Bab 28

2.8K 150 5
                                        

NAJMINA JANNAH merenung lama cermin di hadapannya. Kemudian matanya beralih ke arah bilik mandi melalui pantulan cermin.

"Mina. You can do it." ucap Mina pada dirinya.

Tudung yang sudah siap bergosok dipandang kemudian diletakkan di atas kepala. Video di dalam phonenya di start.

Tangannya ligat meniru aksi wanita di dalam video tersebut. Video tutorial memakai tudung bawal. Ada banyak cara dan fesyen.

Dan Mina dah habiskan separuh data Internet dia untuk download video-video tutorial tudung shawl dan bawal semalam. Tanpa pengetahuan Faliq. Tak fasal-fasal berjaga malam dia.

Satu lagi pin di atas meja diambil. Pin itu disematkan di atas tudung dan..

Siap!

Kemasan dilakukan dan. Wah! Macam tak percaya pula ni.

Mina memandang cermin itu berkali. Dirinya dibelek tak percaya. Sungguh. Berbeza. Senyuman terukir. Puas dengan hasil kerjanya.

Phone disimpan dan dia memandang ke arah cermin sebelum.

"Allahuakhbar!" Mina terjerit kecil.

Terkejut dia apabila menyedari Faliq yang sudah berada di belakangnya bersama baju lengkap ke pejabat dan tali leher di tangan kanan.

Kelihatan wajah Faliq terkejut. Kemudian, senyuman dilorekkan semanisnya. Niatnya ingin menyuruh Mina memakaikannya tie terbatal selepas melihat Mina bersama tudung bawal lembut di atas kepala.

Manis! Cantik! Comel! Tak mampu dia berkata-kata. Lidah seakan kelu. Mata tidak berkelip memandang Mina dari atas ke bawah.

Baju pejabat biasa tetapi tudung itu menyempurnakannya.

"Ke.. Kenapa? Tak okey ke saya pakai tudung ni? Buruk?" soal Mina melihat Faliq seperti tiada riaksi.

Faliq menghampiri Mina. Dan berhenti betul-betul hampir dengan isterinya. Mina tiba-tiba rasa gugup pula. Jantung sudah tidak stabil.

Kedutan di tudung Mina dibetulkannya sebelum dia menunduk dan membisikkan sesuatu di telinga Mina.

"Tolong pakaikan tie." Bisikan lembut Faliq membuatkan Mina tidak tentu arah.

Dengan menunduk,Mina mangambil tie dari tangan Faliq dan disarungkan ke leher suaminya. Faliq menunduk sedikit disebabkan ketinggian yang melebihi Mina.

Matanya meliar ke seluruh wajah Mina. Dapat dilihatkan keresahan Mina di wajah itu. Tersenyum sekejap Faliq dengan kecomelan Mina.

Selesai memakai tie, Faliq terus sahaja mencium dahi Mina sambil berkata..

"Kau nampak cantik dan comel dengan tudung ni."

Mendengarkan jawapan itu,Mina tersenyum puas. Puas dengan komen suaminya. Mahupun pipi dia jelas kemerahan.

Mereka berdua kemudian keluar dari bilik bersama-sama.
--------------------------------------------

SENYUMAN diberikan kepada setiap rakan kerjanya. Ramai yang memandang ke arahnya. Mungkin tertanya dengan perubahan pada dirinya kini. Semua orang boleh berubah kan?

Tempat duduk kerjanya dihampiri. Baru sahaja punggungnya melabuh di atas kerusi kerja,Zara datang menyerbu.

"Wait! Ini..Mina ke?" soalnya was-was.

Mina mengangguk tersenyum. Kalau bukan aku,habis tu apa? Alien?

"Kau..Kau nampak cantik. Maksud aku cantik sangat. Berbeza. Alhamdulillah,kau dah bertudung." kata Zara mengundang tawa kecil Mina.

Janji Bahagia (✔) Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang