QAMARINA HAURA,Fiza dan Tya baru sahaja habis kelas mereka. Mereka menuju ke loker masing-masing untuk mengambil buku subjek seterusnya.
"Wey,aku nak pinjam buku nota kau sekejap boleh? Aku tak sempat salin nota semalam." pinta Tya pada Fiza.
Fiza menganggukkan kepalanya. Dia menyerahkan buku nota kepada Tya.
Rina menutup lokernya dan berpaling ke tepi and guess what?
Raja Aaron and the gang!
"Hai kau orang!" ucap mereka ceria.
Rina,Fiza dan Tya mengerutkan dahi. Mereka berpandangan sesama sendiri sebelum kembali memandang Aaron,Helmi dan Ashraf semula.
"Hai.." balas mereka bertiga janggal.
"Apa kau orang nak?" soal Fiza terus. Malas nak lengah-lengah.
"Well,kami nak ajak kau orang study kat rumah Aaron hujung minggu ni. Lagipun exam nak dekat." ajak Ashraf macam ada makna.
"Tengoklah macam mana." balas mereka bersahaja.
Baru sahaja mereka ingin berlalu pergi,Raja Aaron,Ashraf dan Helmi menahan mereka.
"Apa kau orang nak ni? Nanti kitorang lambat nak pergi kelas seterusnya" tanya Rina geram.
"Untuk Haura." Raja Aaron memberi sepeket coklat Cadbury kepada Rina.
Rina terkebil-kebil seketika. Tangannya menyambut huluran Aaron kerana mindanya tidak dapat berfikir dengan betul.
Fiza,Tya,Ashraf dan Helmi tersengih melihat mereka.
"Thanks. Ermm.. Bye!" tangan Fiza dan Tya ditarik untuk bergerak pergi.
Rina mengheret mereka ke tempat yang sedikit sunyi. Rina menghela nafas lega.
"Gila lah! Nasib baik okey." Rina memejamkan matanya sekejap kemudian dibuka semula melihat kedua kawannya.
Fiza dan Tya tersenyum penuh makna. Rina perasan akan itu.
"Apa hal kau berdua ni?"
"Asal Aaron panggil kau Haura? Panggilan manja ke? Baik pulak dia bagi kau coklat. LAGI!" Fiza tersenyum sambil menekankan perkataan 'lagi'.
Mata Rina membulat. Dia menunjukkan penumbuknya. Tak sah kalau tak menguaik aku.
"Kau orang jangan macam-macam." amaran Rina.
Fiza dan Tya tergelak melihat wajah Rina yang memerah.
'Dah suka tu mengaku jelah Rina oii' hati Tya berbisik.
__________________________BEEP,BEEP!
Phone milik Najmina Jannah berbunyi. Dia menghentikan jarinya dari terus menaip di atas keyboard komputer.
Phone yang berjenama Lenovo itu dipandang. Whatsapp dari Faliq.
Kita lunch kat rumah.-Faliq
Mina tersenyum. Mesej itu dibiar tak berbalas.
Mina menyimpan phonenya. Buku-buku untuk meeting nanti,dia kemas dan bawa di tangan. Zara mendekati.
"Semua dah ada kat bilik meeting ke?" soal Mina.
Zara hanya mengangguk. Gulungan kertas di atas mejanya diambil.
Mereka berdua berjalan ke bilik meeting. Pintu dibuka,kelihatan Hariz,Mikael dan Faliq Arshad sudah menunggu.
Mina dan Zara mengambil tempat duduk mereka.
YOU ARE READING
Janji Bahagia (✔)
De TodoNajmina Jannah. Diberi maksud Bintang Syurga. Nama yang indah dan padan dengan si pemilik. Faliq Arshad lelaki berkacukan Jepun yang memiliki wajah yang tampan. Bukan setakat tampan,malah baik dan sporting. Orang kata,perfectlah! Tapi dia agak tega...