FALIQ ARSHAD dan Najmina Jannah melangkah masuk ke dalam sebuah kedai barang kemas terkenal di Kuala Lumpur.
Mereka berdua disambut mesra oleh seorang wanita berbangsa Cina. Mina memerhatikan nametag wanita tersebut.
YING.
Wanita yang bernama Ying itu tersenyum memandang Faliq Arshad dan Najmina Jannah.
"Hello sir.What can I help you?" soal Ying sopan.
Faliq memandang Mina yang sedang asyik memerhati sekeliling kedai.
"Woi." tegur Faliq.
Mina berpaling memandangnya.
"Kau nak beli cincin apa? Pilihlah aku bayar." ujar Faliq. Jam tangannya ditilik.
Hari ini Faliq Arshad dan Nur Najmina Jannah beli cincin nikah. Mereka berdua dah buat keputusan untuk terima perlahwinan dengan redha.
Mina tersenyum. Rambutnya yang diikat satu ditarik dan diletak ke tepi bahu.
'Mak aih! Boleh pilih je. Bapak kaya tunang aku ni.' desis Mina
Mata Mina melilau memandang ke arah cincin-cincin yang ada di dalam sebuah kaca besar. Dia melihat harga yang terdapat pada satu cincin.
'RM205.. Gila mahal.'
Mina menelan air liurnya. Dia memandang ke arah Faliq. Faliq yang perasan akan itu mengangkat keningnya.
"Dah jumpa?" soal Faliq.
Mina menggeleng. Faliq menarik nafas seketika.
"Kalau kau suka cincin ni,kau ambik jelah. Aku yang bayar,bukannya kau." kata Faliq sambil menunjukkan ke arah cincin tadi.
Mina tersenyum senget. Berlagaknya.
"Tak apalah. Nanti awak kata saya perempuan kaki kikis pulak." ujar Mina perlahan.
"Kenapa pulak aku nak kata macam tu? Ini kan cincin kahwin kita,takkan lah nak pakai cincin kayu rotan pulak." ujar Faliq selamba. Cermin mata hitam nya dibetulkan.
Mina terdiam. Kadang kala dia akan curi-curi melihat wajah tunangnya.
'Nasiblah tunang handsome'
Faliq melihat Mina yang dari tadi mendiamkan diri. Dia menyuruh Ying mengeluarkan cincin tadi dari kaca tersebut.
"Here is your ring sir." ujar Ying sambil menyerahkan cincin tersebut pada Faliq.
Mina hanya melihat cincin itu.
"Pakai." arah Faliq sepatah.
Mina memandang Faliq hairan.
"Apa?"
"Aku cakap pakai." arah Faliq. Sedikit memaksa.
Tanpa banyak soal,terus cincin itu diambil lalu disarungkan di jari manis tangan kiri.
"Okey tak? Selesa? Muat?" soal Faliq.
"Okey. Selesa dan muat." Mina tersenyum memandang Faliq.
Faliq tersenyum puas. Cermin mata hitamnya dipakai semula.
"Okey. Miss,we'll buy this." kata Faliq lalu menghulurkan 3 keping wang kertas not RM100.
Selesai membayar,mereka keluar dari tempat tersebut.
"Awak." panggil Mina.
Faliq memandangnya.
"Thanks for this." Mina menunjukkan beg kertas kecil yang terdapat sebaldu cincin tadi.
ANDA SEDANG MEMBACA
Janji Bahagia (✔)
RandomNajmina Jannah. Diberi maksud Bintang Syurga. Nama yang indah dan padan dengan si pemilik. Faliq Arshad lelaki berkacukan Jepun yang memiliki wajah yang tampan. Bukan setakat tampan,malah baik dan sporting. Orang kata,perfectlah! Tapi dia agak tega...
