yang sibuk main bola tadi." balas Mina sambil tersenyum.
"Macam mana cari baju tadi?"soal Faliq Arshad.
"Okeylah. Tapi banyak jugak baju yang mama suruh saya cuba. Sibuk jadinya." jawab Mina. Teringat kejadian di mana dia dipaksa mencuba baju yang berbulu. Gatal pulak badan-badan sebab baju tu.
Air mineral di tangannya,dihulurkan pada Faliq. Faliq yang sedang mengesat dahinya itu terhenti. Air mineral itu disambut dan diminum.
"Pandai jugak awak main bola keranjang. Awak basketballers ke dulu?" soal Mina. Dia kagum dengan kemahiran Faliq Arshad yang menjaringkan bola dengan mudah dan caranya mantap. Smooth.
Terhenti tegukan Faliq pada air mineral itu. Air yang sudah tinggal separuh itu di letakkan di tepi. Matanya memandang Mina yang sedang menunggu jawapan.

ANDA SEDANG MEMBACA
Janji Bahagia (✔)
RandomNajmina Jannah. Diberi maksud Bintang Syurga. Nama yang indah dan padan dengan si pemilik. Faliq Arshad lelaki berkacukan Jepun yang memiliki wajah yang tampan. Bukan setakat tampan,malah baik dan sporting. Orang kata,perfectlah! Tapi dia agak tega...